Wikimedia Foundation elections/Board elections/2009/ms

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
Jump to navigation Jump to search
Undian berakhir 10 Ogos 2009. Undian baru tidak akan diterima lagi.
Keputusan diumumkan pada 12 Ogos 2009.
Pemilihan Lembaga 2009
Pentadbiran

Pemilihan untuk Lembaga Pemegang Amanah 2009 akan diadakan di antara 28 Julai dan 10 Ogos 2009. Ahli-ahli komuniti Wikimedia mempunyai peluang untuk melantik tiga calon yang akan menjawat untuk tempoh selama dua tahun hingga tahun 2011. Lembaga Pemegang Amanah ialah pihak berkuasa tertinggi Yayasan Wikimedia, sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan 501(c)(3) berdaftar di Amerika Syarikat. Yayasan Wikimedia menguruskan pelbagai projek seperti Wikipedia dan Commons.

Pemilihan akan diadakan secara terkawal melalui pelayan milik umum Software in the Public Interest. Undian adalah rahsia dan hanya dapat dilihat oleh petugas yang bertanggungjawab mengaudit dan mengira undian tersebut. Pengundi akan menomborkan calon mengikut keutamaan. Undian itu kemudian akan diselaraskan mengikut kaedah Schulze untuk menyusun calon mengikut jumlah pengundi yang memilihnya mengatasi calon lain.

Jawatankuasa Pemilihan berhasrat mengumumkan keputusannya pada atau sebelum 12 Ogos. Keputusan terperinci akan disediakan. Semua waktu dalam laman ini adalah pada 00:00 (tengah malam) UTC.

Maklumat untuk pengundi[edit]

Kelayakan[edit]

Anda boleh mengundi dari mana-mana akaun berdaftar yang anda miliki di wiki Wikimedia (anda cuma boleh mengundi sekali, tidak kira berapa akaun yang anda miliki). Untuk layak, akaun yang anda gunakan ini perlu:

  • tidak disekat; dan
  • bukan bot; dan
  • telah melakukan sekurang-kurangnya 600 suntingan sebelum 01 Jun 2009 di wiki Wikimedia (suntingan di wiki berbeza boleh digabungkan jika akaun anda disatukan menjadi akaun sejagat); dan
  • telah melakukan sekurang-kurangnya 50 suntingan antara 01 Januari dan 01 Julai 2009.

Pengecualian khas: pengguna berikut boleh mengundi tanpa mengambil kira keperluan di atas:

  • Pentadbir pelayan Wikimedia dengan capaian kerangka;
  • kakitangan bergaji Yayasan Wikimedia yang mula bekerja di pejabat sebelum 01 Mac 2009;
  • ahli atau bekas ahli Lembaga Amanah.

Cara mengundi[edit]

Jika anda layak mengundi:

  1. Baca penyataan calon dan putuskan calon yang anda ingin sokong.
  2. Pergi ke laman wiki "Special:Securepoll" di wiki yang anda layak mengundi. Sebagai contoh, jika anda paling aktif di wiki ms.wikipedia.org/, pergi ke ms.wikipedia.org/wiki/Special:Securepoll.
  3. Ikuti arahan di laman tersebut.

Maklumat untuk calon[edit]

Penerangan terperinci mengenai tanggungjawab seorang ahli Lembaga boleh diperolehi di Manual Lembaga.

Tanggungjawab ahli Lembaga[edit]

Menjadi ahli Lembaga pertubuhan kecil seperti Yayasan Wikimedia, yang menghadapi berbagai cabaran, boleh mengambil banyak masa. Jawatan ini merupakan sukarela dan tidak dibayar. Sementara ahli Lembaga tidak diharap memberikan duit sendiri kepada pertubuhan, mereka digalakkan membantu menubuhkan tabung.

Ahli Lembaga dikehendaki menghadiri sekurang-kurangnya 3–4 mesyuarat setiap tahun secara sendiri, menghadiri Wikimania (persidangan tahunan), dan menghadiri mesyuarat lain dan undian dalam talian yang telah dijadualkan. Lembaga berhubung secara intensif menggunakan e-mel, wiki, dan IRC. Pemegang amanah individu kadangkala menyertai mesyuarat strategik dengan pertubuhan dan syarikat lain, dan menyampaikan hasilnya kepada Lembaga dan kakitangan.

