Bulan Asia Wikipedia/Soal Jawab

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
This page is a translated version of the page Wikipedia Asian Month/QA and the translation is 100% complete.

Poskad

  • S: Berapa banyak poskad seseorang boleh dapat?

J: Setiap ahli yang berjaya memenuhi syarat-syarat dalam satu Wikipedia akan menerima satu keping. Sekiranya ahli tersebut menyertai dalam dua Wikipedia dan memenuhi syarat-syarat dalam kedua-duanya, ahli tersebut akan menerima dua keping. Penganjur tempatan bakal menerima satu keping poskad bagi setiap Wikipedia yang dianjurnya (kita mahukan penganjur yang benar-benar menyumbang daripada sekadar meletakkan nama; maksimum lima orang bagi setiap Wikipedia).

  • S: Adakah ia bermakna jika saya cipta 10 rencana di satu Wikipedia, saya akan menerima dua poskad?
    J: Tidak. Empat rencana ialah syaratnya untuk dipenuhi. Rencana tambahan dihargai namun ia tidak menambah poskad anda.
  • S: Berapakah bilangan maksimum poskad seseorang pengguna boleh dapat?
    J: Tujuh.
  • S: Poskad negara mana satu yang saya akan terima?

J: Alamat-alamat akan dihantar secara rawak, maka anda tidak akan tahu sehingga anda menerimanya. S: Saya bimbang akan privasi saya. J: Kita hanya akan mengumpul maklumat alamat, nama sebenar serta nama pengguna, dan hanya alamat serta nama sebenar akan diberi terhadap pihak yang akan menghantar poskad, nama pengguna anda tidak akan diberi. Kesemua maklumat akan dipadam sejurus selepas alamat sudah dihantar.

  • S: Bila poskad akan dihantar?

J: Mengikut tahun-tahun sebelumnya, paling cepat adalah pada Januari tahun depan dan paling lambat pada bulan Mei. Biasanya pada Mac hingga April. Ia bergantung pada siapa yang menghantar pada anda. Kami faham bahawa ia tidak cepat, tetapi kita memiliki sukarelawan yang terhad. Harap maklum bahawa kami merupakan sukarelawan sepenuhnya yang ingin menyiapkan penghantaran ratusan keping kad.

  • S: Kalau saya tidak terima sebarang poskad selama tiga bulan, apa saya perlu buat?

J: Disebabkan oleh perkhidmatan surat-menyurat yang tidak boleh diharap di berbagai negara, kemungkinan anda tidak mendapat poskad tepat pada masanya. Walau bagaimanapun, kami jamin bahawa kami telah menghantar dan mengambil poskad-poskad tersebut. Sila faham bahawa ini ialah isu biasa dalam penghantaran poskad. S: Saya tinggal di ataupun saya berasal dari salah satu negara atau kawasan yang menghantar poskad. Bolehkah saya pilih untuk tidak menerima poskad daripada negara atau kawasan tersebut? J: Kami akan memberikan pilihan tersebut kepada anda apabila kami mengumpul alamat tersebut. Anda boleh memilih untuk tidak dihantar poskad dari satu negara atau kawasan tersebut.

  • S: Kalau saya cipta 15 rencana, adakah 2 poskad dihantar kepada saya melalui bungkusan pejabat pos?
    J: Setiap Poskad Akan dihantar berasingan.

S: Bolehkah poskad dijejaki? J: Tidak. Semua poskad akan dihantar sebagai surat udara biasa, dan bukannya berdaftar. Surat berdaftar antarabangsa adalah lebih mahal dan belanjawan kami tidak mampu untuk menanggungnya. S: Patutkah saya menggambarkan nama dan alamat saya dengan abjad, atau bolehkah saya menulisnya dalam aksara bahasa saya?

  • J: Borang mengumpul alamat menanya satu alamat dalam tulisan Rumi dan satu lagi dalam bahasa sendiri. Beberapa gabungan akan mencetak alamat dalam bahasa tempatan penerima. Walau bagaimanapun, beberapa sistem tidak menyediakan semua fon di seluruh dunia. Jadi tolong ingat untuk masukkan alamat anda dalam tulisan Rumi.

Duta Asia Wikipedia

  • S: Kalau saya mencapai bilangan rencana terbanyak dalam lebih daripada satu Wikipedia, adakah saya akan mendapat pelbagai gelaran "Duta"?
    J: Anda akan menerima gelaran dalam setiap versi bahasa Wikipedia yang anda menerima bilangan rencana terbanyak, manakala orang kedua di Wikipedia yang anda sumbang sedikit rencana juga akan dianugerahkan "Duta Asia Wikipedia".
  • S: Apa yang saya dapat apabila dianugerahkan "Duta Asia Wikipedia"?
    J: Anda akan menerima poskad tambahan dan sijil digital! Sijil tersebut diperbuat daripada kertas stok, dan kami akan mengimbasinya dan menghantarkannya kepada anda. Kami juga akan menyalinkannya di dalam kertas biasa dan menghantarkannya melalui pos kelas pertama.
  • S: Apa berlaku jika terdapat lebih daripada dua orang yang menyumbang bilangan rencana terbesar dalam satu versi Wikipedia?
    J: Akan hanya ada satu Duta di setiap versi bahasa Wikipedia, maka Wikipediawan yang menyumbang jumlah rencana yang sama akan disusun semula kedudukannya mengikut kiraan bait jumlah rencana yang mereka cipta. (rencana yang dikembangkan tidak dikira di sini.) Kami akan mempertimbangkan memberi gelaran kepada orang tambahan jika sumbangannya lebih daripada biasa.

