Wikimedia Foundation elections/Board elections/2009/Committee/ms

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
Jump to navigation Jump to search
Undian berakhir 10 Ogos 2009. Undian baru tidak akan diterima lagi.
Keputusan diumumkan pada 12 Ogos 2009.
Pemilihan Lembaga 2009
Pentadbiran

Jawatankuasa Pemilihan Lembaga 2009 mengelola butiran pengurusan pemilihan sesuai dengan kapasiti yang diberikan kepada mereka oleh Lembaga Pemegang Amanah, tertakluk kepada rujukan Lembaga, dan boleh memberikan syor kepada Lembaga mengenai pemilihan ini.

Keahlian[edit]

Jawatankuasa terdiri daripada ahli yang dilantik oleh Lembaga Pemegang Amanah untuk menguruskan pemilihan Lembaga Pemegang Amanah Wikimedia 2009. Ahli jawatankuasa mestilah merupakan penyunting di satu atau lebih projek Wikimedia, bukan merupakan anggota Lembaga Pemegang Amanah atau calon dalam pemilihan, dan tidak boleh mengundi dan pemilihan pemegang amanah 2009.

Pihak Lembaga telah mengumumkan ahli Jawatankuasa 2009 pada 26 Mac 2009, sebagai berikut:

Nama Bahasa Lokasi (zon waktu)
Jesse Plamondon-Willard (Pathoschild) en, fr Montreal, Kanada (UTC-5)
Daniel Bryant en, is-3, ja-2 Adelaide, Australia (UTC+10:30)
Yann Forget fr, en-3, hi-2, gu-1 Haute-Savoie, Perancis (UTC+2)
"Dvortygirl" en, es-1, el-1 California, Amerika Syarikat (UTC-7)
Alexandre Emsenhuber fr, en-2, de-2, pt-1 Neuchâtel, Switzerland (UTC+2)
"Mardetanha" fa, az, en-3, tr-2, ar-1 Zanjan, Iran (UTC+3:30)
Andrew Garrett en Sydney, Australia (UTC+10)
Philippe Beaudette en Tulsa, Oklahoma, Amerika Syarikat (UTC-5)

Tugas[edit]

Jawatankuasa bertanggungjawab merencana dan menjalankan hampir-hampir semua aspek pemilihan Lembaga. Sebagai contoh, Jawatankuasa merancang cara pemilihan, menetapkan kriteria hak mengundi dan kriteria pencalonan, menyediakan konsep dan mengatur semua laman pemilihan rasmi di Meta, memastikan semua calon dan pengundi memenuhi kriteria, mengaudit undian untuk memastikan tiada undian berganda atau masalah lain, dan sebagainya.