Kelab Wiki Kent
Appearance
| Kent Wikimedia Club | |
|---|---|
Kent Wikimedia Club logo | |
Pusat kelab | |
| Lokasi | Tuaran |
| Approval date | 18 Ogos 2023 |
| Bahasa rasmi | Central Dusun, Bahasa Melayu |
| Bahasa lain | Inggeris |
| Pengerusi | Blusjai |
| Laporan | Laporan |
| kelabwikikent | |
| Moto | Boros nopo nga guas toilaan (Bahasa adalah akar pengetahuan) |
Kelab Wiki Kent ialah persatuan pelajar Wikimedia di Institut Pendidikan Guru Kampus Kent (IPGK Kent) yang disokong oleh Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia (WCUGM).
Objektif
[edit]- Memartabatkan bahasa Kadazandusun.
- Memperkenalkan budaya-budaya masyarakat Kadazandusun di peringkat global.
- Mendigitalkan pengetahuan budaya dan bahasa Kadazandusun.
Sejarah ringkas Kerjasama IPGM Kampus Kent dan Wikimedia Malaysia
[edit]- Kerjasama IPGM Kampus Kent bersama Wikimedia Malaysia bermula pada Julai 2021 dengan pelantikan Puan Linah Bagu, Ketua Jabatan Bahasa Kadazandusun, sebagai juri WikiKata.
- Pada November 2022, IPGM Kampus Kent menjadi tuan rumah kepada Bengkel Wikikamus Bahasa Kadazandusun, acara Wikimedia pertama yang diadakan di kampus ini.
- Momentum diteruskan pada Januari 2023 apabila pelajar-pelajar menyertai #100HariWiki, dan seorang pelajar dinobatkan sebagai juara kebangsaan.
- Bulan Mac 2023 menyaksikan penyertaan pelajar dalam WikiGap 2023, anjuran Kedutaan Besar Sweden di Kuala Lumpur.
- Pada Mei 2023, seorang pelajar telah dilantik sebagai pelatih dalam Bengkel Wikimania NYAA di Singapura, manakala Puan Linah Bagu dicalonkan menghadiri Forum Internet Stockholm oleh Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia (WCUGM). Dalam bulan yang sama, Projek WikiBudaya Kaamatan dijalankan di kampus.
- Pada Ogos 2023, delegasi IPGM Kampus Kent menyertai Wikimania Singapura dan menyaksikan perasmian rasmi Kelab Wiki Kent. Delegasi juga menghadiri majlis pembukaan Konsulat Kehormat Sweden di Kota Kinabalu.
- Akhirnya, pada September 2023, Jawatankuasa Kelab Wiki Kent sesi 2023/2024 telah dilantik, menandakan permulaan fasa baharu dalam pembangunan keterlibatan digital berasaskan komuniti.
Dalam berita
[edit]- (13 November 2022) IPG Kampus Kent kembangkan bahasa Kadazandusun ke Wikikamus – Sabahtaim
- (18 Ogos 2023) Lebih 60 dialek Kadazandusun dimuatkan dalam Wikipedia – BH Online
- (18 Ogos 2023) Over 60 Kadazandusun dialects uploaded on Wikipedia, says Wikimedia community user group Malaysia – Malay Mail
- (19 Ogos 2023) Kelab Wiki Kent Rasmi sebagai rakan strategik Wikimedia Malaysia: Dr. Hamidah – Borneo Daily Bulletin
- (19 Ogos 2023) Lebih 60 dialek Kadazandusun dimuatkan dalam Wikipedia – Astro Awani
- (24 Mac 2024) WikiGap Tuaran Tahun 2025: Program penulisan artikel tentang wanita dalam Wikipedia Bahasa Kadazandusun – jesselton times
- (18 April 2025)Program 100 Hari Wikipedia Hasilkan Artikel Dalam Bahasa Kadazandusun-jesselton times
Pautan luar
[edit]Wikimedia Commons mempunyai lebih banyak media yang berkaitan dengan: