Community Resilience and Sustainability/Komitmen Yayasan Wikimedia untuk menyokong sukarelawan LGBT+, Disember 2021

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
Jump to navigation Jump to search
Other languages:
Bahasa Indonesia • ‎Bahasa Melayu • ‎Deutsch • ‎English • ‎français • ‎hrvatski • ‎italiano • ‎עברית • ‎فارسی

Nama saya Maggie Dennis; saya Timbalan Presiden Bidang Community Resilience and Sustainability di Yayasan Wikimedia. Saya membawahi pasukan Trust and Safety, Community Development, dan Human Rights (akan datang) di WMF.

Pada tanggal 2 Disember 2020, saya bertemu dengan perwakilan Wikimedia LGBT+ User Group bersama beberapa kakitangan Trust and Safety, termasuk Pengarah Global Jan Eissfeldt, untuk dapat memahami lebih lanjut cabaran yang dihadapi oleh ahli kumpulan tersebut dalam gerakan Wikimedia. Kenyataan telahpun menunjukkan bahawa banyak sukarelawan Wikimedia yang menyatakan diri sebagai bahagian dari golongan LGBTQIA+ sering kali diserang kerana identiti mereka; individu yang menyatakan diri sebagai transgender, non-binary, queer, dan queer feminist beresiko tinggi mengalami hal tersebut. Perwakilan kumpulan yang kami temui juga menyuarakan kebimbangan mengenai keselamatan komuniti marginal lain dalam gerakan Wikimedia.

Mewakili Yayasan, saya ingin menegaskan komitmen WMF untuk menyokong para sukarelawan yang menyatakan diri sebagai LGBTQIA+ dalam gerakan Wikimedia, dan juga mereka yang dipulaukan dan disambut dengan kebencian dan permusuhan oleh kerana identiti mereka. [1]

Gerakan Wikimedia didasarkan pada nilai-nilai yang inklusif. Siapa sahaja dapat mengambil peran, tidak hanya dalam menerima tetapi juga menyusun dan berbagi ilmu pengetahuan. Hal-hal yang telah dicapai oleh sukarelawan di projek-projek Wikimedia ialah sesuatu yang luar biasa, namun gerakan kita tidak akan dapat memaksimumkan potensi bersama jika kita tidak menutup celah keberagaman yang telah kita temukan bersama selama proses perumusan Movement Strategy. Masih ada had-had yang terang dan jelas untuk golongan LGBTQIA+, perempuan, masyarakat asli, dan lain-lain golongan yang tidak terwakilkan dengan baik dan cukup. Sebagai sebuah gerakan kolektif, kita perlu menyambut baik seruan dari ahli-ahli kita sendiri untuk menjunjung tinggi inklusivitas dan mengurangi potensi situasi yang berbahaya bagi para ahli gerakan ini.

Tim Community Resilience and Sustainability telah menerima arahan dari Lembaga Pemegang Amanah untuk memfasilitasi proses perumusan Tatakelakuan Sejagat (UCoC) yang direkomendasikan oleh Movement Strategy. Dasar ini digubal secara gotong-royong oleh ahli komuniti pada bulan September dan Oktober, dan saat ini sedang dalam proses peninjauan oleh Lembaga Pemegang Amanah. Kami akan melancarkan tahap kedua proses UCoC pada bulan Januari, dengan agenda untuk menyusun mekanisme penguatkuasaan yang menjamin ketersediaan ruang aman dalam gerakan bagi seluruh ahli.

Selepas mesyuarat dengan LGBT+ User Group, kami juga sedang merancang sokongan terhadap kumpulan tersebut dan pertubuhan sekutu Wikimedia lain yang mewakili kumpulan-kumpulan marginal, untuk duduk bersama dan membincangkan mekanisme yang lebih baik untuk menyokong para ahli gerakan yang menerima dan mengalami diskriminasi kerana orientasi seksual, jantina, suku, agama, bangsa, atau faktor identiti lainnya. Kami menganggarkan rancangan awal dan proses perundingan akan bermula pada bulan Januari, dan kami akan memaklumkan cara-cara untuk turut serta bagi seluruh ahli gerakan.

Selain itu, kami memandang perlu tindakan-tindakan tambahan untuk menjamin dan memenuhi keperluan LGBT+ User Group. Divisyen Community Resilience & Sustainability akan berhubungan lebih rapat dengan LGBT+ User Group untuk menjamin kakitangan Yayasan Wikimedia mempunyai pemahaman yang lebih baik akan keperluan kelompok ini, terutamanya bagi kakitangan Trust & Safety.

Kami berkomitmen untuk menyokong para sukarelawan untuk menyumbang dengan aman di gerakan Wikimedia, dan menjamin bahawa kami tidak ikut meningkatkan risiko atau bertindak secara tak konstruktif. Secara konkrit, tindakan yang akan diambil antara lain:

  • mengadopsi dan menyebarkan terminologi amalan terbaik (best-practice terminology) pada kakitangan Yayasan Wikimedia yang sedang menganjurkan kaji selidik pada peringkat komuniti,
  • memastikan bahawa ahli gerakan dapat mengakses struktur pelaporan yang tersedia dengan lebih baik, sementara mekanisme penguatkuasaan dirumuskan melalui UCoC,
  • bersikap waspada atas insiden-insiden di mana individu yang menjadi sasaran ialah disebabkan faktor identiti mereka, dan agar insiden ini dapat diketahui dan diselesaikan oleh sistem Trust & Safety, dan
  • meneroka program sokongan sebaya (peer support).

Saya menyampaikan terima kasih kepada User Group yang telah menjemput kami untuk bergabung. Saya merasa senang dan bersemangat dengan perbicaraan kami dan berharap untuk mendapati cara-cara baru untuk meningkatkan kualiti interaksi kami. Saya berharap agar ahli komuniti secara umum bergabung dalam perbincangan UCoC yang akan bermula pada awal tahun 2021 untuk meningkatkan dan menjamin keselamatan bagi seluruh ahli gerakan Wikimedia. Keterlibatan ahli komuniti dapat memastikan peluang yang setara untuk semua orang untuk menyumbang secara aman. Semua orang semestinya perlu disambut dengan baik apabila bergabung dengan misi kolektif kita untuk menghimpun dan membebaskan ilmu pengetahuan yang bebas.

Salam hangat,

Maggie Dennis


[1] Meminjam bahasa yang digunakan oleh PBB, di sini: https://www.un.org/en/genocideprevention/documents/UN%20Strategy%20and%20Plan%20of%20Action%20on%20Hate%20Speech%2018%20June%20SYNOPSIS.pdf.