Jump to content

Piagam Gerakan/Pengesahan/Pelancaran tinjauan kaedah pengesahan Piagam Gerakan

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
This page is a translated version of the page Movement Charter/Ratification/April 2023/Consultation/Announcement - launch and the translation is 90% complete.
Outdated translations are marked like this.

Panggilan untuk memberikan maklum balas terhadap cadangan kaedah pengesahan Piagam Gerakan

Anda boleh membaca pesanan ini yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa tambahan di Meta-wiki.

Hai semua,

Jawatankuasa Penggubal Piagam Gerakan (MCDC) meminta maklum balas dari gerakan Wikimedia berkaitan cadangan kaedah pengesahan Piagam Gerakan bermula 10 sehingga 28 April, 2023. Pengesahan Piagam Gerakan ini direncanakan untuk dilaksanakan pada awal tahun 2024, menurut garis masa terkini.

MCDC memerlukan maklum balas mengenai enam soalan. Sila kongsikan maklum balas Anda melalui:

Forum perbualan terbuka

MCDC juga menjemput semua orang yang berminat dengan berkongsi maklum balas mereka terhadap cadangan kaedah pengesahan dengan menghadiri forum perbualan terbuka berikut:

Bahasa yang digunakan sewaktu perbincangan tersebut ialah bahasa Inggeris. Sila beri maklum sekiranya anda memerlukan sokongan bahasa. Dukungan pentafsiran bahasa akan diberikan apabila sekurang-kurangnya 3 orang yang berminat untuk menyertai, dengan pilihan bahasa seperti berikut: bahasa Arab, bahasa Cina (Mandarin), bahasa Perancis, bahasa Jerman, bahasa Indonesia, bahasa Jepun, bahasa Poland, bahasa Portugis (Brazil), bahasa Rusia dan bahasa Sepanyol.

Atas nama Jawatankuasa Penggubal Piagam Gerakan,