Wikipedia Bulan Asia/Alat Fountain

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
This page is a translated version of the page Wikipedia Asian Month/Fountain tool and the translation is 100% complete.


LAMAN UTAMA Kumpulan Pengguna 2022 2021 2020 2019 2018 2017 2016 2015

Selamat datang ke portal meta Bulan Asia Wikipedia! Bulan Asia Wikipedia (BAW) ialah acara dalam talian yang dianjurkan secara tahunan yang bertujuan untuk mempromosikan kandungan Asia di Wikipedia. Sejak 2015, setiap komuniti tempatan yang mengambil bahagian menjalankan edit-a-thon secara dalam talian setiap November, yang di mana mempromosikan penciptaan atau penambahbaikan kandungan di Wikipedia tentang Asia kecuali negara mereka sendiri.

Komuniti yang mengambil bahagian tidak terhad kepada Asia sahaja. Malah, projek ini dijalankan di pelbagai Wikipedia dengan bahasa spesifik dan tapak web projek lain Yayasan Wikimedia (pergerakan Wikimedia), namun, beberapa tindakan khusus diadakan di beberapa negara dan komuniti Wikimedia dengan penganjur tempatan.

Bulan Asia Wikipedia telah mencapai usia 5 tahun: lebih 37,500 rencana berkualiti tinggi telah ditambah dalam lebih daripada 63 platform Wikipedia bahasa yang spesifik dan berbagai-bagai yang telah dicipta oleh 2,900 orang penyunting Wikipedia.

Alat fountain ialah salah satu alat yang ditaja oleh Wikimedia Toolforge yang boleh digunakan untuk menganjurkan edit-a-thons (maraton editan) / peraduan. Dari segi sejarah, ia telah digunakan secara meluas dalam penganjuran Wikipedia Bulan Asia. Pemaju alat ini ialah Ле Лой. Halaman ini ialah tunjuk ajar cara menggunakan Alat Fountain ini:

Cipta edit-a-thon (maraton editan)

  • Pergi ke https://fountain.toolforge.org/. Tekan butang "Log masuk" dan pilih "Benarkan" untuk memberikan OAuth kebenaran log masuk menggunakan akaun Wikimedia anda.

  • Tekan "Cipta baru" di bawah, pergi ke halaman "Editathon baharu".

  • Tekan tab "Umum" pada halaman "Editathon" baharu, isi bahagian "Tajuk" (spt. Bulan Asia 2020 pada XXX Wikipedia), "Kod" (spt. bulan-asia-xx-2020), "Projek" (spt. en, fr, .dsb), dan "Penerangan".
  • "Tarikh Mula" mestilah "11/01/2020 12:00:00 AM", dan "Tarikh Selesai" mestilah "11/30/2020 11:59:59 PM"
  • Pilih pilihan "Undian Sukarela", kemudian tekan "Seterusnya" di bawah.

  • Pada tab "Peraturan" di halaman "Editathon Baharu", tekan "Tambah Peraturan" di bawah dan tambah item "Saiz Artikel".
  • Sila tambah "sekurang-kurangnya 3000 bytes", kemudian tekan atau tambah "sekurang-kurangnya 300 patah perkataan" di dalam item "Saiz Artikel".
  • Tekan "Tambah Peraturan" di bawah sekali lagi dan tambah "Tarikh Cipta Artikel". Pastikan tarikh tersebut: "bukan sebelum 11/01/2020 12:00:00 AM" dan "bukan selepas 11/30/2020 11:59:59 PM".
  • Anda boleh mengklik artikel mana mana pengguna di ruangan pratonton untuk mengenalpasti sama ada peraturan di atas beerfungsi atau tidak. Jika tidak terdapat sebarang permasalahan, sila tekan "Seterusnya" di bawah untuk ke halaman sebelah.

  • Pada tab "Markah' di halaman "Editathon Baharu", ubahsuai item yang perlu diubahsuai (dalam kebanyajkan kes, tidak terdapat sebarang pengubahsuaian yang diperlukan di dalam acara berkaitan Bulan Asia Wikipedia pada ruangan ini). Jika tidak terdapat sebarang permasalahan, sila tekan "Seterusnya" di bawah untuk ke halaman sebelah.

  • Pada tab "Templat" di halaman "Editathon Baharu", anda boleh memilih samada untuk menambah templat bagi artikel-artikel untuk acara ini atau tidak. (Ia bergantung kepada pilihan yang dibuat oleh komuniti anda, Wikipedia Bulan Asia tidak akan meminta pihak penganjur dan peserta untuk menambahkan templat pada artikel mereka). Jika tidak terdapat sebarang permasalahan, sila tekan "Seterusnya" di bawah untuk ke halaman sebelah.

