Fundraising 2011/Alan Letter/ms

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
Translation instructions
  • For pages marked "Missing" or "In progress", click the page title and start translating. When you are done, click "edit status" and change the status to proofreading.
  • For pages marked "Needs updating", compare the page to the source page and update the translation accordingly. When you are done, click "edit status" and change the status to proofreading.
  • It is important to have someone else proofread the translated page! If you have proofread a page and it is ready for publication, click "edit status" and change that page's status to ready.
  • If you are changing something that has already been published, change its status back to ready for it to be published again.

If you have any questions or feedback regarding the translation process, please post them here. Translation FAQ

Dalam Wikipedia, saya telah mencipta 2,463 rencana. Kesemuanya secara percuma.

Saya seorang perunding sistem, yang bekerja dengan sistem komputer kewangan berskala besar. Seandainya masa yang telah saya curahkan dalam Wikipedia dinilai dengan wang, sememangnya ia akan bertambah sehingga beratus-ratus ribu dolar untuk saya.

Namun begitu, wang bukanlah insentif di sini. Anda berurusan dalam mata wang yang berbeza dalam Wikipedia. Maklumat disediakan dengan senang hati oleh saya dan ribuan penyunting lain yang gembira untuk menulisnya. Kami tahu dunia ini akan menjadi lebih baik kerana maklumat tersebut boleh diperoleh secara percuma.

Sudah tentu, infrastruktur yang menyokong maklumat percuma ini tidak percuma, dan sebab itulah setahun sekali kami meminta derma. Tiada iklan di Wikipedia, tiada apa-apa yang berkelip-kelip, tiada apa-apa pada sisi laman, kami tidak cuba untuk menjual apa-apa. Wikipedia bebas daripada urusniaga komersil.

Kami cuma hanya memerlukan sokongan anda dengan $5, €10, ¥1000 atau apa-apa sahaja yang anda mampu untuk memastikan maklumat ini terus sampai kepada anda.

Infrastruktur yang menyokong usaha kami, yang diuruskan oleh pertubuhan bukan bermotifkan keuntungan Yayasan Wikimedia, beroperasi dengan kemudahan yang minimum. Google mempunyai lebih daripada sejuta pelayan; Yahoo mempunyai lebih daripada 13,000 staf. Kami hanya beroperasi dengan 679 pelayan dan 95 staf.

Wikipedia merupakan laman web ke-5 yang paling ramai dikunjungi dan memberi informasi kepada lebih daripada 470 juta orang dengan jumlah kunjungan melebihi bilion.

Kita selalu membuat andaian bahawa orang hanya bekerja untuk wang. Bagaimanakah anda mampu mencari seseorang untuk bekerja seandainya mereka tidak akan mendapat sebarang gaji?

Dalam Wikipedia, kemahuan untuk bekerjasama dan meningkatkan pengetahuan merupakan usaha untuk mewujudkan sumber yang tidak ternilai. Budaya tidak bergantung kepada nilai wang. Hanya dalam Wikipedia anda mampu memperoleh maklumat yang tepat, tidak berat sebelah, terkini dengan dokumentasi yang baik beserta rujukan dan boleh dibaca pada bila-bila sahaja.

Sememangya itu merupakan tawaran yang hebat untuk saya.

Terima kasih,

Alan Sohn
Penulis Wikipedia