Pelan Tahunan Yayasan Wikimedia/2024-2025

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
This page is a translated version of the page Wikimedia Foundation Annual Plan/2024-2025 and the translation is 100% complete.

Pelan Tahunan tahun ini datang pada masa ketidakpastian, ketidakstabilan, dan kekompleksan yang semakin meningkat bagi dunia dan gerakan Wikimedia. Secara global, peranan maklumat yang dipercayai dalam talian semakin penting dan lebih terancam daripada sebelum ini. Organisasi dan platform dalam talian perlu menavigasi internet yang berubah yang lebih berpolarisasi dan berpecah-belah. Cara baru untuk mencari maklumat, termasuk carian berasaskan perbualan, semakin mendapat sokongan. Kemudahan dalam mencipta kandungan yang dihasilkan oleh mesin AI menghasilkan peluang dan risiko dalam peranan Wikimedia sebagai sistem pengetahuan yang dipimpin oleh manusia, diperkuat dengan teknologi, serta bagi model kewangan Wikimedia.

Ketika kita menghadapi angin ribut ini, pelan tahunan dan pelbagai tahun Yayasan terus dipandu oleh Hala Tuju Strategik 2030 gerakan. Perubahan di sekeliling kita menjadikan hala tuju ini lebih relevan daripada sebelumnya. Seruan untuk menjadi infrastruktur penting dalam ekosistem pengetahuan bebas bukan sekadar kenyataan yang menginspirasi - ia adalah satu mandat untuk sentiasa menilai kelestarian projek dan organisasi kami sebagai tindak balas terhadap landskap yang berubah di sekeliling kita.

Tujuan gerakan Wikimedia terus berpaksikan kepada dua tiang utama dalam Hala Tuju Strategik kami:

  1. Keadilan Pengetahuan: "memajukan dunia kita dengan mengumpul pengetahuan yang sepenuhnya mewakili kepelbagaian manusia."
  2. Pengetahuan sebagai Perkhidmatan: "membina perkhidmatan dan struktur yang membolehkan orang lain melakukan perkara yang sama."

Sebagai sebuah gerakan, kita harus terus menyediakan maklumat yang boleh dipercayai kepada dunia, dan memupuk sukarelawan yang memacu penciptaan dan penyeliaan kandungan di lebih daripada 320 bahasa.

Dalam Pelan Tahunan ini, kita meraikan kejayaan pelbagai kumpulan dan individu yang sedang bekerja untuk memajukan pelbagai Cadangan Strategi Gerakan bersama-sama dengan kerja teras Yayasan. Pada tahun-tahun mendatang, Yayasan juga akan mula memberi isyarat dengan lebih jelas bahawa beberapa cadangan adalah lebih informatif daripada yang lain dalam usaha kolektif kita menuju Hala Tuju 2030.

Dan kita perlu merancang lebih jauh ke hadapan. Memandang jauh ke hadapan melebihi tahun 2030 adalah penting untuk misi kita, yang memerlukan kita untuk "membuat dan menyimpan maklumat yang berguna ... tersedia di internet tanpa dikenakan bayaran, selama-lamanya." Selama beberapa dekad, kandungan Wikipedia telah secara konsisten muncul pada halaman pertama 99% daripada carian Google. Ia bahkan telah digambarkan sebagai "jaringan fakta yang menyatukan seluruh dunia digital".

Namun demikian, peralihan dari seni bina carian berdasarkan pautan - yang telah berkhidmat dengan baik ke projek-projek dan model kewangan kami sehingga ketika ini kepada seni bina carian berdasarkan perbualan, masih berada dalam peringkat awal, tetapi mungkin akan kekal sedemikian. Kami percaya ini merupakan sebahagian daripada peralihan generasi dalam cara orang mencipta dan mengguna maklumat dalam talian. Perubahan ini semakin pesat berlaku kerana internet telah menjadi lebih pelbagai dan global, dan kurang didominasi oleh Bahasa Inggeris.

