Jump to content

Hari Muzium Antarabangsa 2024/Kempen imej

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
This page is a translated version of the page International Museum Day 2024/Image campaign and the translation is 100% complete.


CABARAN MEDIA HARI MUZIUM ANTARABANGSA 2024

Hari Muzium Antarabangsa 2024 ialah suatu panggilan untuk meningkatkan maklumat mengenai muzium serata dunia dan mewakili tema tahun ini: Muzium untuk Pendidikan dan Penyelidikan. Wikimediawan perseorangan, badan gabungan, dan kumpulan pengguna, dijemput untuk menyahut tiga cabaran untuk meningkatkan liputan muzium dalam Wikimedia: terjemahan, media, dan data.

Bagi cabaran media, anda dijemput untuk berkongsi gambar yang menggambarkan bagaimana muzium bekerja dengan tema berkaitan pendidikan dan penyelidikan.

  • Memperkenalkan kawasan pendidikan khusus muzium;
  • Menghadiri acara atau bengkel jangkauan dan pendidikan;
  • Mencari perpustakaan atau arkib muzium;
  • Melawat pameran tertentu;
  • Mendokumen sumber yang boleh dicapai dan diolah;
  • Menghadiri program keluarga atau malam muzium.


BAGAIMANA UNTUK MENYERTAI
International Museum Day 2024 Menerokai peta dunia bagi semua muzium di Wikidata.
International Museum Day 2024 Pilih muzium yang anda mahu ambil gambar.

Ingat tema tahun ini: Muzium untuk Pendidikan dan Penyelidikan.

International Museum Day 2024 Tangkap gambar terbaik anda.
International Museum Day 2024 Muat naik gambar anda! »
International Museum Day 2024 Tambah data berstruktur pada gambar yang dimuat naik.


SYOR

Sentiasa ingat syor ini:

Proses muat naik yang terpandu akan secara langsung menempatkan gambar anda dalam keseluruhan kategori Hari Muzium Antarabangsa, tetapi sila tambah kategori yang khusus dan sesuai pada gambar anda. Ini akan memastikan Wikimedia Commons dalam aturan dan gambar anda akan dijumpai dengan lebih mudah.

Kami juga mengesyorkan setiap fail mestilah:

  • Gambar yang diambil dan dimuat naik secara peribadi;
  • Dimuat naik semasa tempoh panggilan untuk bertindak (1 Mei - 31 Mei);
  • Dilesenkan dengan lesen CC BY-SA;
  • Menghormati dan tidak melanggar privasi peribadi atau hak cipta;

Sementara tema tahun ini Muzium untuk Pendidikan dan Penyelidikan, anda juga boleh muat naik gambar muzium yang lebih umum di bawah kategori, Gambar dari Hari Muzium Antarabangsa 2024. Anda boleh juga muat naik gambar yang anda telah ambil pada masa lalu.

Ini bukan pertandingan global dengan hadiah, tetapi penganjur tempatan mungkin memutuskan untuk menganjurkan pertandingan.

CONTOH-CONTOH DARI TAHUN LEPAS

Sebagai inspirasi, lihat gambar yang dimuat naik semasa kempen tahun lepas dengan tema Kelestarian dan Kesejahteraan:


Tarikh 1 TO 31 MAY 2024
Hubungan Umum cultureandheritage(_AT_)wikimedia.org