Stewards/elections 2010/Guidelines/ms

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
Laman ini membantu pengguna yang berminat untuk mengundi atau menjadi calon dalam pemilihan steward. Sila baca bahagian yang berkaitan di bawah.

Pengundi[edit]

Sebelum mengundi, anda mestilah:

  • mempunyai akaun di Meta (wiki ini).
  • mempunyai akaun sejagat (atau akaun di Meta dengan laman pengguna dipautkan ke wiki utama, dan pautan ke akaun Meta daripada laman pengguna di wiki utama tersebut);
  • tidak menggunakan akaun itu untuk tugas automatik (bot);
  • telah melakukan minimum 600 suntingan sebelum 01 November 2009 (pada satu wiki, atau suntingan pada wiki disatukan boleh digabungkan);
  • telah melakukan minimum 50 suntingan antara 01 August 2009 hingga 31 January 2010 (pada wiki sama seperti di atas, atau suntingan pada wiki disatukan boleh digabungkan).

Anda boleh semak kelayakan anda secara automatik.

Penterjemah[edit]

Bantulah menterjemah laman-laman ini menjadi bahasa anda:

  • pengenalan (teratas dalam laman pengundian);
  • laman ini: lihat kotak penterjemahan di kanan;
  • kenyataan calon: lihat pautan terjemahan di bawah setiap tajuk;
  • CentralNotice: lihat laman terjemahan.

Cadangan kepada peserta[edit]

  • Jika wiki utama anda tiada notis perlangsungan pemilihan ini, sila tuliskan di papan kenyataan awam anda di sana untuk menggalakkan penyertaan.
  • Anda boleh menyoal calon dengan mengklik pautan pada laman kenyataan mereka. Bagaimanapun, perbincangan yang panjang boleh dipindah ke laman perbincangan, dengan nota diletakkan supaya peserta lain tahu di mana hendak mencari jika berminat.
  • Anda boleh menambah kenyataan pendek (satu atau dua baris) untuk menjelaskan undian anda. Sekali lagi, perbincangan yang panjang (maklum balas kepada undian pengguna lain) boleh dipindahkan ke laman perbincangan, dan nota ditinggalkan untuk peserta lain jika mereka berminat.

Calon[edit]

Syarat[edit]

Sebelum memohon status steward, sila pastikan anda:

  • setuju untuk patuh kepada polisi steward;
  • mempunyai akaun (SUL) sejagat;
  • mempunyai akaun di wiki Meta ini (bergabung dengan akaun bersatu);
  • mempunyai akaun di sekurang-kurangnya satu projek Yayasan Wikimedia di mana anda telah aktif sekurang-kurangnya tiga bulan.

(Anda boleh memeriksa syarat di atas secara automatik.)

Juga kerana kerja-kerja steward boleh membawa kepada penglibatan undang-undang (lihat dasar CheckUser dan Oversight), anda perlulah:

  • berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, dan umur dewasa di negara anda, sebelum hari terakhir undian;
  • tidak kisah untuk memberikan nama penuh dan bukti identiti kepada Yayasan Wikimedia.

Steward seeloknya mampu bertutur berbilang bahasa, kerana kerja-kerja steward selalunya melibatkan projek berlainan bahasa. Mereka perlu ada selalu. Batasan lain, steward tidak digalakkan menggunakan capaian mereka kepada projek yang mereka aktif untuk mengelakkan konflik kepentingan, dan digalakkan untuk memerhati dan menghulurkan bantuan di laman-laman permintaan bantuan steward. Jika anda menggunakan IRC, sertailah #wikimedia-stewardssambungkan di freenode untuk menjawab permintaan.

Steward yang tidak aktif akan dilucutkan.

Permohonan[edit]

Jika anda ingin memohon menjadi steward, sila ikuti langkah berikut.

Pendaftaran calon telah ditutup

Cipta laman kenyataan anda[edit]

  • Cipta sublaman (cuma bukan dan klik simpan)

  • Sunting laman itu dengan maklumat berikut:
    • Nama sebenar (tidak wajib);
    • pautan ke akaun pengguna anda di Meta, dan pautan ke akaun kedua aktif anda yang memenuhi syarat.
    • senarai bahasa anda boleh baca dan tulis, menggunakan kod bahasa ringkas Wikimedia (lihat {{user language}}).
    • ringkasan penyertaan anda di Yayasan Wikimedia. Status penyelia atau birokrat diutamakan, begitu juga kerja sukarela seperti keahlian pasukan pembalas emel atau Jawatankuasa Pengantara. Sertakan juga maklumat lain yang berkaitan. Anda boleh merujuk kenyataan pemohon lain untuk lebih idea.
  • Seterusnya cipta laman undian anda (tidak perlu ubahsuai, cipta sahaja):

  • Apabila anda selesai, tambahkan sublaman anda ke laman indeks kenyataan (dengan {{/Nama_pengguna_anda}}) dan laman kenyataan & undian (dengan {{:Stewards/elections 2010/votes/Nama_pengguna_anda}}), tambahkan satu bahagian ke laman soalan dan senaraikan sublaman anda di laman pemilihan dengan menambah teks berikut mengikut susunan abjad: "{{Se2010 candidate indexer|nama pengguna anda}}". Sukarelawan akan menambah terjemahan kepada pelbagai bahasa untuk anda.

Sertakan bukti identiti[edit]