Apa yang timbul adalah paradoks strategik: Projek-projek Wikimedia menjadi lebih penting kepada infrastruktur pengetahuan internet, sementara pada masa yang sama menjadi kurang kelihatan kepada pengguna internet. Ia menjadi lebih penting, kerana Wikipedia diserap oleh model bahasa besar yang sedang membentuk masa depan pengambilan maklumat, termasuk carian tetapi juga lebih dari fungsi tersebut. Menurut ramalan banyak pihak, Wikipedia Bahasa Inggeris membentuk sumber tunggal terbesar data latihan yang diserap oleh ChatGPT - dan antara yang tertinggi beratnya dari segi kualiti. Secara umum, ini adalah perkara yang baik. Kecerdasan Buatan yang boleh dipercayai memerlukan asas fakta yang boleh dipercayai.

Pada masa yang sama, kandungan Wikimedia menjadi kurang kelihatan sebagai sebahagian daripada infrastruktur penting internet kerana internet yang semakin tertutup dan dimediasi oleh AI tidak memberikan atribusi kepada sumber fakta, atau bahkan tidak memautkan balik ke Wikipedia. Kontrak sosial yang mendasari penggunaan kandungan oleh pihak ketiga berada di bawah tekanan. Walaupun impak sebenar AI masih belum dapat dilihat, kita telah melihat kesan tekanan ini dari semasa ke semasa dalam beberapa metrik yang menurun seperti trafik serantau dan penyumbang baru.

Sebarang pelan tahunan harus didasarkan pada strategi pelbagai tahun dan pelbagai generasi yang memajukan misi kami selama-lamanya. Berpaksikan kepada strategi gerakan Wikimedia, Yayasan terus terlibat dalam tiga bidang untuk menyokong perancangan pelbagai tahun dan unjuran kami:

  1. MODEL KEWANGAN: Model kewangan Wikimedia dan unjuran masa depan untuk aliran pendapatan dalam pengumpulan dana dalam talian (yang kami jangka tidak akan terus berkembang pada kadar yang sama seperti sebelum ini), fasa seterusnya dari [Dana Wikimedia], dan pengajaran yang telah kami pelajari sejauh ini dari Wikimedia Enterprise.
  2. PRODUK dan TEKNOLOGI: Memusatkan peranan Yayasan untuk menyokong keperluan teknologi gerakan Wikimedia, memahami keperluan komuniti penyumbang yang pelbagai, memimpin inovasi untuk audiens masa depan, serta mengembangkan infrastruktur kami bagi landskap luaran yang berubah.
  3. PERANAN & TANGGUNGJAWAB: Perbincangan yang lebih terfokus untuk menetapkan rangka kerja dan prinsip-prinsip untuk memahami peranan dan tanggungjawab teras Yayasan. Ini bertujuan untuk membantu menyediakan input dalam perbincangan piagam gerakan dan perbincangan strategi gerakan yang lebih luas.

Sama seperti tahun lalu, pelan tahun ini tetap memberi tumpuan kepada kepentingan utama teknologi, mengingat peranan Yayasan sebagai pembekal platform untuk komuniti yang memimpin sistem penghasilan pengetahuan dari rakan ke rakan di seluruh dunia. Empat tujuan utama pelan tahun ini juga kekal konsisten (Infrastruktur, Keadilan, Keselamatan & Integriti, dan Keberkesanan), sementara kerja dan hasil yang diperoleh dalam setiap tujuan mengulang kemajuan yang dibuat dalam tahun semasa.

Pada tahap yang tinggi, kerja kami untuk tahun yang akan datang difokuskan pada peningkatan pengalaman pengguna di projek-projek Wikimedia, menyediakan penyelenggaraan berterusan yang diperlukan untuk menyokong laman web global teratas 10 sambil juga membuat pelaburan yang diarahkan pada masa depan untuk menyesuaikan dengan internet yang berubah. Kami akan membangunkan pendekatan yang lebih adil terhadap pengetahuan bebas dengan menangani kesenjangan pengetahuan dan memperluas penyertaan dalam gerakan, melindungi orang dan projek kami dari ancaman luaran yang semakin meningkat, dan membantu memastikan kelestarian kewangan jangka panjang Wikimedia dan keberkesanan untuk menyokong gerakan ke masa depan.

