Universal Code of Conduct/Revised enforcement guidelines/Announcement/Voting/Email/ms

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki

Pengundian kini dibuka untuk semakan Garis Panduan Penguatkuasaan Tatakelakuan Sejagat

Kehadapan $USERNAME:

Tempoh mengundi untuk Garis Panduan Penguatkuasaan Tatakelakuan Sejagat kini dibuka! Undian akan dibuka selama dua minggu dan akan ditutup pada 23.59 UTC, 31 Januari 2023. Sila lawati halaman maklumat pengundi di Meta-wiki untuk maklumat kelayakan pengundi dan butiran tentang cara mengundi.

Pada pertengahan Januari 2023, Garis Panduan Penguatkuasaan untuk Kod Tatakelakuan Sejagat akan menjalani undian pengesahan kedua seluruh komuniti. Ini berikutan undi pada Mac 2022, dengan keputusan majoriti pengundi menyokong Garis Panduan Penguatkuasaan. Semasa pengundian, para peserta membantu menyerlahkan kebimbangan penting komuniti. Lembaga Jawatankuasa Hal Ehwal Komuniti meminta supaya hal-hal kebimbangan ini dikaji semula.

Jawatankuasa Semakan yang diketuai oleh sukarelawan bekerja keras menyemak input komuniti dan membuat perubahan. Mereka mengemas kini hal-hal kebimbangan, seperti keperluan latihan dan pengesahan, privasi dan ketelusan dalam proses serta kebolehbacaan dan kebolehterjemahan dokumen itu sendiri.

Garis Panduan Penguatkuasaan yang disemak boleh dilihat di sini, dan perbandingan perubahan boleh didapati di sini.

Undian akan diteliti oleh kumpulan sukarelawan bebas, dan hasilnya akan diterbitkan di Wikimedia-l, Forum Strategi Pergerakan, Diff dan di Meta-wiki. Pengundi sekali lagi akan dapat mengundi dan berkongsi kebimbangan mereka tentang garis panduan itu. Lembaga Pemegang Amanah akan melihat tahap sokongan dan kebimbangan yang dibangkitkan semasa mereka melihat bagaimana Garis Panduan Penguatkuasaan harus disahkan atau dibangunkan selanjutnya.

Bagi pihak Pasukan Projek UCoC,

Anda mendapat mesej ini kerana Anda telah mendaftarkan alamat emel pada Yayasan Wikimedia. Jika Anda tidak menginginkan notis lebih lanjut di masa hadapan mengenai pemilihan atau pungutan undi, harap tambahkan nama pengguna Anda pada Wikimedia No Mail List.

Plain text version

Ke hadapan $USERNAME,

Tempoh mengundi untuk Garis Panduan Penguatkuasaan Tatakelakuan Sejagat <https://meta.wikimedia.org/wiki/Special:MyLanguage/Universal_Code_of_Conduct/Revised_enforcement_guidelines> kini dibuka! Undian akan dibuka selama dua minggu dan akan ditutup pada '''23.59 UTC''', '''31 Januari 2023'''. Sila lawati halaman maklumat pengundi di Meta-wiki <https://meta.wikimedia.org/wiki/Special:MyLanguage/Universal_Code_of_Conduct/Revised_enforcement_guidelines/Voter_information> untuk maklumat kelayakan pengundi dan butiran tentang cara mengundi.

Pada pertengahan Januari 2023, Garis Panduan Penguatkuasaan untuk Kod Tatakelakuan Sejagat <https://meta.wikimedia.org/wiki/Special:MyLanguage/Universal_Code_of_Conduct> akan menjalani undian pengesahan kedua seluruh komuniti. Ini berikutan undi pada Mac 2022, <https://meta.wikimedia.org/wiki/Special:MyLanguage/Universal_Code_of_Conduct/Enforcement_guidelines/Voting/Results> dengan keputusan majoriti pengundi menyokong Garis Panduan Penguatkuasaan. Semasa pengundian, para peserta membantu menyerlahkan kebimbangan penting komuniti. Lembaga Jawatankuasa Hal Ehwal Komuniti meminta supaya hal-hal kebimbangan ini dikaji semula.

Jawatankuasa Semakan yang diketuai oleh sukarelawan bekerja keras menyemak input komuniti dan membuat perubahan. Mereka mengemas kini hal-hal kebimbangan, seperti keperluan latihan dan pengesahan, privasi dan ketelusan dalam proses serta kebolehbacaan dan kebolehterjemahan dokumen itu sendiri.

Garis Panduan Penguatkuasaan yang disemak boleh dilihat di sini, <https://meta.wikimedia.org/wiki/Special:MyLanguage/Universal_Code_of_Conduct/Revised_enforcement_guidelines> dan perbandingan perubahan boleh didapati di sini.<https://meta.wikimedia.org/wiki/Special:MyLanguage/Universal_Code_of_Conduct/Revised_enforcement_guidelines/Comparison>

Undian akan diteliti oleh kumpulan sukarelawan bebas, dan hasilnya akan diterbitkan di Wikimedia-l, Forum Strategi Pergerakan, Diff dan di Meta-wiki. Pengundi sekali lagi akan dapat mengundi dan berkongsi kebimbangan mereka tentang garis panduan itu. Lembaga Pemegang Amanah akan melihat tahap sokongan dan kebimbangan yang dibangkitkan semasa mereka melihat bagaimana Garis Panduan Penguatkuasaan harus disahkan atau dibangunkan selanjutnya.

Bagi pihak Pasukan Projek UCoC,

Anda mendapat mesej ini kerana Anda telah mendaftarkan alamat emel pada Yayasan Wikimedia. Jika Anda tidak menginginkan notis lebih lanjut di masa hadapan mengenai pemilihan atau pungutan undi, harap tambahkan nama pengguna Anda pada Wikimedia No Mail List 
<https://meta.wikimedia.org/wiki/Wikimedia_nomail_list>.