Individu ahli Lembaga dijangka terlibat dalam aktiviti tertentu (seperti menubuhkan tabung, Wikimania, atau mengaudit) dan membantu mendraf dasar, piagam dan ketetapan topik tersebut.

Disebabkan ahli Lembaga mempunyai tugas disebabkan oleh kedudukan mereka, calon yang ketika ini mempunyai kerja bergaji dengan Yayasan Wikimedia perlu meletakkan jawatan sebelum mereka boleh dilantik menyertai Lembaga Amanah. Ini adalah untuk mengelakkan kemungkinan konflik kepentingan.

Syarat menjadi calon[edit]

Untuk layak menjadi calon, anda perlu:

  • telah membuat sekurang-kurangnya 600 suntingan sebelum 01 Mac 2009 melalui mana-mana akaun berdaftar pada satu wiki (suntingan di beberapa wiki boleh digabungkan jika akaun anda disatukan menjadi akaun sejagat); dan
  • telah melakukan sekurang-kurangnya 50 suntingan antara 01 Januari dan 01 Julai 2009; dan
  • mendedahkan nama sebenar kepada awam dalam penyataan pencalonan anda (kerana identiti ahli Lembaga merupakan rekod awam, adalah tidak mungkin untuk orang yang namanya tidak diketahui atau menggunakan nama samaran memegang kedudukan dalam Lembaga Amanah); dan
  • berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan dianggap dewasa di sisi undang-undang di negara asal anda.
Pengecualian khas: ahli Lembaga Pemegang Amanah kini boleh menjadi calon tanpa menghiraukan keperluan di atas.

Bagaimana menghantar pencalonan anda[edit]

Jika anda layak, anda boleh menghantar pencalonan anda dengan melakukan yang berikut:

  1. Tulis secara ringkas tidak melebihi 1200 aksara dengan menyatakan apa yang ingin anda lakukan jika anda terpilih ke Lembaga Pemegang Amanah, pendapat dan pengalaman anda yang berkait, dan apa-apa lagi yang anda fikir berhubungan. Anda tidak boleh menggunakan ringkasan anda untuk memaut ke laman senarai sokongan atau pelantar lain, dan tidak boleh bertanding bersama-sama dengan calon lain.
  2. Hantarkan ringkasan anda antara 00:00, 06 Julai 2009 (UTC) dan 23:59, 27 Julai 2009 (UTC). Selepas 27 Julai, ia tidak boleh ditukar kecuali untuk pembetulan kecil atau terjemahan. Sebarang tambahan yang dihantar selepas ini akan dicap tarikh dan dipersembahkan berasingan dari ringkasan asal, dan cuma akan ditunjukkan kepada pengundi jika ia diterjemahkan kepada semua bahasa sama seperti ringkasan asal.
  3. Hantarkan bukti identiti anda kepada Cary Bass (Penyelaras Sukarela) sebelum 27 Julai 2009. Anda akan dihubungi secara peribadi oleh seorang ahli Jawatankuasa Pemilihan dengan maklumat cara memenuhi keperluan ini apabila anda mendaftarkan diri anda sebagai calon.

Calon yang gagal mengikuti syarat dan batas waktu di atas akan disingkirkan.

Organisasi[edit]

Garis Masa[edit]

  • 01–30 Jun 2009: fasa terjemahan utama; jawatankuasa kecil secara aktif menyelaras dan mempromosi penterjemahan.
  • 06–27 Julai 2009: Pencalonan.
  • 27 July 2009: tarikh akhir bagi menghantar bukti pengenalan diri (penghantaran lambat atau tiada akan disingkirkan).
  • 28 July–10 Ogos 2009: undian.
  • 10–12 Ogos 2009: pemeriksaan undian.
  • 12 Ogos 2009: siaran keputusan.

Penterjemah[edit]

Bagi memastikan perwakilan menyeluruh masyarakat Wikimedia mengambil bahagian dalam pilihanraya ini, adalah penting bagi menterjemah notis pilihanraya dan kenyataan calon kedalam sebanyak bahasa yang mungkin. Bagi membantu penterjemahan, sila lihat laman terjemahan.