Bajet Yayasan mencerminkan pilihan berterusan kerana kami melihat kadar pertumbuhan pendapatan baru yang melambat. Untuk menyesuaikan dengan realiti baru ini, Yayasan telah mengurangkan pertumbuhannya secara signifikan dalam dua tahun terakhir dan membuat penurunan dalam kakitangan dan perbelanjaan tahun lalu. Sejak tahun 2022, pendanaan kepada entiti gerakan telah melampaui kadar pertumbuhan bagi Yayasan, yang masih berlaku untuk pelan tahun ini.

Bersama dalam misi ini

Matlamat kolektif kami adalah untuk membantu komuniti global kita bekerja lebih baik bersama-sama dengan kami supaya kita semua benar-benar menjadi infrastruktur penting dalam ekosistem pengetahuan bebas. Dalam bahagian-bahagian yang berikut, anda akan menjumpai butiran yang lebih khusus mengenai kerja pelbagai pasukan di Yayasan untuk menyokong empat matlamat ini. Tiada satu pun daripada ini adalah kerja yang boleh kita lakukan seorang diri; ia akan memerlukan peranan semua dari kita untuk mencipta sebuah dunia tempat setiap manusia dapat bebas berkongsi hasil kesemua pengetahuan. Itulah sebabnya salah satu nilai teras kita adalah bahawa kita bersama-sama dalam misi ini.

Kerjasama anda di wiki di sini di Meta, dalam ruang komuniti atau di kedai kopi projek anda (atau setarafnya) dialu-alukan.

Apa yang dunia perlukan dari kita sekarang?

Tahun ini, Yayasan memberi tumpuan kepada empat kunci trend luaran yang memberi kesan kepada kerja kami:

  • Pengguna dibanjiri dengan maklumat, menginginkannya dikumpulkan oleh orang-orang yang dipercayai.
  • Penyumbang mempunyai pelbagai cara yang memuaskan dan berkesan untuk berkongsi pengetahuan dalam talian.
  • Ketepatan kandungan semakin dipertikaikan daripada sebelum ini, dan kandungan akan digunakan secara intensif sebagai senjata.
  • Peraturan memberikan cabaran, ancaman, dan peluang yang berbeza mengikut bidang kuasa.

Seperti yang dilakukan tahun lalu, Yayasan memulakan perancangan dengan bertanya soalan, "Apa yang dunia perlukan dari kita dan projek Wikimedia sekarang?" Kami menjalankan kajian terhadap trend luaran yang memberi kesan kepada kerja kami, termasuk fokus yang lebih besar kepada maklumat segera dan ringkas; peningkatan kehadiran insentif, kewangan dan sebaliknya, untuk menarik penyumbang ke beberapa platform; ancaman undang-undang dan peraturan, termasuk peraturan platform yang boleh digunakan sebagai senjata terhadap kita dan penyumbang kita, serta peluang untuk memajukan kepentingan awam secara positif; dan isu-isu ketepatan kandungan dan kesan AI terhadap ekosistem maklumat.

Tahun lalu, kami mengambil beberapa langkah sebagai respons terhadap trend luaran ini, termasuk pelaburan baru dalam kerja pasukan Audiens Masa Depan, seperti pembangunan plugin ChatGPT, untuk bereksperimen dengan platform-platform baru dan memperoleh pembelajaran tentang bagaimana orang mungkin ingin menggunakan AI generatif untuk berinteraksi dengan pengetahuan di projek-projek Wikimedia. Kami juga mencipta satu kumpulan kerja baru dan melabur dalam alat-alat untuk pemantauan yang lebih baik dan lebih pintar bagi penyunting dengan hak-hak yang diperluaskan untuk membantu penyumbang menguruskan pertumbuhan potensi maklumat salah dan disinformasi di projek-projek Wikimedia. Kami mengkaji semula dan mempelajari dari trend-trend ini sepanjang tahun; sebagai contoh, walaupun ChatGPT merupakan salah satu platform internet yang berkembang paling pesat dalam sejarah, Wikipedia tidak melihat perubahan yang signifikan dalam trafik pembaca semasa tempoh yang sama. Orang masih bergantung kepada Wikipedia dan projek-projek Wikimedia sebagai sumber maklumat yang dipercayai dan tepat di seluruh dunia.

