User:Keegan (WMF)/VisualEditor/24September/ms

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
This page is a translated version of the page User:Keegan (WMF)/VisualEditor/24September and the translation is 60% complete.
Outdated translations are marked like this.

VisualEditor pada 24 September

Salam daripada Yayasan Wikimedia, penyunting Wikipedia. Saya pos disini untuk memberitahu anda mengenai antaramuka sunting VisualEditor. Ia baru, secara visual to menyunting Wikipedia. Kami ingin mengatur VisualEditor di Wikipedia ini tidak lama lagi dan kami ingin mendapat pendapat penyunting mengenai platform baru ini.

Untuk menguji VisualEditor, anda boleh pergi ke "Keutamaan" "Menyunting" → "Hidupkan VisualEditor" untuk menghidupkannya. Selepas berbuat demikian, anda akan mendapat dua pilihan untuk menyunting artikel. Kami mengalu-alukan maklum balas anda dan juga ingin mengetahui sebarang masalah atau "pepijat" yang dihadapi. Adalah penting juga bahawa butang dan label diterjemahkan ke Bahasa Melayu, bersama dengan beberapa dokumen-dokumen bantuan yang penting. Jika anda mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris, anda boleh membantu di laman Translatewiki.net dan di TranslationCentral pada mediawiki.org. Anda mesti mempunyai akaun pada Translatewiki.net untuk menterjemah.

Kami menjangka untuk menghidupkan VisualEditor disini pada hari Selasa, 24 September melainkan jika ada pepijat kritikal yang anda dapati semasa ujian dengan Wikipedia tertentu. Menghidupkan VisualEditor disini untuk semua orang akan membantu perisian untuk dimajukan dan dibangunkan untuk memenuhi kehendak semua pengguna. Selepas pelaksanaan, penyunting baru akan dipaparkan sebelah menyebelah dengan butang sunting menggunakan wikitext. Sebaik sahaja VisualEditor dihidupkan, anda akan mempunyai pilihan untuk mematikannya dalam keutamaan anda supaya anda tidak lagi akan melihat ia semasa ia dalam ujian beta. Kami berharap anda tidak memilih untuk berbuat demikian kerana ia akan menyekat peluang untuk mengetahui bagaimana kita boleh membuat VisualEditor lebih baik untuk Wikipedia Bahasa Melayu. Pilihan untuk sunting menggunakan wikitext tidak akan ditamatkan. Terima kasih untuk komen anda, dan selamat sunting.