User:Keegan (WMF)/VisualEditor/Wikipedias with no VE page/ms

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
This page is a translated version of the page User:Keegan (WMF)/VisualEditor/Wikipedias with no VE page and the translation is 86% complete.


Salam,

Wikimedia Foundation tidak lama lagi akan menwujudkan VisualEditor untuk semua pengguna dan sepanjang masa dalam Wikipedia anda. Untuk masa sekarang, Wikipedia tidak mempunyai sebarang dokumen untuk VisualEditor, dan kami harap komuniti anda dapat mengubahnya. Anda boleh mencari maklumat untuk menerjemah dan membuat rujukan di muka surat VisualEditor, Panduan Pengguna, dan Soalan Lazim. Kami ingin mengetahui seberapa banyak yang kami dapat dari anda tentang VisualEditor dan bagaimana ia membantu Wikipedia anda, dan halaman tempatan adalah cara yang terbaik untuk memulakannya. Kami juga menggalakkan anda untuk menubuhkan halaman maklum balas dimana komuniti boleh memberi idea, pendapat dan juga melaporkan pepijat yang mungkin masih wujud di dalam perisian di Bugzilla. Jika anda boleh bercakap untuk kebimbangan yang lain di dalam Bahasa Inggeris pada meta atau bahasa tempatan, saya menggalakkan anda untuk membantu komuniti anda sebagai wakil dalam proses ini.

Jika anda boleh membantu dalam terjemahan antara muka pengguna untuk VisualEditor kepada bahasa anda, anda membantu. Translatewiki terbuka untuk menerjemahkan VisualEditor. Pautan terus untuk menerjemahkan antara muka pengguna ialah disini. Anda boleh merujuk bagaimana kami membuat terjemahan disini. Anda perlu akaun di Translatewiki untuk membuat terjemahan.

Jika kami dapat membantu komuniti anda dalam apa cara dengan proses ini, sila memberitahu saya dan saya akan melakukan yang terbaik untuk membantu Wikipedia anda dengan pembangunan yang menarik ini. Anda boleh menghubungi saya di sini, atau laman bicara meta, atau dengan e-mel.