Movement Strategy/Recommendations/Increase the Sustainability of Our Movement/ms

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
This page is a translated version of the page Movement Strategy/Recommendations/Increase the Sustainability of Our Movement and the translation is 100% complete.
Tingkatkan Kelestarian Gerakan Kita

What

Kami akan meningkatkan keberlanjutan Gerakan dengan memberikan sokongan serta pelaburan terhadap keperluan pengguna, sama ada para pendatang baru mahupun penyumbang lama. Kami akan mengadaptasi pendekatan dalam jangka panjang yang lebih setara, serta dapat bertahan lama, dalam membina dan menyebarkan sumber pendanaan di antara pemegang kepentingan yang berbeza dalam Gerakan kita.

Rakaman video singkat mengenai cadangan ini

Walaupun proses pengurusan, penyuntingan, serta sumbangan kandungan merupakan kegiatan yang paling penting dalam Gerakan, kami juga tahu bahawa terdapat sumbangan lain yang dapat menggalakkan kita menuju kesetaraan pengetahuan serta perkhidmatan pengetahuan yang tidak kurang pentingnya juga. Sumbangan ini termasuk di antaranya dasar awam dan advokasi, peningkatan kapasiti, penjangkauan ke luar, penyelidikan, pengurusan, dan juga penggalangan dana. Aktiviti-aktiviti ini perlu lebih dikenal dan kadangkala, juga diberi ganjaran dalam konteks tertentu demi pertumbuhan dan keberlanjutan Gerakan kita.

Sesuai dengan semangat dan praktik Gerakan, kegiatan menyunting tidak akan diberi ganjaran, dan pengaliran pendapatan yang akan mengganggu kebebasan penyuntingan kandungan tidak akan dilakukan. Kami akan memberi dan menyokong kumpulan tempatan serta komuniti dan pertubuhan yang baru muncul untuk memanfaatkan sumber-sumber pendanaan, baik yang sedia ada mahupun yang baru, serta menjalin perkongsian. Seiring perkembangan kita dan menjadi lebih berterusan sebagai sebuah Gerakan, kita juga akan menyesuaikan praktik yang kita lakukan untuk menyokong kelestarian persekitaran planet kita.

Changes and Actions

Kelestarian manusia

  • Membina sebuah pendekatan sistematik untuk meningkatkan kepuasan dan produktiviti orang-orang yang terlibat dalam Gerakan dengan:
    • Mengukur keperluan kumpulan dan sukarelawan, dengan mempertimbangkan konteks tempatan mereka demi pengiktirafan dari usaha mereka serta pemberian sokongan yang berkesan.
    • Melibatkan serta menyokong pelbagai jenis penyumbang dalam talian dan luar talian secara terus menerus.
  • Mendedikasikan jumlah dana yang besar dari Gerakan untuk menyokong komuniti serta kumpulan, baik yang baru muncul mahupun yang terpinggirkan berdasarkan keperluan mereka. Keperluan yang dimaksudkan termasuk penggantian untuk kakitangan, kos operasi, dan kegiatan lain yang tidak secara langsung berhubungan dengan penambahan, pengurusan, dan penyuntingan kandungan.