Perbincangan:2024

Untuk memberi maklumat kepada Pelan Tahunan tahun ini, kami bermula dengan Perbincangan:2024, perbualan dengan niat untuk berkongsi, mendengar, dan belajar. Sebagai sebahagian daripada inisiatif itu, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Wikimedia, eksekutif, dan kakitangan menganjurkan 130 perbualan di wiki, dengan individu, dan dalam kumpulan kecil - dan perbualan tersebut masih berlanjutan. Perbualan ini meluas di seluruh rantau dunia. Kami terus belajar dari ahli komuniti yang produktif sehingga anggota baru (newcomers), dari sukarelawan teknikal kepada pengurus, penganjur acara, dan pemimpin pertubuhan rakan kongsi.

Hasil daripada perbualan-perbualan ini juga memberi sumbangan secara langsung kepada pelan kami untuk tahun ini, hingga 2030 dan seterusnya - termasuk memikirkan apa yang diperlukan untuk membina projek-projek kami merentasi generasi:

  • Kami secara konsisten mendengar keperluan untuk Yayasan terus memberi tumpuan kepada peningkatan infrastruktur teknikal untuk menyokong keperluan sukarelawan dalam penyelenggaraan alat dan metrik. Ini merupakan topik yang paling penting bagi usaha strategik kami ketika kami menjadikan misi yang menyeru kepada kerja kami untuk berterusan selama-lamanya menjadi sesuatu yang konkrit dan praktikal. Perbincangan-perbincangan tersebut membantu mengesahkan bahawa kami terus bergerak ke arah yang betul.
  • Walaupun teknologi menjadi tumpuan utama dalam kebanyakan perbualan ini, tidak dapat dinafikan bahawa Wikimedia adalah sebuah gerakan yang dipimpin oleh manusia. Kami mendengar bagaimana "Semuanya berkisar tentang orang" dan meneroka lebih banyak lagi penyelesaian yang boleh menangani dilema yang sudah dikenali mengenai kaedah untuk seimbangkan keperluan penyunting sedia ada dengan inisiatif untuk menyambut penyumbang baru. Nilai-nilai yang dipimpin oleh manusia muncul dalam beberapa perbualan mengenai peranan Wikimedia dalam membentuk generasi kecerdasan buatan seterusnya.
  • Perbualan-perbualan Perbincangan:2024 juga memberikan ruang bagi entiti gerakan untuk berkongsi keperluan untuk kepastian kewangan pelbagai tahun dalam sokongan mereka dari Yayasan, yang akan kami ambil kira dalam pelan tahunan ini. Perbualan lain menekankan keperluan untuk terus memberi keutamaan kepada sumber yang terhad dan menjadi lebih jelas tentang pertukaran yang dilakukan.
  • Akhirnya, tugas menentukan Piagam Gerakan muncul dalam beberapa perbualan. Ini merangkumi renungan tentang cadangan dan prinsip strategi gerakan ("Adakah orang yang pertama datang akan selalu diutamakan untuk dilayani dalam gerakan ini?") kepada soalan tentang tujuan struktur berbeza ("Keputusan apa yang perlu dibuat oleh majlis global? Mengapa keputusan berpindah dari satu pusat ke pusat yang lain?" "Kita menggunakan tukul untuk menyelesaikan masalah ini sedangkan sebenarnya baut skru adalah penyelesaiannya."). Tidak menghairankan, terdapat pelbagai pandangan ("Komuniti penyunting di banyak rantau tidak melihat faedah segera dalam pertubuhan rakan kongsi, hab atau struktur pentadbiran lain." "Komuniti masih berasa tidak didengar oleh Yayasan." "Kerja baik yang dilakukan oleh rakan kongsi di beberapa rantau adalah layak dipuji, terutamanya apabila rakan kongsi tersebut terlibat secara mendalam dengan komuniti."). Dan pengiktirafan yang mendalam tentang tugas yang kompleks ini ("Komuniti begitu besar dan sukar untuk menyatukan semua orang bersama-sama.").