Peraturan

  • S: Kalau saya menulis rencana Pilihan, adakah itu bermakna saya akan mendapat markah lebih?

J: Tidak. Ini bukannya suatu pertandingan rencana. Walau bagaimanapun, kami menggalakkan anda untuk menulis sebuah rencana yang lebih berkualiti. S: Akankan suntingan saya sebelum November akan dikira daripada suntingan halaman draf ataupun sub-halaman pengguna?

  • J: Tidak. Walau bagaimanapun, anda boleh pindahkan kandungan dari laman draf berbanding memindahkan laman draf.
  • S: Saya tidak tinggal di mana-mana negara di Asia. Masih bolehkah saya sertai?

J: Ya. Tiada batasan tentang itu. Projek mengalu-alukan peserta dari seluruh dunia untuk meningkatkan liputan Asia Wikipedia.

  • S: Bolehkah pengguna IP ikut serta? (Dalam kata lain, bolehkah pengguna menyertai tanpa ada akaun Wikipedia yang terdaftar)?
    J: Disebabkan sekatan wmflab dan alat kami, pengguna IP tidak dapat ikut serta. Kami amat mengesyorkan anda mendaftar akaun, yang sebenarnya melindungi privasi anda. Pendaftaran mudah dan percuma.
  • S: Jika subjek (orang) rencana itu orang Asia tetapi tidak dilahirkan di Asia, adakah itu dikira?

J: Tidak. Tetapi seseorang yang dilahirkan di Asia namun mendapat kemasyhuran di luar Asia akan dikira. (Contohnya, seseorang yang lahir di Thailand yang terkenal atas pencapaiannya di Eropah atau Afrika akan dikira.)

  • S: Jika subjek (orang) rencana itu orang Asia tetapi kerjanya menyumbang kepada mempromosikan budaya Asia, adakah itu dikira?
    J: Ya. Orang yang menjadi terkenal hanya di Asia sementara dilahirkan di luar Asia boleh dikira. (Contohnya, seorang wartawan yang bukan keturunan Asia yang dilahirkan di negara Afrika, Amerika, atau Eropah tetapi terkenal hanya di Jepun disebabkan muncul di dalam rancangan berita Jepun akan dikira.)
  • S: Bolehkah saya terjemah rencana daripada bahasa lain?
    J: Ya. Asalkan rencana yang berkaitan dengan Asia itu baru di Wikipedia yang anda terjemahkan untuk mereka, itu akan dikira.
  • S: Adakah senarai dikira?
    J: Tidak. Disebabkan sifat sukar memilih jenis senarai yang layak atau tidak, untuk memudahkan kerja, senarai tidak layak. Namun di beberapa Wikipedia, jika rencana senarai diangkat sebagai senarai Pilihan, ia boleh dikira.
  • S: Bagaimana dengan negara rentas benua?
    J: Ya, tetapi hanya bahagian Asia di negara-negara ini. Negara tersebut termasuk Mesir, Rusia, Azerbaijan, Turki, Pulau Krismas, Kepulauan Cocos (Keeling). Jika anda menyerah rencana yang bukan di dalam senarai, anda boleh bincang dengan penganjur tempatan anda dan tentukan jika ia dikira untuk Asia.
  • S: Boleh saya berikan rencana yang saya telah pos sebelum ini untuk pertandingan ini?
    J: Tidak, rencana mestilah dicipta dan disiapkan semasa Bulan Asia Wikipedia. Tujuan projek ini untuk membina rencana "baru".
  • S: Bagaimana saya dapat tarik balik/buang rencana yang saya salah serah dari Fountain?
    J: Tanya pengadil tempatan untuk memadamkannya. Jika mereka tidak dapat, hubungi pembina alat.

Mengatur

  • S: Wikipedia asal saya tidak tersenarai tetapi sekarang sudah bulan November?
    J: Anda boleh mulakan acara ini di Wikipedia tempatan anda pada bila-bila masa sebelum tamat bulan November (anda tidak mahu melancarkannya pada beberapa hari terakhir bulan November). Anda boleh cari semua sumber di Meta. Sila Hubungi Pengguna:AddisWang atau tinggalkan pesanan di laman perbincangan ini untuk mendapatkan bantuan, dan biarkan kami tahu anda menyertainyat.