Licensing update/Result/ms

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
Shortcut:
LU/R

Wikimedia Foundation (WMF) telah mencadangkan agar syarat lesen hak cipta bagi wiki yang dikendalikan oleh WMF — termasuk Wikipedia — ditukar bagi memasukkan lesen Creative Commons Attribution-ShareAlike (CC-BY-SA) sebagai tambahan kepada Lesen Dokumntasi Bebas GNU GNU ("Free Documentation License") (GFDL). Ini akan merangkumi semua teks dan media kaya (imej, bunyi, video, dsb.) yang kini dilesenan di bawah "GFDL 1.2 or later versions". Perubahan ini bermaksud untuk memajukan misi WMF dengan meningkatkan keserasian dan kesediaan kandungan bebas. Perincian lanjut dan motivasi bagi perubahan ini dijelaskan dalam cadanganmengemaskini perlesenan dan Soalan Lazim berkait.

Untuk menilai sokongan masyarakat bagi menerima perubahan ini, undian seluruh-Wikimedia telah dilaksanakan antara 12 April dan 3 May 2009. Undian ini dikendalikan oleh sukarelawan berkait dengan jawatankuasa pengemaskini perlesenan dan dilaksanakan di pelayan yang dikawal oleh SPI bebas bukan laba.

Keputsan ringkas[edit]

Keputusan Undian Pengemaskini Lesen
"Ya, Saya menyokong perubahan ini" 13242 75.8%
"Tidak, Saya menentang perubahan ini" 1829 10.5%
"Saya tidak mempunyai pendapat mengenai perubahan ini" 2391 13.7%
Jumlah undian terkumpul dan disahkan 17462

Jika pilihan "tidak" disingkirkan, peratusan Ya/Tidak merangkumi 87.9%/12.1% (15,071 undian).

Langkah berikut[edit]

Sebagaimana dipersetujui sebelum ini, jawatankuasa pengemaskini lesen berkongsi keputusan ini dengan WMF Board of Trustees beberapa hari sebelum dibebaskan kepada umum. Lembaga ini bertanggungjawab untuk memberikan kelulusan akhir sebelum sebarang perubahan kepada perlesenan Wikimedia dilakukan.

Michael Snow, Pengerusi Wikimedia Foundation Board of Trustees, memberikan ulasan berikut:

Sukarelawan yang mengusaha projek-projek Wikimedia telah menyokong penuh bagi menjadikan sumbangan mereka sedia di bawah lesen Creative Commons Attribution/Share-Alike License (CC-BY-SA) sebagai tambahan kepada Lesen Dokumentasi Bebas GNU (GNU Free Documentation License - GFDL). Mengemaskini syarat perlesenan ini akan menyokong misi berbakti Wikimedia, dengan menjadikn projek kita serasi secara perundangan dengan yang lain yang telah memilih lesen CC-BY-SA. Kandngan maklumat bebas dan pendidikan lebih mudah dikongsikan dan lebih mudah digunakan.

Lembaga Amanah penuh meluluskan resolusi berikut pada 21 May 2009:

Meluluskan bahawa:

Dari mana masyarakat Wikimedia, dalam undian seluruh projek, telah menunjukkan sokongan padu bagi menukar syarat perlesenan bagi tapak-tapak Wikimedia, dan darimana Lembaga Amanah (Board of Trustees) dahulunya menerima resolusi pengemaskini lesen memohon perubahan sedemikian dibenarkan, Lembaga dengan ini mengistiharkan niatnya bagi melaksanakan pertukaran tersebut. Degan itu, Wikimedia Foundation menggunakan pilihannya di bawah Versi 1.3 bagi Lesen Dokumentasi Bebas GNU bagi melesenkan kembali tapak-tapak Wikimedia sebagai Kerjasama Ramaipenyunting Besar-besaran (Massive Multiauthor Collaborations) di bawah lesen Creative Commons Attribution-Share Alike 3.0, berkuat-kuasa 15 Jun 2009. Lembaga Amanah dengan ini mengarahkan Executive Director untuk mengemaskini kesemua syarat perlesenan Wikimedia dan syarat penggunaan dilaksanakan selari dengan cadangan di Pengemaskini Lesen.

