Jump to content

Piagam Gerakan/Jawatankuasa Penggubal/Pengumuman - Draf akhir kini tersedia

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
This page is a translated version of the page Movement Charter/Drafting Committee/Announcement - Final draft available and the translation is 100% complete.

Teks akhir Piagam Gerakan Wikimedia kini di Meta

Anda boleh membaca pesanan ini yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa tambahan di Meta-wiki. Please help translate to your language

Hai semua,

Teks akhir Piagam Gerakan Wikimedia kini berada di Meta dalam lebih daripada 20 bahasa untuk bacaan anda.

Apakah itu Piagam Gerakan Wikimedia?

Piagam Gerakan Wikimedia ialah sebuah dokumen cadangan untuk menjelaskan peranan dan tanggungjawab bagi semua anggota dan entiti gerakan Wikimedia, termasuk penubuhan badan baharu – Majlis Sejagat – bagi urus tadbir gerakan.

Sertai “Majlis Pelancaran” Piagam Gerakan Wikimedia

Sertai “Majlis Pelancaran” pada 20 Jun 2024 jam 14.00-15.00 UTC (waktu tempatan anda). Dalam majlis ini, kita akan menyambut pelancaran Piagam akhir dan membentangkan kandungan Piagam. Sertai dan pelajari mengenai Piagam ini sebelum anda memberikan undi.

Undi penguatkuasaan Piagam Gerakan

Pengundian akan dijalankan di SecurePoll pada 25 Jun 2024 jam 00:01 UTC dan akan berkahir pada 9 Julai 2024 jam 23:59 UTC. Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai proses pengundian, syarat kelayakan, dan butiran lain di Meta.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila tinggalkan soalan anda di laman perbincangan Meta atau e-mel Jawatankuasa Penggubal Piagam Gerakan (JPPG) di mcdc@wikimedia.org.

Bagi pihak JPPG,