Kelestarian kewangan

  • Meningkatkan kesedaran global mengenai Gerakan Wikimedia, nilai-nilai, pencapaian, projek, serta komunitinya – untuk menjamin perhatian, kepercayaan, dan minat dari konsumer, sukarelawan, rakan, dan penderma.
  • Membuat sebuah dasar yang dikenakan bagi semua entiti Gerakan untuk menentukan aturan perolehan dana dan untuk menetapkan hal-hal yang dapat disesuaikan dengan keperluan serta konteks tempatan. Dasar ini akan menyeimbangkan keberlanjutan, tujuan serta nilai-nilai kita, dan juga kemandirian kewangan. Sesuai dengan dasar ini, kita akan:
    • Membahagi tanggungjawab perolehan dana antara entiti Gerakan dan membina kemampuan penggalangan dana tempatan untuk meningkatkan keberlanjutan.
    • Meningkatkan pendapatan dan membuat aliran pendapatan secara lebih pelbagai dalam Gerakan, sambil memastikan bahawa pendanaan dikumpulkan dan digunakan secara telus dan bertanggungjawab.
  • Menjelajahi peluang baru baik untuk perolehan dana, mahupun penyebaran pengetahuan secara percuma melalui perkongsian dan pemasukan yang diperoleh. Beberapa contoh yang membolehkan iaitu:
    • Membina API peringkat syarikat (dengan piawai kesediaan, throughput, dan kegunaan yang tinggi).
      • Melibatkan rakan kongsi dalam proses pembangunan di mana-mana yang dirasakan sesuai, mempertimbangkan keperluan dari spektrum pengguna kecil, pengguna bukan-komersial dan pengguna ulang komersial yang besar.
      • Meneroka kos atau model keberlanjutan untuk pengguna ulang berskala syarikat, memastikan bahawa pergantungan pendapatan atau pengaruh luaran lain yang tidak diinginkan pada reka dan pembangunan produk dihindari.
      • Mengembangkan pelindungan yang layak untuk memastikan capaian percuma yang tidak terhad bagi bukan-komersial, kajian, dan kegunaan komersial kecil sehingga mencapai peringkat sederhana.
    • Keterlibatan aktif ekosistem pihak ketiga dalam pembangunan teknologi MediaWiki (contohnya Wikibase dan Parsoid).
    • Membekalkan perkhidmatan perundingan dan profesional yang berkait dengan teknologi MediaWiki.
    • Membuat barangan untuk dijual dan menggunakan jenama Wikimedia.

Rationale

Dalam senario semasa ini, sebahagian besar pendanaan dan kakitangan berada di Utara Global. Hal ini menyebabkan persebaran sumber daya yang tidak serata. Untuk menciptakan sebuah ruang bagi pertumbuhan dan ketahanan yang berterusan dalam Gerakan kita, kita perlu mengamalkan pendekatan yang lebih proaktif dalam menjangkau pihak-pihak yang belum terwakilkan di komuniti kita. Hal ini juga perlu diimbangi dengan cara-cara yang lebih baik dalam menghargai sumbangan dari mereka yang sudah terlebih dahulu berada dalam Gerakan. Jika tidak, kita akan berisiko kehilangan ingatan, momentum, kapasiti, dan orang kerana keletihan dan juga pergantian orang.

Orang

Masa hadapan kita bergantung pada persekitaran kolaborasi yang sihat dan pelbagai, serta pada arus masuk penyumbang yang tanpa henti. Meskipun demikian, kita masih belum mempunyai sistem cara untuk memastikan bahawa sumber daya dan kapasiti telah tersedia secara merata di seluruh Gerakan (contohnya pendanaan, rakan kongsi, dan kemudahan). Kita juga belum mempunyai sistem cara untuk mengenali serta membenarkan sumbangan dalam talian dan luar talian bagi sesiapa sahaja yang terlibat. Peningkatan penjaringan serta retensi penyumbang bergantung pada peningkatan prosedur, proses, dan kerangka kerja agar dapat menyesuaikan dan juga menyokong pelbagai macam keperluan.

Sumber Kewangan

Cita-cita dari hala tuju strategik kita akan memerlukan peningkatan dalam hal pendapatan yang melampaui pertumbuhan inkremental semasa ini bagi Gerakan kita. Sistem (penggalangan dana) yang terdapat semasa ini, sangat bergantung pada sepanduk derma Wikipedia yang tidak mempunyai ketahanan terhadap perubahan luaran dan akan menjadi kurang efektif dengan tren pengambilan pengetahuan dan teknologi di masa hadapan. Salah satu contoh dari pergeseran tersebut ialah berkurangnya lalu-lintas secara langsung dan meningkatnya capaian dengan bantuan penolong virtual serta enjin pencari. Kita kehilangan potensi yang berasal dari pendekatan global yang pelbagai, kemajuan teknologi, serta pelbagai peluang pendapatan yang berkait dengan kegunaan platform serta produk kita. Dengan hampir semua aliran pendapatan hanya melepasi beberapa pertubuhan Gerakan sahaja, terdapat peluang yang hilang dan ketidaksetaraan yang terus berlangsung.