Fundraising 2008/thank you/ms

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki

Ungkapan terima kasih daripada Jimmy Wales, pengasas Wikipedia[edit]

Pembaca yang dihormati,

Sejak Julai 1, lebih daripada 125,000 orang penderma seperti anda telah menyumbang sebanyak $4 juta dollar Amerika. Malah, kami juga menerima dana sebanyak $2 juta dollar Amerika. Jumlah derma ini akan membiayai kos operasi untuk tahun perakaunan yang berakhir pada Jun 30, 2009.

Sumbangan anda merupakan tunjang utama dalam menyokong gerakan budaya bebas dan membiayai:

  • operasi harian: server, hosting, bandwidth dan jumlah pekerja sebanyak 23 orang.
  • meneruskan dan mengembangkan perisian bebas yang mengendalikan semua projek Wikimedia.
  • program pendekatan masyarakat seperti Wikipedia Academies: program bengkel yang menerangkan cara-cara menggunakan dan menyunting dalam Wikipedia.
  • menyokong usaha sukarelawan: membantu komuniti sukarelawan antarabangsa untuk berkembang.

Anda masih dapat melibatkan diri:

Semua sumbangan derma yang melebihi jumlah yang diperlukan iaitu $6 juta dollar Amerika akan dimasukkan dalam dana simpanan yang akan digunakan untuk membiayai kos lebihan. Sumbangan anda akan membantu dalam tahun yang akan mendatang berikutan dengan kegawatan ekonomi global.

Anda telah membuktikan bahawa Wikipedia amat bermakna kepada anda; dan anda juga menyokong usaha kami: untuk menyebarkan ilmu pengetahuan di seluruh dunia secara bebas, percuma dan tidak beriklan. Usaha murni anda telah membantu Wikipedia terus sedia berkhidmat untuk seluruh dunia.

Saya amat menghargai sumbangan anda.

Sekian. Terima kasih,

Jimmy Wales

Berikan sumbangan anda »

Ketahui dengan lebih lanjut[edit]

Sitenotice[edit]

Ungkapan terima kasih daripada
Pengasas Wikipedia Jimmy Wales