Fundraising 2011/Jimmy Letter 001/ms

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
Jump to navigation Jump to search
Translation instructions
  • For pages marked "Missing" or "In progress", click the page title and start translating. When you are done, click "edit status" and change the status to proofreading.
  • For pages marked "Needs updating", compare the page to the source page and update the translation accordingly. When you are done, click "edit status" and change the status to proofreading.
  • It is important to have someone else proofread the translated page! If you have proofread a page and it is ready for publication, click "edit status" and change that page's status to ready.
  • If you are changing something that has already been published, change its status back to ready for it to be published again.

If you have any questions or feedback regarding the translation process, please post them here. Translation FAQ

Saya seorang sukarelawan.

Saya tidak menerima sesen pun untuk penglibatan saya dalam Wikipedia, begitu juga dengan ribuan penulis dan penyunting lain. Mengimbas kembali ketika saya mengasaskan Wikipedia, tapak ini mungkin boleh dibangunkan untuk memperoleh keuntungan melalui pengiklanan; akan tetapi, saya memutuskan untuk menjadikannya sesuatu yang berlainan.

Perniagaan sememangnya baik. Pengiklanan bukanlah buruk seperti yang disangkakan. Namun begitu, ia tidak sesuai di sini. Bukan di Wikipedia.

Wikipedia sememangnya sesuatu yang unik dan berlainan. Ia seperti perpustakaan atau taman awam. Wikipedia merupakan tempat yang membolehkan kita berfikir, belajar dan berkongsi pengetahuan dengan semua. Ini merupakan projek manusia yang unik, pertama dalam sejarah. Wikipedia merupakan projek kemanusiaan untuk membina khazanah ilmu dan berkongsinya dengan setiap orang di dunia ini.

Setiap orang di dunia ini.

Seandainya kesemua 400 juta pengguna Wikipedia menyumbang $5 setiap orang, kami akan memperoleh 100 kali ganda jumlah wang yang diperlukan untuk memastikan kelangsungan Wikipedia. Kami merupakan sebuah pertubuhan yang kecil dan saya telah berusaha keras untuk memastikan matlamat kami tercapai.

Tanpa pengiklanan, kami memerlukan sokongan anda. Anda merupakan kunci untuk memastikan impian ini tercapai. Anda yang sebenarnya mencipta Wikipedia. Anda percaya dan telah menyokong kami untuk meneruskan usaha ini.

Tahun ini, bantulah kami dengan memberikan sumbangan ikhlas anda sebanyak $5, $20, $50 atau mengikut kemampuan anda dalam usaha untuk melindungi khazanah ilmu, Wikipedia selamanya.

Terima kasih,

Jimmy Wales
Pengasas Wikipedia