Bagi melaksanakan perubahan ini, kejadian berikut dijangkakan:

Tarikh Kejadian ("Event")
Start of June Sebarang perubahan kepada cadangan syarat penggunaan dipapar bagi ulasan. Prosedure cadangan bagi mengendali kandungan luaran dibebaskan. Strategi bagi mengemaskini template pada fail media berkenaan diumumkan.
15 Jun dan selepasnya Selepas sebarang perubahan akhir, kenyataan hakcipta seluruh-laman dan syarat penggunaan dikemas kini disemua wiki-wiki bahasa Inggeris. Garis panduan dikeluarkan dan terjemahan bermula bagi semua wiki bukan bahasa Inggeris. Fail media terbabit akan dipindahkan seperti di atas.

Perincian undian[edit]

Pilihan raya pengemaskini perlesenan dilaksanakan selama tiga minggu (dari 12 April sehingga 3 May 2009) dalam 32 bahasa, dan diumumkan melalui notis laman dipaparkan kepada kesemua penyunting yang log masuk. Undian terbuka kepada kesemua individu yang memiliki akaun berdaftar di projek WMF dengan sekurang-kurangnya 25 suntingan sebelum 15 March 2009, dan yang tidak disekat bagi akaun tersebut atau ditanda sebagai bot. Individu yang tidak memenuhi kriteria ini secara automatik dihalang dari membuang undian.

Pengesahan[edit]

Sejarah undian dibuang semasa tempoh tiga minggu pengundian.

Sejumlah 18,692 undian dibuang. Selepas dinilai, jawatankuasa pengemaskini perlesenan mengesahkan bahawa 17,462 darinya adalah sah. Hampir keseluruhan undian yang ditolak disebabkan individu yang cuba mengundi beberapa kali. Dalam kes seorang individu mengundi banyak kali, undian paling terbaru mereka dianggap sah dan sebarang undian awal ditolak. Ini termasuk 930 kes di mana satu akaun di wiki tertentu digunakan bagi membuang undi beberapa kali. Tambahan 256 undian dikecualikan disebabkan individu mengundi beberapa kali dengan nama akaun yang sama dari wiki berlainan (disahkan akaun bepaut melalui log masuk pengguna tunggal atau bukti teknikal lain). 44 undi terakhir ditolak kerana sebab-sebab berlainan, termasuk salahguna sockpuppetry.

Kesemua undian dilaksanakan semata-mata berasaskan bukti teknikal akaun pengundi. Pilihan undian dienkrip dan tidal dibebaskan sehingga kumpulan undian yang sah disahkan. Undian ditolak tidak pernah dibuka.

Demographics[edit]

193 Wikimedia projects were represented by at least one vote.

Votes Percent Group
16785 96.1% 102 Wikipedias
397 2.3% 8 "Special" projects (includes Commons, [[:|Meta]], Wikispecies, etc.)
78 0.4% 22 Wiktionaries
72 0.4% 18 Wikibooks projects
60 0.3% 17 Wikisource projects
30 0.2% 11 Wikinews projects
24 0.1% 7 Wikiversity projects
15 0.1% 8 Wikiquote projects
Top 20 voting projects
Votes Percent Project
7528 43.1% English Wikipedia
3104 17.8% German Wikipedia
955 5.5% French Wikipedia
778 4.5% Russian Wikipedia
738 4.2% Spanish Wikipedia
507 2.9% Polish Wikipedia
454 2.6% Italian Wikipedia
315 1.8% Chinese Wikipedia
274 1.6% Commons
274 1.6% Japanese Wikipedia
235 1.3% Dutch Wikipedia
210 1.2% Portuguese Wikipedia
158 0.9% Swedish Wikipedia
125 0.7% Hebrew Wikipedia
125 0.7% Hungarian Wikipedia
117 0.7% Finnish Wikipedia
111 0.6% Czech Wikipedia
105 0.6% Turkish Wikipedia
98 0.6% [[:|Meta]]
78 0.6% Danish Wikipedia