Pemilihan Yayasan Wikimedia/2022/Soalan lazim

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
Jump to navigation Jump to search
This page is a translated version of the page Wikimedia Foundation elections/2022/FAQ and the translation is 100% complete.

Halaman ini bertujuan untuk menjawab soalan lazim mengenai pemilihan Lembaga Pemegang Amanah. Bahagian ini merangkumi soalan umum mengenai Lembaga Pemegang Amanah dan pemilihan ahli Lembaga Pemegang Amanah.

Jika Anda mempunyai soalan yang tidak terjawab pada laman ini, sila letakkan soalan anda di halaman perbincangan. Fasilitator yang menguruskan pemilihan Lembaga akan memeriksa halaman perbincangan tersebut secara kerap. Sila maklum bahawa sesetengah soalan mungkin perlu dihantar kepada Jawatankuasa Pemilihan untuk dijawab. Fasilitator akan berusaha sedaya upaya untuk memaklumkan masa menjawab yang diperlukan.

Jika soalannya penting atau bersifat rahsia, anda boleh menghubungi fasilitator secara sulit.

Soalan umum mengenai Lembaga Pemegang Amanah

Apa itu Lembaga Pemegang Amanah?

Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wikimedia bertanggungjawab untuk menyelia jalannya Yayasan Wikimedia. Lembaga Pemegang Amanah terdiri daripada ahli dari komuniti-dan-pertubuhan bersekutu serta ahli yang dilantik. Setiap ahli memegang jawatan selama tiga tahun. Komuniti Wikimedia mengambil bahagian dalam memilih ahli yang berasal dari komuniti.

Siapakah sajakah ahli Lembaga?

Para ahli Lembaga Pemegang Aamanh merupakan individu dari serata dunia dengan pelbagai latar belakang pengalaman. Ketahui lebih lanjut mengenai siapa saja ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wikimedia ketika ini.

Berapa ramaikah ahli yang akan bertanding dalam pemilihan ini?

Dua kerusi ahli Lembaga Pemegang Amanah akan dipilih dalam pemilihan ini.

Apakah kelayakan yang diperlukan untuk bertanding?

Tiada syarat yang ditetapkan selain kebolehan berbahasa Inggeris. Lembaga Pemegang Amanah akan mengumumkan kemahiran dan kriteria yang dikehendaki pada setiap tahun pemilihan. Hal ini bukanlah syarat, tetapi bertujuan untuk membantu komuniti memahami apa saja yang diperlukan oleh seseorang untuk menjadi ahli Lembaga yang cekap. Lembaga telah mengumumkan kemahiran dan pengalaman yang dikehendaki untuk calon dalam pemilihan 2022.

Soalan mengenai pemilihan

Adakah syarat kelayakan mengundi?

Ada. Jawatankuasa Pemilihan bertanggungjawab menentukan kelayakan mengundi. Garis panduan kelayakan disenaraikan pada laman Pengundian Komuniti.

Berapa kalikah saya boleh mengundi?

Peraturannya ialah: satu pengguna, satu undi. Untuk memenuhi kelayakan mengundi seorang penyumbang, sumbangan anda akan dihitung untuk semua wiki, tanpa mengira wiki utama anda atau wiki lain.

Anda dapat menukar undi Anda. Ini boleh berlaku mungkin kerana Anda bertukar fikiran atau telah membuat kesilapan. Anda cuma perlu mengundi semula dan undi Anda sebelum ini akan dibatalkan.

Bilakah ahli yang terpilih akan dilantik?

Pelantikan akhir dijangka akan berlangsung semasa mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah pada bulan Oktober.

Siapakah Jawatankuasa Pemilihan dan mengapakah mereka yang menentukan kaedah pengundian?

Jawatankuasa Pemilihan menyelia pemilihan komuniti bagi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wikimedia. Jawatankuasa Pemilihan dan jawatankuasa-jawatankuasa terdahulu telah wujud sejak tahun 2004. Jawatankuasa Pemilihan terdiri daripada sukarelawan dari kalangan komuniti.

Apakah sistem pengundian yang digunapakai oleh Jawatankuasa Pemilihan?

Jawatankuasa Pemilihan telah memilih kaedah Single Transferable Vote. Sistem ini membolehkan pengundi menyusun kedudukan calon, dan bukannya mengundi untuk seorang calon sahaja. Rujuk contoh yang menggunakan pencuci mulut berikut. Bagaimanakah anda menyusun kedudukan pencuci mulut kegemaran anda? Mungkin begini:

  1. Coklat
  2. Biskut
  3. Kek

Daripada mengundi coklat sahaja, Anda boleh menyusun kedudukan pencuci mulut mengikut kesukaan Anda. Jika ramai orang mengundi pencuci mulut lain, undi Anda mungkin akan dipindahkan kepada pencuci mulut lain. Dengan kaedah STV, pilihan Anda akan diambil kira walaupun calon pilihan utama Anda tidak terpilih.

Saya suka tadbir urus! Bagaimanakah saya boleh melibatkan diri lebih lagi dalam pemilihan ini?

Baguslah kalau begitu! Lebih ramai ahli komuniti yang terlibat dalam pemilihan ini, lebih lancar prosesnya. Ahli komuniti boleh menjadi calon atau menyertai Jawatankuasa Pemilihan. Jika Anda rasa itu kurang sesuai, Anda boleh melibatkan diri dengan menjadi Sukarelawan Pemilihan.

Sukarelawan Pemilihan merupakan penghubung antara Jawatankuasa Pemilihan, fasilitator yang menguruskan pemilihan, dan komuniti Wikimedia secara keseluruhan. Mereka membantuk ahli komuniti untuk turut serta dalam pemilihan dan memberikan sumbangan dalam membentuk gerakan ini.