Geran:Geran Persidangan/Jawatankuasa
Appearance
Outdated translations are marked like this.
Jawatankuasa Sokongan Persidangan
Geran persidangan dan dana acara akan disemak oleh jawatankuasa dari kalangan sukarelawan.
Ahli
Ahli jawatankuasa mesti terdiri sekurang-kurangnya lima orang. Setiap ahli berkhidmat sehingga mereka tidak lagi aktif atau memohon keluar dari jawatankuasa. Ahli jawatankuasa semasa ialah:
Soalan mengenai penyertaan jawatankuasa? Hubungi conferencegrantswikimediaorg
We are currently not looking for new committee members. If you are interested in joining the Conference Fund Committee, please check back with us before the next funding round.
Kriteria keahlian
Diperlukan:
- Kemudahan dalam bahasa Inggeris yang munasabah, bagi menyemak dan berbincang mengenai cadangan geran.
- Berpengalaman dalam gerakan Wikimedia, pernah merancang atau menyertai mana-mana persidangan Wikimedia sekurang-kurangnya sekali.
- Berpengalaman dengan program Wikimedia.
- Pemahaman tentang kepelbagaian, termasuklah kebudayaan, linguistik dan perbezaan jantina.
- Komitmen terhadap harapan ruang mesra, dan terlibat dalam dialog sokongan bersama pemohon dan pemberi dana.
- Rekod konsisten berkaitan penglibatan yang konstruktif dalam perbincangan komuniti, dan lebih terarah kepada penyelesaian masalah secara berkolaborasi.
Diinginkan (namun tak dikehendaki):
- Berpengalaman dalam memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi memfokuskan sukarelawan.
- Berpengalaman dalam merancang acara atau persidangan, atau mempunyai pengalaman luas dalam menilai jenis cadangan dana yang lain.
- Kemahiran yang berkaitan bagi merancang acara yang berjaya, termasuklah rundingan komuniti, pengurusan dana, pengurusan projek, pengalaman dalam perihal undang-undang atau kewangan, pengalaman dalam membangunkan program persidangan.
Nota kriteria lain:
- Ahli boleh memohon untuk dana persidangan mereka sendiri, namun mereka perlu untuk tidak terlibat dalam penilaian cadangan sehingga cadangan mereka itu telah disemak dan selesai.
- Ahli boleh berkhidmat dalam jawatankuasa ini di samping Jawatankuasa APG Ringkas dan Jawatankuasa Geran Projek. Namun, mereka tidak boleh berkhidmat dalam kedua-dua Jawatankuasa Pengagihan Dana dan Jawatankuasa Geran Persidangan.
- Ahli gabungan semasa atau staf Yayasan Wikimedia boleh menyertai jawatankuasa ini dalam kapasiti sukarela.