Matlamat Yayasan 2024-2025

Pendekatan kami terhadap pelan tahunan

Dengan mengambil kira konteks ini, pendekatan kami terhadap pelan tahunan tahun ini tetap diarahkan oleh prinsip-prinsip reka bentuk berikut:

  • Berasaskan Strategi Gerakan. Menyatu pada Keadilan Pengetahuan dan Pengetahuan sebagai Perkhidmatan sebagai sebahagian daripada strategi gerakan.
  • Ambil perspektif luaran. Bermula dengan: apa yang berlaku di sekeliling kita. Melihat ke luar. Mengenal pasti kunci utama Trend Luaran yang memberi kesan kepada kerja kami.
  • Memberi tumpuan kepada Produk + Teknologi. Terus memberi tumpuan kepada peranan Yayasan sebagai pembekal platform yang membolehkan produk dan teknologi pada skala yang besar.
  • Selaras pada empat matlamat setiap tahun. Empat matlamat pelan tahunan kekal konsisten dari tahun lalu, dengan kerja yang membina atas kemajuan sebelumnya.
  • Mengambil pandangan pelbagai tahun yang lebih panjang. Mengukuhkan pelan tahunan kami dalam pelan pelbagai tahun. Mempertimbangkan trend jangka panjang untuk model pendapatan kami, strategi teknologi, dan peranan & tanggungjawab gerakan.
  • Meningkatkan pembiayaan kepada kumpulan gerakan. Pembiayaan kepada entiti gerakan telah melampaui kadar pertumbuhan Yayasan.

Yayasan Wikimedia mempunyai empat matlamat utama untuk 2024-2025. Matlamat organisasi besar ini tidak berubah dari pelan tahun lalu, walaupun kerja dan objektif tertentu di bawah setiap matlamat terus berkembang. (Ringkasan matlamat Yayasan 2024-25 juga tersedia dalam bentuk slaid.) Matlamat-matlamat ini direka bentuk untuk seiring dengan Hala Tuju Strategik dan Cadangan Strategi Gerakan Wikimedia, dan untuk memberi respons kepada trend-trend luaran utama yang membentuk kerja kami.

Matlamat-matlamat Yayasan Wikimedia untuk 2024-25 adalah:

  1. INFRASTRUKTUR: Memajukan Pengetahuan sebagai Perkhidmatan. Meningkatkan Pengalaman Pengguna di wiki, terutamanya untuk penyunting yang sudah mapan. Memperkuat metrik dan pelaporan.
  2. KEADILAN: Menyokong Keadilan Pengetahuan. Memperkuat keadilan dalam membuat keputusan melalui pentadbiran gerakan, pengagihan sumber yang saksama, menutup kesenjangan pengetahuan, dan menghubungkan gerakan.
  3. KESELAMATAN & KEINTEGRITIAN: Melindungi orang dan projek kami. Memperkuat sistem yang menyediakan keselamatan untuk sukarelawan. Mempertahankan integriti projek-projek kami. Memajukan persekitaran untuk pengetahuan bebas.
  4. KEBERKESANAN: Memperkuat prestasi dan keberkesanan keseluruhan Yayasan. Menilai, mengulang, dan menyesuaikan proses kami untuk impak maksimum dengan sumber yang lebih terhad.

Ringkasan Matlamat 2024-25

Bahagian ini menyediakan gambaran keseluruhan tentang kerja utama dalam setiap matlamat Yayasan.


MATLAMAT 1: INFRASTRUKTUR: Memajukan Pengetahuan sebagai Perkhidmatan dengan memberi tumpuan kepada pengalaman wiki, audiens masa depan, dan perkhidmatan isyarat dan data.

