Jump to content

Tumpuan Utama Wikimedia, Julai 2013

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
This page is a translated version of the page Wikimedia Highlights, July 2013 and the translation is 98% complete.

Tumpuan Utama dari Laporan Yayasan Wikimedia dan laporan kejuruteraan Wikimedia untuk Jun 2013, dengan pemilihan beberapa acara pergerakan Wikimedia yang penting.

Tumpuan utama Yayasan Wikimedia

Antaramuka suntingan mobil baru

Suntingan mobil

Bulan ini, pasukan web mobil membebaskan ciri-ciri pengendalian baru bagi penyumbang untuk kesemua tapak mobil Wikimedia, termasuk muat naik sedia ada dan ciri bintang senarai pantau, termasuk juga butang sunting. Ini bererti penyuntingan (dalam bentuk penyuntingan markup tahap-seksyen) kini dibolehkan pada semua tapak Wikimedia mobil bagi pengguna log masuk. Pengguna bagi saluran "beta" kami tidak lama lagi akan melihat notifikasi mobil reka semula, termasuk juga panduan bagi penyunting dan pemuat masuk pertama kali. (Lebih lanjut mengenai saluran beta dan bagaimana anda boleh pilih masuk.)

Wikipedia Zero dilancarkan di India

Pelancaran Wikipedia Zero pertama di India memberikan 60 juta pengguna telefon mobil capaian percuma tanpa caj pada Wikipedia menggunakan telefon mobil mereka. Kempen promosi ini bagi pelancaran ini, digerak oleh rakan kami Aircel, menerima litupan meluas dalam akhbar, dan diiringi oleh Twitter dan acara memblog. Pelanggan Aircel kini memiliki capaian percuma pada Wikipedia dalam bahasa Inggeris, termasuk juga 19 Wikipedia bahasa Indik.

Pelancaran beta Visual/Sunting

Pada Julai kami telah memasang paparan penyuntingan yang baru di beberapa Wikipedia sebagai penyuntingan lalai, pertama bagi pengguna berdaftar dan seterusnya bagi pengguna tidak berdaftar. Ini memberikan banyak maklum balas, dan pasukan bertindak balas dengan beberapa ratus penambahbaikan untuk menetapkan isu-isu penting. Di samping itu, pasukan dikerahkan peningkatan antara muka pengguna, terutamanya kepada dialog memasukkan rujukan. Pada masa ini, pengguna yang membuat kira-kira 800 suntingan bagi setiap jam menggunakan VisualEditor pada laman Wikimedia.

Terdapat perbincangan berterusan dalam masyarakat bahasa berlainan mengenai kedudukan VisualEditor beta dalam antaramuka pengguna dan notis bersesuaian menunjukkan status betanya. Yayasan Wikimedia sedang menggunakan tempoh beta bagi mengumpul dan menganalisa laporan pepijat, peningkatan ciri, dan data, bagi memantau kelakuan pengguna sebenar, dan mempertingkat pengalaman menyunting secara berterusan. Objektif akhir kami adalah bagi VisualEditor sebagai penyunting ingkar bagi kesemua pengguna Wikipedia, berupaya membenarkan mereka menyunting kebanyakan kandungan tanpa perlu menggunakan suntingan wikitext.

Sila bantu menterjemah antaramuka pengguna bagi VisualEditor.

Data dan Trend

Pelawat unik global untuk Jun:

500 juta (-4.25% berbanding dengan May; +6.37% berbanding dengan tahun lepas)
(comScore data bagi kesemua projek Yayasan Wikimedia; comScore akan menyiarkan data bulan Julai kemudian pada Ogos nanti)

Permintaan laman untuk Julai:

21.2 bilion (+0.4% berbanding dengan Jun; +19.8% berbanding dengan tahun sebelumnya)
(data log server, semua projek-projek kandungan Yayasan Wikimedia termasuk capaian mudah alih, tetapi tidak termasuk Wikidata dan laman portal utama Wikipedia.)

Penyunting berdaftar aktif bagi Jun 2013 (>= 5 suntingan ruang utama/bulan, tidak termasuk bot):

data kini sedang disemak
(Database data, semua projek Yayasan Wikimedia.)

Kad Laporan (menggabung pelbagai data statistik dan trend tentang projek WMF):

http://reportcard.wmflabs.org/

(Takrifan)

Kewangan

Pendapatan dan Perbelanjaan Yayasan Wikimedia (YTD) vs Dirancang pada 30 Jun 2013
Perbelanjaan Yayasan Wikimedia (YTD) menurut Fungsi pada 30 Jun 2013

(Maklumat kewangan hanya tersedia bagi Jun 2013 pada waktu laporan ini.)

