Kerjasama WikiWanita

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
Jump to navigation Jump to search
This page is a translated version of the page WikiWomen's Collaborative and the translation is 100% complete.
Other languages:
Bahasa Melayu • ‎Deutsch • ‎English • ‎Kiswahili • ‎Nederlands • ‎Türkçe • ‎Zazaki • ‎asturianu • ‎azərbaycanca • ‎dansk • ‎español • ‎français • ‎føroyskt • ‎italiano • ‎português do Brasil • ‎svenska • ‎Ελληνικά • ‎македонски • ‎русский • ‎العربية • ‎فارسی • ‎中文 • ‎日本語

WWC logo green.png

Sertai perbualan

Ikuti kami di Facebook Ikuti kami di Twitter Ikuti kami di blog komuniti kami

WikiWomen7.jpg

Kerjasama WikiWanita
WWC menu dn.png   mengenai
WWC menu dn.png   akhbar
Sukarelawan untuk Kerjasama WikiWanita WWC arrow up.png

Kerjasama WikiWanita adalah sebuah projek sukarelawan dan kami memerlukan bantuan anda untuk menginspirasi, melibatkan diri dan menyokong lebih ramai wanita untuk terlibat dalam pergerakan Wikimedia.

Menjadi pemblog

Adakah anda bersemangat untuk berkongsikan pengetahuan Wikipedia anda dengan dunia, atau adakah anda mengenali wanita yang tahu akannya? Kongsikan pengalaman anda dan mereka, kisah kejayaan anda, atau kisah-kisah daripada pergerakan dengan blog kami.
Turut serta, kongsikan di blog.

Menjadi penyelaras blog

Penyelaras blog mengambil para pemblog untuk menulis di blog WikiWanita, membantu penyediaan kiriman untuk diterbitkan dan memastikan kami menerbitkan kisah-kisah baru yang menarik pada setiap minggu. Para penyelaras tahu akan apa yang berlaku di dalam pergerakan dan mencari pemblog di seluruh dunia untuk turut terlibat dan memberi inspirasi kepada kita!
Turut serta, membantu mengurus blog.

Menjadi pentadbir Facebook

Membantu menjadikan halaman Fecebook sebagai ruang sosial utama untuk WikiWanita di seluruh dunia. Para pentadbir Facebook menghasilkan kandungan, berkongsikan gambar dan mempromosikan halaman Facebook untuk mendekati golongan wanita untuk menyertai perbualan ini!
Turut serta, dengan Facebook.

Menjadi penterjemah

Tanpa penterjemah, projek Kerjasama ini tidak dapat menjadi ruang antarabangsa yang sebenar. Sukarelawan menterjemah blog, twit dan kiriman Facebook dalam pelbagai bahasa dan membantu menyokong wanita untuk bersuara dan menyunting di lebih 240 buah bahasa. Turut serta, kongsikan bahasa anda.

WikiWomen5.jpg
Mengenai projek Kerjasama dan mengapa kami di sini WWC arrow up.png
Untuk persidangan tahun 2012, lihat Kem WikiWanita.

Kerjasama WikiWanita adalah sebuah projek masyarakat yang dihasilkan oleh para wanita di seluruh dunia, yang menyunting Wikipedia dan projek-projek Wikimedia yang lain dan ingin menggalakkan mereka yang lain untuk melakukan perkara yang sama. Kebanyakan penyumbang Wikipedia adalah lelaki - pada kiraan terakhir, Yayasan Wikimedia mendapati hanya 9% ahli Wikipedia (Wikipediawan) adalah wanita. Jurang dari segi jantina ini tidak hanya memberi kesan kepada masyarakat penyunting dan sukarelawan, ia juga memberi impak kepada jenis kandungan yang komuniti ini sediakan di dalam lebih daripada 240 bahasa. Diinspirasikan oleh pergerakan wanita awal, kami berharap dengan mencipta tempat yang didedikasikan di dalam talian untuk berkongsikan projek-projek kami dan menyokong antara satu sama lain, kami dapat mendekati lebih ramai wanita untuk menyumbang di Wikipedia dan projek Wikimedia yang lain.

WikiWomen3.jpg


Berjumpa dengan WikiWanita dan rakan-rakan dalam projek Kerjasama WWC arrow up.png

[Make a profile]