Jump to content

Type Wikimedia Community User Group Malaysia/Reports/Wikimania 2023/Linah B. B

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki

LAPORAN PERSIDANGAN WIKIMANIA SINGAPURA 15 - 19 OGOS 2023

1. 15 OGOS 2023 - Check in di Hotel Pacific Singapura sebelum ke Bangunan Pusat Pentadbiran dan Pameran Suntec, Singapura. Sewaktu tiba di Pusat Pentadbiran, kami melapor diri di bahagian pendaftaran untuk mendapatkan Tag Nama dan beg program. Selepas itu kami berpeluang berkenalan dengan Presiden WCUGM, Encik Dody Ismoyo dan juga peserta lain dari Malaysia dan Indonesia.

2. 16 OGOS 2023 - Pagi menghadiri Hari Kemuncak Wanita dan berpeluang untuk mengetahui pelbagai program yang dianjurkan oleh Wikipedia dalam usaha untuk memastikan peranan wanita terpelihara dan tidak ada perbezaan di antara jantina. Malah pelbagai projek dirancang dan dilaksanakan untuk memastikan sosio ekonomi Wanita terutama ibu -ibu tunggal dapat dipertingkatkan dan terjamin. Usaha untuk memepertingkatkan kemenjadian undang-undang mencegah ataupun membenteras penganiayaan ke atas kaum wanita juga turut diketengahkan. Acara ini turut mendedahkan bagaimana keadaan wanita pada zaman dahulu, sekarang dan pada masa akan datang. Pada sebelah malam pula, acara pembukaan Persidangan Wikimania telah disempurnakan oleh founder Wikipedia, Mr. Jimmy Wales dan acara ini dihadiri oleh lebih dari 3000 delegasi dari 138 buah negara. Kami juga berpeluang berkenalan dengan CEO Yayasan Wikipedia, Madam Maryana Iskandar.

3. 17 OGOS 2023- WIKI LOVES LIVING BAZAAR Pelbagai inisiatif telah didedahkan untuk untuk mempamerkan dan membangunkan aktiviti untuk memelihara Warisan Budaya yang semakin dilupakan. Aktiviti sebegini boleh menjadi panduan dalam usaha memulihara dan menghidupkan semula budaya masyarakat tempatan yang mungkin tidak begitu dikenali dan beransur-ansur dilupakan. Kursus ini turut mengetengahkan usaha yang dijalankan oleh Pengguna Wikimedia Paiwan yang berusaha memelihara bahasa mereka daripada ancaman kepupusan dan terlibat secara aktif dalam mempromosikan inisiatif dalam komuniti mereka. Saya merasakan usaha mereka ini boleh diprakatikkan untuk Bahaa Kadazandusun agar bahasa dan budaya Kadazan Dusun ini bukan sahaja dikenali di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.

'4. 18 OGOS 2023 - Perasmian Kelab Wiki Kent semasa Program Wikimania Singapura yang telah disempuranakan oleh Pengarah IPGK Kent sendiri iaitu YBrs. Dr. Hamidah Binti Samsudin dan juga dihadiri oleh presiden WCUGM dan delegasi-delegasi dari Malaysia sendiri, Indonesia, India, Taiwan, Canada, Afrika dan beberapa negara lain secara tidak langsung memperkenalkan Bahasa Kadazandusun ini kepada mereka. Semoga dengan pelancaran perasmian ini kerjasama yang baik dan erat di antara WCUGM dan IPGKK akan merealisasikan harapan untuk menbglobalisasikan bahasa Kadazandusun ini.

5. 19 OGOS 2023- MAJLIS PENUTUPAN WIKIMANIA SINGAPURA DAN PROJEK INKUBATOR BAHASA KADAZANDUSUN Sesi Incubator untuk Projek Inkubator Bahasa Kadazandusun merupakan satu projek yang baik kerana sesi ini memberi pendedahan bagaimana cara untuk menyumbang kepada incubator dan ini sangat penting kepada para pelajar kami dan para pensyarah juga yang ingin memasukkan penulisan-penulisan dalam inkubator. Pada masa yang sama, kita boleh menterjemahkan artikel dan juga mencipta cerita dalam inkubator termasuk menyediakan bahan rujukan tambahan dan sumber bacaan dalam bahasa Kadazandusun melalui platform inkubator.

SAZAU DAN TARIAN MANUK LEMBUKUN Kepelbagaian budaya dan bahasa di Malaysia terutama di Sabah merupakan keunikan yang ada di Sabah. Oleh itu, pada hari ini, pelajar IPGK Kent dan juga delegasi dari Kota Belud Sabah telah mempersembahkan Sazau dan Tarian Manuk Lembukun yang bukan sahaja menarik minat delegasi Malaysia sendiri tetapi juga delegasi-delegasi dari negara lain. MAJLIS PENUTUPAN DAN MAKAN MALAM- Majlis Penutupan ini telah menyaksikan simbolik penyerahan tanggungjawab pelaksanaan Wikimania 2024 daripada Wikimania Singapura kepada team Wikimania Krakow, Poland 2024. Diharapkan, para pelajar IPGK Kent akan berpeluang untuk menyertai acara ini kerana acara ini sangat baik sekali. Selepas itu kami menghadiri makan malam di Garden by the Bay.

20 OGOS 2023' - Check out dan terbang kembali ke Sabah, Malaysia.