Global AbuseFilter/Pengumuman 2014

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
Jump to navigation Jump to search
This page is a translated version of the page Global AbuseFilter/2014 announcement and the translation is 80% complete.

Outdated translations are marked like this.
Other languages:
Bahasa Indonesia • ‎Bahasa Melayu • ‎Basa Sunda • ‎Deutsch • ‎English • ‎Lëtzebuergesch • ‎Malti • ‎Nederlands • ‎Tiếng Việt • ‎Türkçe • ‎Yorùbá • ‎asturianu • ‎azərbaycanca • ‎català • ‎emiliàn e rumagnòl • ‎español • ‎français • ‎italiano • ‎latviešu • ‎lietuvių • ‎magyar • ‎norsk bokmål • ‎polski • ‎português • ‎português do Brasil • ‎suomi • ‎svenska • ‎čeština • ‎Ελληνικά • ‎български • ‎македонски • ‎русский • ‎українська • ‎қазақша • ‎עברית • ‎العربية • ‎فارسی • ‎لۊری شومالی • ‎پښتو • ‎हिन्दी • ‎தமிழ் • ‎తెలుగు • ‎中文 • ‎日本語 • ‎한국어

Helo,

AbuseFilter ialah sambungan MediaWiki yang digunakan untuk mencegah vandalisme dan spam. Penyelia dan pengguna istimewa lain membuat penapis yang menganalisis tindakan terhadap wiki (seperti membuat suntingan atau membuat akaun) dan mengesan pola perilaku khusus yang berkemungkinan merupakan penyalahgunaan (contohnya, suntingan yang memasukkan hanya ulangan huruf). Pengurus Abusefilter boleh menandakan penapis individu sebagai awam atau persendirian. Penapis awam membolehkan mana-mana pengguna untuk melihat kod sumber penapis dan log kenaan yang berkaitan (bilangan kali penapis diaktifkan). Penapis persendirian (kod sumber dan kenaan) terhad kepada pengurus Abusefilter.

Penapis Abusefilter dapat memadankan suntingan, pemindahan laman, muat naik fail, penciptaan akaun dan banyak lagi. Pencipta Abusefilter dapat memilih tindakan-tindakan berikut apabila suntingan yang sama ditemukan: meletakkan tag pada suntingan, mencegah suntingan, memberi amaran kepada pengguna dengan mesej antara muka khusus, atau menyekat pengguna. Setiap kali sebuah suntingan mengaktifkan penapis, ia akan dicatat. Pendokumenenan lengkap bagi ekstensi Abusefilter boleh didapati di MediaWiki.org.

Kerja-kerja teknikal untuk membuat (kesemua wiki Wikimedia) Abusefilter global bermula pada 2009. Pada tahun 2012, cadangan untuk mewujudkan Global Abusefilter telah dibuat di Meta-Wiki. Undian telah diadakan di laman perbincangan Meta-Wiki, dengan majoriti menyokong, tetapi perbincangan itu tidak diiklankan dengan baik dan mendapat penyertaan sedikit. Selama hampir dua tahun, cadangan itu diketepikan, tetapi pembangunan teknikal yang berterusan dijalankan perlahan-lahan. Pada tahun 2013, Global AbuseFilters telah diaktifkan pada sebilangan wiki (metawiki, specieswiki, incubatorwiki, testwiki, test2wiki, mediawikiwiki, dan pada 2014, "wiki kecil"). Ini merupakan permulaan fasa ujian. Penapis global juga telah diaktifkan baru-baru ini pada "wiki bersaiz sederhana". Beberapa peraturan tentang penapis global telah dicadangkan, tetapi tidak benar-benar diterima. Terdapat permintaan ulasan yang berterusan tentang dasar yang mengawal penggunaan AbuseFilter global. Pada masa yang sama, wiki-wiki tertentu boleh memilih untuk tidak menggunakan Abusefilter global. Wiki-wiki ini boleh membuat permintaan pada Global Abusefilter/Wiki yang memilih keluar.