Tatakelakuan Sejagat/Semakan garis panduan penguatkuasaan /Pengumuman/Pengundian 1

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
This page is a translated version of the page Universal Code of Conduct/Revised enforcement guidelines/Announcement/Voting 1 and the translation is 100% complete.

Pungutan undi seterusnya bagi semakan Garis Panduan Penguatkuasaan untuk Kod Tatakelakuan Sejagat

Anda boleh menemui mesej ini diterjemahkan ke dalam bahasa tambahan di Meta-wiki.

Helo semua,

Pada pertengahan Januari 2023, Garis Panduan Penguatkuasaan untuk Kod Tatakelakuan Sejagat akan menjalani undian pengesahan kedua seluruh komuniti. Ini berikutan undi pada Mac 2022, dengan keputusan majoriti pengundi menyokong Garis Panduan Penguatkuasaan. Semasa pengundian, para peserta membantu menyerlahkan kebimbangan penting komuniti. Lembaga Jawatankuasa Hal Ehwal Komuniti meminta supaya hal-hal kebimbangan ini dikaji semula.

Jawatankuasa Semakan yang diketuai oleh sukarelawan bekerja keras menyemak input komuniti dan membuat perubahan. Mereka mengemas kini hal-hal kebimbangan, seperti keperluan latihan dan pengesahan, privasi dan ketelusan dalam proses serta kebolehbacaan dan kebolehterjemahan dokumen itu sendiri.

Garis Panduan Penguatkuasaan yang disemak boleh dilihat di sini, dan perbandingan perubahan boleh didapati di sini.

Bagaimana untuk mengundi?

Bermula 17 Januari 2023, pengundian akan dibuka. Halaman ini di Meta-wiki menggariskan maklumat tentang cara mengundi menggunakan SecurePoll.

Siapa yang boleh mengundi?

Syarat kelayakan untuk undian ini adalah sama seperti pemilihan Lembaga Pemegang Amanah Wikimedia. Lihat halaman maklumat pengundi untuk butiran lanjut tentang kelayakan pengundi. Jika anda seorang pengundi yang layak, anda boleh menggunakan akaun Wikimedia anda untuk mengakses pelayan mengundi.

Apa yang akan berlaku setelah undian dilakukan?

Undian akan diteliti oleh kumpulan sukarelawan bebas, dan hasilnya akan diterbitkan di Wikimedia-l, Forum Strategi Pergerakan, Diff dan di Meta-wiki. Pengundi sekali lagi akan dapat mengundi dan berkongsi kebimbangan mereka tentang garis panduan itu. Lembaga Pemegang Amanah akan melihat tahap sokongan dan kebimbangan yang dibangkitkan semasa mereka melihat bagaimana Garis Panduan Penguatkuasaan harus disahkan atau dibangunkan selanjutnya.

Bagi pihak Pasukan Projek UCoC,