Pungutan Dana/Terjemahan/E-mel terima kasih 20140606

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
This page is a translated version of the page Fundraising/Translation/Thank you email 20140606 and the translation is 90% complete.
Outdated translations are marked like this.

[ifFirstnameAndLastname] Ke hadapan [given name], [elseifFirstnameAndLastname] Ke hadapan penderma, [endifFirstnameAndLastname]

Terima kasih atas sumbangan anda yang tidak ternilai dalam penyebaran ilmu kepada setiap insan di seluruh dunia.

{% if "RecurringRestarted" in contribution_tags %} Dalam masa terbaru ini kami telah menyelesaikan satu isu teknikal kecil yang menyebabkan beberapa sumbangan bulanan berulang dijeda. Kami telah mulakan semula sumbangan berulang anda, dan ia akan diproses secara biasa pada depan. Kami tidak akan mengenakan caj atas sumbangan bulan yang tertinggal. Terima kasih atas kesabaran dan sokongan anda. Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila jangan segan untuk menghantar e-mel kepada donate@wikimedia.org. {% endif %}

{% if "UnrecordedCharge" in contribution_tags %} Baru-baru ini, kami telah menyelesaikan satu isu teknikal yang telah menyebabkan beberapa penderma bulanan tidak menerima sebarang pengesahan pendermaan. Sila terima email ini sebagai tanda terima kasih ke atas derma yang telah anda buat pada [date]. Kami sangat menghargai kesabaran dan sokongan anda, dan anda dipersilakan untuk menghantar email ke donate@wikimedia.org sekiranya anda mempunyai sebarang soalan. {% endif %}

Nama saya Lila Tretikov, dan saya berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif Yayasan Wikimedia. Sejak beberapa tahun yang lalu, sumbangan anda telah membantu usaha kami untuk mengembangkan ensiklopedia ini kepada 287 bahasa serta memastikan ia lebih mudah diakses di serata dunia. Kami mencuba sedaya-upaya agar ensiklopedia ini dapat memberikan kesan yang maksimum kepada masyarakat yang tidak mempunyai peluang pendidikan. Sebagai contoh, Wikipedia telah membantu dalam menyebarkan ilmu kepada masyarakat seperti saudari Akshaya Iyengar dari Solapur, India. Membesar di sebuah pekan kecil yang berasaskan industri tekstil, beliau telah menjadikan Wikipedia sebagai sumber rujukan utama. Di sini, bilangan buku rujukan untuk para pelajar adalah terhad. Walau bagaimanapun, mereka mempunyai akses internet mudah alih. Dengan itu, peranan Wikipedia amatlah penting kepada para pelajar ini. Akshaya telah melanjutkan pelajarannya di sebuah kolej di India dan kini beliau bekerja sebagai jurutera perisian komputer di Amerika Syarikat. Beliau menyatakan setinggi-tinggi penghargaan terhadap Wikipedia kerana telah menjana separuh daripada ilmu beliau.

Cerita ini tidaklah unik. Misi kami adalah luhur dan dipenuhi pelbagai cabaran. Banyak pengguna Wikipedia merasa terkejut apabila mengetahui enskilopedia ini diuruskan oleh badan yang bukan berasaskan keuntungan dan ia dibiayai oleh hasil sumbangan anda. Setiap tahun, bilangan penderma hanyalah sekadar cukup-cukup namun dapat mengumpulkan segala ilmu yang diketahui manusia agar ianya boleh dikongsi oleh semua. Terima kasih kerana menjayakan misi ini.

Selaku wakil kepada setengah bilion manusia yang membaca Wikipedia, ribuan penyunting sukarela, dan kakitangan di yayasan ini, saya mengucapkan terima kasih kerana memastikan kelangsungan Wikipedia di dalam talian dan menjadikannya bebas daripada iklan.

Terima kasih,

Lila Tretikov

Pengarah Eksekutif,
Yayasan Wikimedia

https://donate.wikimedia.org/

Many employers will match employee contributions: please check with your company to see if they have a corporate matching gift program.

Sebagai rekod anda: Sumbangan anda, nombor [contributionId], pada [date] adalah sebanyak [amount]

[ifRecurring] Sumbangan ini adalah sebahagian daripada langganan berkala. Pembayaran bulanan akan didebitkan oleh Yayasan Wikimedia sehingga anda memberitahu kami untuk menghentikan langganan. Sekiranya anda ingin menamatkan langganan, sila rujuk #recurringCancel [endifRecurring]

Surat ini boleh digunakan sebagai rekod sumbangan anda. Tiada barang-barang atau perkhidmatan yang disediakan, secara keseluruhan atau sebahagiannya, bagi sumbangan ini. Wikimedia Foundation, Inc adalah sebuah syarikat amal bukan-keuntungan dengan 501 (c) (3) status dikecualikan cukai di Amerika Syarikat. Alamat kami adalah 149 New Montgomery, Tingkat 3, San Francisco, CA, Amerika Syarikat 94105. Nombor cukai dikecualikan: 20-0049703

Pilihan untuk menyertai (opt out)

Kami ingin menyimpan rekod anda sebagai penderma dan memaklumkan anda tentang kegiatan masyarakat dan pengutipan dana kami. Bagaimanapun, jika anda lebih suka tidak menerima e-mel itu daripada kami, sila klik di bawah dan kami akan membuang rekod anda dari senarai senarai tersebut.

[#unsubscribe Hentikan langganan]

Sila bantu kami untuk [#translate menterjemahkan] e-mel ini.