  • PENGALAMAN WIKI
    • Pengalaman penyumbang: Membantu penyumbang yang berpengalaman dan baru berkumpul bersama untuk membina ensiklopedia yang dipercayai.
    • Pengalaman pengguna: Melibatkan generasi baru pembaca dan penderma untuk membina hubungan yang berkekalan dengan kandungan ensiklopedik.
    • MediaWiki: Membangunkan platform dan antara muka MediaWiki untuk memenuhi keperluan utama Wikipedia.
  • AUDIENS MASA DEPAN
    • Uji hipotesis. Uji hipotesis yang berorientasikan masa depan untuk lebih memahami trend teknologi, tingkah laku dalam talian, dan memperluas jangkauan kandungan Wikipedia.
  • PERKHIDMATAN ISYARAT & DATA
    • Metrik: Menjejaki dan menerbitkan metrik penting untuk memahami impak kami dan memberi maklumat untuk membuat keputusan.
    • Platform eksperimen: Melancarkan platform eksperimen yang kukuh untuk menilai kesan ciri-ciri produk dengan lebih baik.

MATLAMAT 2: KEADILAN: Menyokong Keadilan Pengetahuan dengan memberi tumpuan kepada pentadbiran gerakan dan membuat keputusan, pengagihan sumber yang saksama, menutup kesenjangan pengetahuan, dan menghubungkan gerakan.

  • PENTADBIRAN GERAKAN
    • Pembuatan keputusan: Sokong pembuatan keputusan gerakan yang berkesan dan saksama. Pastikan sukarelawan memahami dan dapat menyertai sepenuhnya dalam proses penting gerakan (contohnya, Piagam, Majlis Global, Hab, Jawatankuasa).
  • PENGAGIHAN SUMBER
    • Pemberian geran: Terus menyelaraskan pemberian geran dengan Strategi Gerakan. Bekerjasama dengan komuniti untuk menyokong pengagihan sumber yang saksama dan memperkuat keupayaan pengumpulan dana Rakan Kongsi.
  • MENUTUP KESENJANGAN PENGETAHUAN
    • Pertumbuhan kandungan: Mempercepatkan pertumbuhan dalam kandungan ensiklopedik yang dipercayai. Membantu komuniti menutup kesenjangan pengetahuan dengan menjadikan alat dan sistem sokongan kami lebih mudah diakses, disesuaikan, dan diperbaiki.
  • HUBUNGAN
    • Menghubungkan gerakan: Membantu ahli Wikimedia untuk berhubung, berkongsi, dan belajar dari rakan sejawat. (contohnya, Wikimedian of the Year, WikiCelebrate, Regional & Global connections, Wikimania, Regional Conferences, Wikimedia Hackathon, Let's Connect.)

MATLAMAT 3: KESELAMATAN dan KEINTIGRITIAN: Melindungi orang dan projek kami dengan memberi tumpuan kepada sokongan pentadbiran projek, hak asasi manusia, merespons kepada kerangka undang-undang yang berubah, menangani maklumat palsu, dan memajukan model Wikimedia.

  • LINDUNGI ORANG KAMI
    • Amanah dan keselamatan: Sokong alur kerja pentadbiran projek seperti ArbCom, Pengurus, dan yang lain yang melindungi orang dan menyokong integriti kandungan. Bekerjasama dengan penyelia yang melindungi daripada litigasi dan undang-undang yang terlalu zalim.
    • Hak asasi manusia: Sokong persekitaran yang lebih selamat untuk berkongsi, menerima, dan menggunakan maklumat dengan bertanggungjawab di projek-projek Wikimedia.
    • Penyalahgunaan berskala: Melindungi komuniti dan sistem daripada penyalahgunaan berskala dengan meningkatkan infrastruktur, alat, dan proses kami.
  • LINDUNGI PROJEK KAMI
    • Undang-undang & peraturan: Merespons kepada kerangka undang-undang yang berubah, termasuk pendidikan regulator, analisis undang-undang, dan pematuhan.
    • Maklumat palsu: Terus menyokong komuniti yang kuat dan pelbagai sebagai pertahanan terbaik. Sokong usaha sukarelawan melalui penyiasatan, hubungan dengan pakar, dan pertahanan undang-undang.
  • MEMAJUKAN MODEL KAMI
    • Advokasi dasar: Memajukan nilai model Wikimedia dalam persekitaran undang-undang dan dasar.

