Rancangan Tahunan Yayasan Wikimedia/2024-2025/Kolaborasi

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
This page is a translated version of the page Wikimedia Foundation Annual Plan/2024-2025/Collaboration and the translation is 71% complete.
Outdated translations are marked like this.

Keterlibatan

Selama beberapa tahun terakhir kami terus berkembang dan meningkatkan proses perancangan kolaboratif - tumpuan Yayasan Wikimedia tetap berpusat pada manusia dan teknologi memandangkan peranan unik Yayasan sebagai pembekal platform untuk orang dan komuniti yang memimpin sistem pengeluaran pengetahuan rakan sebaya (peer-to-peer). Empat matlamat umum (Ekuiti, Infrastruktur, Keselamatan, Keberkesanan) kekal seiring, sementara kerja dan hasil yang terkandung dalamnya mengulangi kemajuan penting yang dicapai pada tahun semasa.

Perbincangan bermula tahun ini dengan Perbincangan:2024 - perbualan antara kakitangan Yayasan, pemimpin, ahli lembaga pengarah dan ahli Wikimedia di seluruh dunia. Mereka diberi jemputan daripada Ketua Pegawai Produk & Teknologi Selena Deckelmann untuk input pada wiki ke dalam objektif yang dicadangkan untuk kerja produk dan teknologi Yayasan tahun depan. Objektif ini dibina berdasarkan perbualan berterusan melalui Perbincangan:2024, yang menyerlahkan kepentingan meneruskan fokus pada keperluan platform kami dan penyumbang dalam talian. Dalam beberapa minggu akan datang, hasil utama produk dan teknologi akan diterbitkan, diikuti dengan draf penuh bahan rancangan tahunan pada awal April.

Kami menyambut idea anda bermula sekarang hingga 31 Mei 2024 dan akan mengemas kini halaman ini sebagai perbincangan baru di wiki dan langsung dibuka dalam pelbagai saluran dan bahasa. Perbincangan ini adalah tempat para ahli Wikimedia berkongsi pandangan mereka mengenai rancangan yang dicadangkan dan berkongsi mengenai matlamat mereka sendiri untuk tahun akan datang. Terinspirasi oleh apa yang dilakukan oleh ramai orang lain dalam hasil kerja mereka sendiri, kami terus mencari peluang untuk bekerjasama dan belajar dari proses perancangan dan kerja orang lain dalam pergerakan Wikimedia serta rakan kongsi lain. Tahun ini terdapat banyak cara untuk terlibat: di sini di Meta-Wiki, di ruang komuniti yang dicipta bersama, di halaman projek Wikimedia, dan di saluran komuniti.

Ruang Komuniti ciptaan bersama

Pada tahun ini, kakitangan dan pemimpin dari Yayasan Wikimedia akan menyertai panggilan yang telah dianjurkan oleh komuniti bagi perancangan dua hala mengenai draf rancangan tahunan pada tahun depan. Selain itu, kakitangan Yayasan juga mengatur beberapa panggilan tematik yang boleh dihadiri oleh sesiapa sahaja berdasarkan bidang minat mereka. Jika anda ingin menyertai panggilan tetapi terjemahan tidak tersedia dalam bahasa pilihan anda, emel kami di movementcomms@wikimedia.org, dan kami akan membuat persediaan yang diperlukan. Sila ambil perhatian bahawa senarai ini akan dikemaskini secara berkala apabila tarikh ditetapkan bagi memastikan anda mempunyai maklumat terkini.

  1. Perbualan Jawatankuasa Hal Ehwal Komuniti Yayasan Wikimedia dengan Pemegang Amanah: .
  2. WikiCauserie: , terjemahan tersedia: Bahasa Inggeris - Perancis.
  3. MENA Community call , interpretations available: English - Arabic.
  4. CEE Catch up: , interpretations available: English - Russian
  5. Annual Planning Session at ESEAP Conference 2024: .
  6. Igbo Wikimedia Open Community Call: .
  7. Cross-regional meeting: May 15, 2024 (15.00-16.30 UTC), interpretation available: English, French, Polish, Portuguese, Spanish.
  8. Wikimedia AI call: May 16, 2024 (14.00-15.00 UTC). Interpretation: TBD
  9. Afrika Baraza: , terjemahan tersedia: Bahasa Inggeris - Perancis, Arab, dan Swahili.
  10. South Asia Open call: .

Di Wiki

Mesej ringkas untuk mempelbagaikan perbualan rancangan tahunan akan dipaparkan secara tempatan pada pelbagai projek. Versi penuh bahan draf rancangan tahunan berserta terjemahan akan tersedia di portal Meta-Wiki ini. Anda boleh bekerjasama dengan kami di kedua-dua laman perbualan tempatan dan di sini di laman perbincangan Meta-Wiki, sentiasa dalam bahasa pilihan anda. Kami akan menambah pautan di sini ke lokasi kandungan yang telah diterbitkan sebaik sahaja ia tersedia.

Perbualan lain mengenai perancangan tahunan juga sedang berlangsung di saluran komuniti lain di Discord dan Telegram. Kami menggalakkan anda untuk menyertai perbincangan jika anda melanggan saluran ini.

Perbualan mengenai produk tertentu akan berlaku di saluran-saluran yang berbeza. Perbualan tersebut melibatkan ahli-ahli komuniti yang bekerjasama dengan pasukan Produk Yayasan Wikimedia yang memiliki objektif dan hasil kunci dalam rancangan tahunan. Ahli-ahli komuniti yang berminat dengan objektif dan hasil kunci tertentu yang dimiliki oleh pasukan Produk boleh berinteraksi dengan pasukan-pasukan tersebut untuk mendapatkan butiran kerja objektif yang mereka miliki, pelaksanaannya, dan keserasian dengan kerja dan minat komuniti.

Penglibatan ini adalah peluang untuk bertanya soalan dan mendapatkan penjelasan mengenai kerja yang diutarakan oleh pasukan produk untuk tahun 2024-25 berdasarkan objektif dan hasil kunci rancangan tahunan. Kami akan menambah pautan ke laman pasukan produk berinteraksi dengan penonton mereka apabila pautan tersebut tersedia.