Wiki untuk Hak Asasi Manusia
Wiki untuk Hak Asasi Manusia: Hak kepada Persekitaran Sihat 2022
Matlamat kempen Wiki untuk Hak Asasi Manusia (#WikiUntukHakAsasiManusia) adalah supaya semua orang mempunyai capaian terhadap maklumat yang berkecuali, berasaskan fakta dan terkini mengenai Hak kepada persekitaran sihat. Hak tersebut merupakan suatu hak sah yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tetapi juga cara untuk menghubungkan hak-hak asasi manusia dan tiga krisis planet yang kita hadapi: perubahan iklin, pencemaran dan kehilangan kepelbagaian biologi. Seperti yang diketengahkan oleh Program Alam Sekitar PBB: "Kita perlu berdamai dengan alam sekitar, dan hak-hak asasi manusia perlu menjadi tonggak kepada penyelesaiannya."
Peranan Wikipedia tidak pernah lebih penting daripada sekarang. Semua orang di mana-mana sahaja memerlukan capaian kepada maklumat tentang cara perubahan iklim atau kemerosotan alam sekitar memberi kesan kepada kehidupan mereka. Kita boleh meningkatkan pengetahuan tentang sistem semula jadi yang sihat, di mana semua orang bergantung kepada air yang mereka minum, udara yang mereka nafas, makanan yang mereka ambil serta sumber yang mereka perlukan. Dengan #WikiUntukHakAsasiManusia tahun ini, kami menumpukan pada implikasi hak kepada persekitaran yang sihat terhadap manusia yang mengalami tiga krisis planet yang sedang berlaku: perubahan iklim, kehilangan kepelbagaian biologi dan pencemaran.
Maklumat memainkan peranan penting dalam keupayaan kita bersama yang bukan sahaja untuk memahami krisis yang saling berkaitan ini, tetapi juga mengurangkan punca dan menyesuaikan diri untuk masa depan yang sihat untuk semua. Memenuhi hak asasi manusia untuk persekitaran yang sihat memperkasakan mereka yang terjejas dengan kemudaratan alam sekitar seperti pencemaran, perubahan iklim dan kehilangan kepelbagaian biologi untuk mempertahankan alam sekitar, mengambil bahagian dalam membuat keputusan serta mengakses keadilan dan perlindungan hak asasi manusia. Mengisi jurang di Wikipedia mengenai topik-topik ini, membantu orang ramai membuat pelbagai keputusan yang diperlukan untuk menangani krisis persekitaran yang mendesak ini.
Topik tumpuan
Hak kepada persekitaran sihat
- Kepentingan pendekatan berpaksikan keadilan persekitaran, keadilan iklim, dan hak asasi manusia terhadap tindakan krisis iklim tempatan, nasional dan antarabangsa.
- Kesejahteraan manusia dalam menghadapi kerosakan alam sekitar yang disebabkan oleh pencemaran, dengan penekanan pada kesan langsung terhadap hak asasi manusia yang lain (pencemaran dan kesihatan, hak untuk mendapatkan air dan sebagainya)
- Kepelbagaian biologi dan hak asasi manusia — memahami bagaimana kesejahteraan manusia bergantung pada ekosistem semula jadi yang pelbagai
The launch event on April 18 and 2023 writing contests has a special focus on pollution and toxic waste. Regional campaigns this year are each identifying knowledge and issues important to their local context.
Timelines
- Global Campaign Activities (Content Drives such as edit-a-thons, translatathons, writing contest, photo walks etc; webinars; workshops and conferences) - April-June 2023
- Regional office hours - January-February 2023
- Capacity Building Sessions - February-March 2023
- Networking Session - February-June 2023
- International Launch Webinar - 17 April 2023
- International Writing Contest - 15 April-15 May 2023
- Youth Programming - February-April 2023
- Rapid Grant Application - Cycle 7 January-March 2023 with due deadline on 30 January and Cycle 8 March-May 2023 with due deadline on 20 March 2023. Please see further details here.