MATLAMAT 4: KEBERKESANAN: Memperkuat prestasi dan keberkesanan keseluruhan Yayasan dengan memberi tumpuan kepada kelestarian kewangan dan kecekapan, memperkukuhkan penglibatan dan keberkesanan pekerja, dan menyelaraskan proses yayasan.

  • KEBERKESANAN KEWANGAN
    • Pendapatan: Mengumpul $188 juta untuk dana tahunan dan melabur dalam strategi pendapatan jangka panjang.
    • Kecekapan: Pastikan model kewangan kami memenuhi atau melebihi amalan terbaik industri; mengekalkan Nisbah Belanja Program sekurang-kurangnya 77%.
    • Rakan kongsi: Pastikan rakan kongsi berada dalam kedudukan yang baik untuk terlibat dalam pelan dan perancangan kewangan pelbagai tahun.
  • PRESTASI
    • Proses orang: Memperkuat dasar, proses, dan pengalaman orang untuk meningkatkan penglibatan dan keberkesanan pekerja.
    • Misi filantropi: Memperluaskan peluang untuk kakitangan menjadi duta bagi misi kami dengan penderma dan orang ramai, sebagai sebahagian daripada komitmen organisasi kepada budaya filantropi.
  • PROSES
    • Menyelaraskan proses Yayasan: Mencipta proses yang lebih cekap, automatik, dan berpusatkan pelanggan. (contohnya, Orkestrasi Pembayaran Pengumpulan Dana, Pengurusan Risiko Korporat, Persekitaran Kerja, Alur Kerja Operasi Perniagaan.)
    • Metrik suku tahunan: Melaksanakan proses yang lebih kuat untuk menyemak metrik suku tahunan dan akauntabiliti terhadap matlamat tahunan.

Kemajuan yang dicapai pada pelan tahun lalu

Berikut adalah gambaran ringkas tentang sorotan dan kemajuan yang telah kami capai pada pelan tahunan 2023-2024 kami. Kami terus berkongsi kemajuan berterusan pada matlamat pelan tahunan kami di Diff dan dalam kemas kini lain.

Kemajuan yang dicapai pada MATLAMAT 1: INFRASTRUKTUR

Kemajuan yang dicapai pada MATLAMAT 2: KEADILAN

Kemajuan yang dicapai pada MATLAMAT 3: KESELAMATAN dan INTEGRITI

  • Akta Perkhidmatan Digital Kesatuan Eropah: mengambil langkah-langkah untuk mematuhi Akta Perkhidmatan Digital yang baru, satu perundangan yang berkuat kuasa pada Ogos 2023 yang mengawal selia platform internet yang beroperasi di Kesatuan Eropah.
  • Advokasi: memberi penerangan kepada pengawal selia, pembuat dasar, dan pemimpin kerajaan tentang model Wikimedia.
  • Pendedahan: Memenuhi kewajipan pelaporan dan pendedahan kami, termasuk menerbitkan laporan kejelasan tambahan.
  • Maklumat palsu: menyokong sukarelawan dan integriti projek dengan memetakan inisiatif anti maklumat palsu di seluruh ekosistem; menangani maklumat palsu dalam projek-projek menerusi Repositori Anti Maklumat Palsu
  • Keselamatan sukarelawan: menyokong langkah-langkah komuniti untuk keselamatan dan inklusi dengan bekerjasama bersama Jawatankuasa Pertalian, Jawatankuasa Semakan Kes, dan Suruhanjaya Ombuds.

Kemajuan yang dicapai pada MATLAMAT 4: KECEKAPAN

  • Peningkatan kecekapan: Kami berada di landasan untuk meningkatkan peratusan bajet kami yang digunakan untuk menyokong misi Wikimedia secara langsung (Nisbah Kecekapan Program) melalui peningkatan kecekapan dalaman kami dalam kos pentadbiran dan pengumpulan dana.
  • Pelaburan tambahan dalam menyokong gerakan: Penambahan kecekapan ini akan membolehkan pelaburan tambahan sebanyak $1.8 juta dalam pembiayaan di bidang seperti geran, pembangunan ciri-ciri, infrastruktur laman web, dan banyak lagi.