Tech/Berita/2024/18
Appearance
Ringkasan mingguan Tech News membantu anda memantau perubahan perisian terkini yang mungkin memberi kesan kepada anda dan rakan Wikimedia anda. Silalah langgan, sumbang dan beri maklum balas berkenaannya.
| sebelumnya | 2024, Minggu ke-18 (Isnin, 29 April 2024) | seterusnya |
Berita Teknologi: 2024-18
Berita Teknologi terkini daripada komuniti teknikal Wikimedia. Sila beritahu pengguna lain tentang perubahan ini. Bukan semua perubahan akan menjejaskan anda. Terjemahan telah pun tersedia.
Recent changes

- Penampilan laman perbincangan telah berubah untuk beberapa wiki seperti berikut: Azerbaijani Wikipedia, Bengali Wikipedia, German Wikipedia, Persian Wikipedia, Hebrew Wikipedia, Hindi Wikipedia, Indonesian Wikipedia, Korean Wikipedia, Dutch Wikipedia, Portuguese Wikipedia, Romanian Wikipedia, Thai Wikipedia, Turkish Wikipedia, Ukrainian Wikipedia, Vietnamese Wikipedia. Wiki-wiki tersebut telah mengambil bahagian dalam ujian yang dijalankan, dengan seramai 50% daripada pengguna-pengguna di wiki tersebut mendapat akses kepada reka bentuk baharu selama setahun. Memandangkan ujian ini menghasilkan keputusan positif, reka bentuk baharu yang digunakan pada wiki-wiki tersebut akan menjadi reka bentuk laman perbincangan lalai. Anda boleh menarik diri daripada terlibat dalam perubahan tersebut melalui penetapan keutamaan pengguna ("Show discussion activity"). Pemasangaturan akan berlaku pada semua wiki dalam beberapa minggu akan datang. [1]
- Tujuh wiki baru telah dicipta:
- Wikipedia dalam bahasa Betawi (
w:bew:) [2] - Wikipedia dalam bahasa Kusaal (
w:kus:) [3] - Wikipedia dalam bahasa Igala (
w:igl:) [4] - Wiktionary dalam bahasa Karakalpak (
wikt:kaa:) [5] - Wikisource dalam bahasa Burma (
s:my:) [6] - Wikisource dalam bahasa Melayu (
s:ms:) [7] - Wikisource dalam bahasa Georgia (
s:ka:) [8]
- Wikipedia dalam bahasa Betawi (
- Anda kini dapat memantau mesej kumpulan/projek di Translatewiki.net. Pada awalnya, ciri tersebut akan memberitahu anda mengenai mesej-mesej yang ditambah atau dihapuskan pada kumpulan-kumpulan ini. [9]
- Mod gelap sekarang tersedia pada semua wiki, untuk versi web di peranti mudah alih bagi pengguna yang melog masuk dan memilih mod peringkat lanjutan. Ciri ini berada pada fasa keluaran awal. Penyunting teknikal dipersilakan untuk memeriksa berkenaan masalah kebolehcapaian pada wiki. Lihat panduan lebih lanjut.
Problems
- Peta Kartographer dapat menggunakan gaya visual alternatif tanpa label, dengan menggunakan
mapstyle="osm". Cara ini sebelum ini tidak berfungsi pada paparan pratayang, sehingga menimbulkan tanggapan salah tentang gaya visual tersebut tidak tersedia. Perkara ini sekarang sudah dibaikpulihkan. [10]
Changes later this week
Versi baharu MediaWiki akan berada di wiki ujian dan MediaWiki.org bermula pada 30 April. Ia akan berada di wiki bukan Wikipedia dan beberapa Wikipedia bermula pada 1 Mei. Ia akan berada di semua wiki bermula pada 2 Mei (kalendar). [11][12]
Tech news disediakan oleh penulis Tech News dan dihantar oleh bot • Sumbang • Terjemah • Dapatkan bantuan • Beri maklum balas • Melanggan atau menyahlanggan.