Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia/Biasiswa Wikimania 2023

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
This page is a translated version of the page Wikimedia Community User Group Malaysia/Wikimania 2023 Scholarship and the translation is 86% complete.
Outdated translations are marked like this.

Laman ini menerangkan proses untuk biasiswa Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia (MYS). Ini berbeza dengan biasiswa yang ditawarkan oleh Yayasan Wikimedia (WMF).

Wikimania 2023 akan membayangkan semula cara banyak kegiatan akan disediakan, proses biasiswa adalah sebahagian daripada imaginasi semula itu. Untuk 2023, kumpulan pengguna akan menawarkan dua jenis biasiswa yang berbeza:

  1. 7 biasiswa penuh akan menyediakan sokongan perjalanan, penginapan, dan pendaftaran.
  2. 5 biasiswa separa akan menyediakan sokongan penginapan dan pendaftaran.

Kesemua penerima biasiswa penuh dan separa dijangka menghadiri persidangan dari 16–19 Ogos 2023. Kesemua penerima biasiswa akan berkongsi bilik hotel bersama dengan seorang penerima biasiswa yang sama jantinanya.

Kesemua penerima biasiswa dijangka:

  • menghantar laporan mengenai pengalaman dan pembelajaran mereka dalam Wikimania di Meta sebulan selepas persidangan;
  • terus menyunting mana-mana projek Wikimedia sekurang-kurangnya 10 suntingan setiap bulan selama empat bulan berturut-turut, dan;
  • menjadi ahli aktif MYS dan menjadi sebahagian daripada pasukan penganjur sekurang-kurangnya satu acara yang dianjurkan oleh MYS pada 2024.

Tarikh penting

Garis masa untuk Rancangan Biasiswa MYS adalah seperti berikut:

Permohonan Biasiswa Perjalanan

  • Dibuka: Isnin, 15 Mei 2023 pada 00:00 UTC+08:00
  • Tarikh akhir untuk memohon biasiswa: Ahad, 4 Jun 2023 pada 23:59 UTC+08:00
  • Pentaksiran kelayakan fasa 1 oleh Jawatankuasa Biasiswa: 5–11 Jun 2023
  • Penilaian mendalam fasa 2 oleh Jawatankuasa Biasiswa: 12–18 Jun 2023
  • Tawaran pertama akan dihantar ke pemohon yang berjaya: 19–25 Jun 2023
  • Pemohon yang tinggal akan dimaklumkan keputusan terakhir: 26–30 Jun 2023
  • Senarai penuh penerima diterbitkan di laman ini: Sabtu, 1 Julai 2023 pada 12:00 UTC+08:00

Jenis biasiswa yang diberi akan ditentukan berdasarkan lokasi dan sumbangan pemohon. Kesemua pemohon biasiswa akan dimaklumkan keputusan permohonan melalui e-mel.

Syarat-syarat

Syarat pemohon biasiswa untuk Rancangan Biasiswa MYS adalah seperti berikut:

  • Penyunting mana-mana projek Wikimedia dengan sekurang-kurangnya 100 suntingan keseluruhan.
  • Kini tinggal di Malaysia.
  • Sekurang-kurangnya 18 tahun.
  • Tiada akaun yang aktif disekat di mana-mana projek Wikimedia.

Jawatankuasa biasiswa

Jawatankuasa biasiswa untuk Rancangan Biasiswa MYS adalah seperti berikut:

  • Dody Ismoyo, Yang Dipertua MYS.
  • Taufik Rosman, bendahari MYS.
  • Wafiq Kamarul, jawatankuasa santun masyarakat MYS.

Jawatankuasa akan memeriksa kesemua permohonan berdasarkan sumbangan pemohon dan Borang Google.

Recipients

Full scholars

Partial scholars

Soalan?

Jika anda ada soalan, sila hubungi: persidangan(_AT_)wikimedia(_DOT_)org(_DOT_)my atau tinggalkan pesanan di laman perbincangan.