  • Pada tab "Juri" di halaman "Editathon Baharu", pencipta edit-a-thon (maraton editan) akan ditambah ke dalam senarai penganjur secara automatik. Tekan "Tambah" untuk menambah penganjur-penganjur baharu ke dalam senarai. Tekan "X" untuk mengeluarkan mereka dari senarai penganjur.
  • Mengikut peraturan Wikipedia Bulan Asia, "Nombor minimum bagi markah per artikel" hendaklah ditetapkan sebagai 1.
  • Jika anda tidak menghadapi sebarang masalah di dalam proses yang dinyatakan seperti di atas, tekan "Cipta" di bawah untuk menghantar permohonan edit-a-thon (maraton editan) baharu.
    • Jika anda ingin mengubahsuai ruangan sebelumnya, tekan "Kembali" untuk pulang ke halaman sebelumnya.
    • Jika anda ialah admin dan anda mencipta edit-a-thon (maraton editan) di dalam Wiki-projek kepunyaan anda, permohonan akan diluluskan secara automatik.
    • Jika anda ialah pengguna dan anda mencipta edit-a-thon (maraton editan) di dalam Wiki-projek, sila maklumkan kepada admin Wiki-projek tersebut untuk meluluskannya.

Proses kelulusan admin

  • Untuk meluluskan sesebuah edit-a-thon (maraton editan), anda mestilah mempunyai bendera admin di dalam bahasa yang sepadan dengan bahasa Wiki-projek tersebut.
  • Pergi ke https://fountain.toolforge.org/. Tekan butang "Log masuk" dan pilih "Benarkan" untuk memberikan OAuth kebenaran untuk log masuk menggunakan akaun Wiki anda.

  • Tekan pada nama-nama yang terletak di bahagian atas halaman, dan pergi ke halaman "Kabinet Peribadi".

  • Pilih tab "Kelulusan", pilih edit-a-thon (maraton editan) yang anda ingin luluskan.
  • Tekan "Luluskan" untuk meluluskan edit-a-thon (maraton editan) tersebut.

Tukar tetapan

  • Untuk menukar tetapan berkenaan edit-a-thon (maraton editan), anda mestilah mempunyai bendera admin di dalam bahasa yang sepadan dengan bahasa Wiki-projek tersebut.
  • Pergi ke https://fountain.toolforge.org/. Tekan butang "Log masuk" dan pilih "Benarkan" untuk memberikan OAuth kebenaran untuk log masuk menggunakan akaun Wiki anda.
  • Pilih halaman edit-a-thon (maraton editan) yang ingin anda sunting.

  • Adding "/config" at the end of the URL.

  • Sekarang, anda boleh mengklik tab "Umum", "Peraturan", "Markah", "Templat", "Juri" untuk menyunting edit-a-thon (maraton editan) tersebut. (Sama seperti mencipta sebuah edit-a-thon (maraton editan)).
  • Jika anda tidak menghadapi sebarang masalah di dalam proses yang dinyatakan seperti di atas, tekan "Simpan" di bawah untuk menghantar suntingan baharu bagi edit-a-thon (maraton editan) tersebut.

Serahkan artikel

  • Pergi ke https://fountain.toolforge.org/. Tekan butang "Log masuk" dan pilih "Benarkan" untuk memberikan OAuth kebenaran untuk log masuk menggunakan akaun Wiki anda.
  • Pilih peraduan / kempen / edit-a-thon (maraton editan) yang anda ingin serahkan artikel
  • Tekan "Penyerahan Artikel"

  • Isikan tajuk artikel dan tekan "Seterusnya".

  • Jika anda menepati semua spesifikasi keperluan, anda akan boleh mengklik "Tambah" pada bahagian bawah kanan untuk menyerahkan artikel tersebut.
  • Jika anda tidak menepati kesemua spesifikasi keperluan, anda hanya boleh mengklik "Kembali" pada bahagian bawah kanan.

  • Anda boleh log masuk pada bila-bila masa dan melihat jumlah artikel yang telah diserahkan oleh anda dan pengguna lain, jumlah artikel yang telah disemak dan diberi markah oleh juri-juri.

Penilaian Artikel

  • Ahli juri boleh mula menyemak walaupun ketika peraduan sedang berlangsung.
  • Pergi ke https://fountain.toolforge.org/. Tekan butang "Log masuk" dan pilih "Benarkan" untuk memberikan OAuth kebenaran log masuk menggunakan akaun Wikimedia anda.
  • Pilih peraduan / kempen / edit-a-thon (maraton editan) yang anda ialah salah seorang ahli jurinya.
  • Tekan "Penilaian" dan artikel rawak akan muncul pada alat untuk anda hakimi.

  • Sudut atas kanan memaparkan penulis, jumlah bytes dan patah perkataan artikel, serta tarikh artikel diterbitkan.

  • Di sudut bawah kiri, terdapat tiga pilihan; "Ya", "Tidak" dan "Komen". Pilih pilihan yang bersesuaian berdasarkan spesifikasi keperluan peraduan dan kualiti artikel kemudian tekan "Simpan" untuk pergi ke artikel seterusnya.
  • Anda juga boleh "Langkau" jika anda ingin melawat semula artikel tersebut kemudian atau meninggalkannya kepada ahli juri yang lain.

Video