Kesemua maklumat kewangan yang dibentangkan adalah Menurut Bulan dan Menurut Tahun sehingga 30 Jun 2013.

Pendapatan $51,040,795
Perbelanjaan:
Kumpulan Kejuruteraan $15,224,438
Kumpulan Pengumpul Dana $3,463,128
Pemberian dana & Program Kelompok $8,830,248
Kumpulan Pentadbir $742,435
Kumpulan Perundangan/Sokongan Masyarakat/Perhubungan $3,090,563
Kumpulan Kewangan/Perjawatan/Pentadbiran $5,865,595
Perbelanjaan Keseluruhan $37,216,407
Lebihan keseluruhan $13,824,388
  • Pendapatan untuk bulan Jun ialah $0.48J berbanding rancang $0.28J, kira-kira $205K atau 74% mengatasi dirancang.
  • Pendapatan tahunan adalah $51.04J berbanding dirancang $46.07J, sekitar $4.97J atau 11% melebihi dirancang.
  • Perbelanjaan untuk bulan Jun ialah $3.39J berbanding dirancang $3.99J, sekitar $598K atau 15% bawah dirancang, terutamanya disebabkan oleh perbelanjaan kakitangan, menghos internet, dan perbelanjaan geran (geran FDC) yang lebih rendah diimbangi oleh perbelanjaan modal, perkhidmatan kontrak luar, perbelanjaan perundangan dan perbelanjaan perjalanan yang lebih tinggi.
  • Perbelanjaan tahunan kini ialah $37.22J berbanding dirancang $42.07J, kira-kira $4.85J atau 12% bawah dirancang, terutamanya disebabkan oleh perbelanjaan kakitangan, menghos Internet, perbelanjaan geran (geran FDC), dan perbelanjaan perjalanan yang lebih rendah diseimbangkan separa oleh perbelanjaan modal , perundangan, yuran bank, perkhidmatan kontrak luar, dan perbelanjaan cukai harta tanah peribadi lebih tinggi.
  • Kedudukan tunai adalah $39.75J setakat 30 Jun 2013.
Video bulanan metrik Yayasan Wikimedia dan aktiviti yang meliputi mesyuarat bulan Julai (1 Ogos 2013)

Sorotan pergerakan lain

Kedudukan kedua dalam Wiki Gemarkan Seni Awam2013: Air Pancut Aino olah artis Emil Wikström di Lahti, Finland - gambar oleh User:Kartanofoto

Pemenang "Wiki Gemarkan Seni Awam" diumumkan

At the end of July, the winners of Wiki Loves Public Art were announced. Similar to Wiki Loves Monuments, "Wiki Loves Public Art" is an international contest to take photos of artworks that are accessible to the public. It took place for the first time this year, in Austria, Finland, Israel, Spain (Barcelona) and Sweden. 225 participants uploaded more than 9,250 images.

Ana Toni (2009)

Ahli Pengarah Yayasan Baru: Ana Toni

Ana Toni telah dilantik sebagai Lembaga Yayasan Wikimedia Pemegang Amanah pada bulan Julai untuk tempoh dua tahun. Toni adalah Ketua Pegawai Eksekutif sebuah firma perunding yang berpangkalan di Rio de Janeiro, Brazil, yang bekerja untuk isu-isu sosial dan alam sekitar. Beliau berkhidmat sebagai pengerusi Antarabangsa Greenpeace dan sebelum ini bekerja di jawatan-jawatan utama untuk Yayasan Ford dan ActionAid.

Buenos Aires edit-a-thon di bekas penjara tentera

Pada 20 Julai, "Memorial Edit-a-thon" telah diadakan di Buenos Aires , di ESMA, bekas "tapak hitam" (penjara tentera haram) dalam diktator tentera Argentina 1976-1983 , dan hari ini dijadikan muzium hak asasi manusia. Selain berpengalaman dan penyunting Wikipedia baru, ia turut dihadiri oleh mangsa tapak hitam. Bab Wikimedia Argentina menemuramah salah satu daripada hadirin, seorang jurugambar yang berdedikasi kebanyakan kerjayanya untuk aktivisme politik dan memiliki sebuah arkib 45,000 gambar-gambar yang dia bercadang untuk memuat naik ke Wikimedia Commons selepas pendigitalan.