Pasukan Pemantauan Wiki Kecil

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
Jump to navigation Jump to search
This page is a translated version of the page Small Wiki Monitoring Team and the translation is 93% complete.

Outdated translations are marked like this.
Other languages:
Afrikaans • ‎Bahasa Indonesia • ‎Bahasa Melayu • ‎Basa Sunda • ‎Chavacano de Zamboanga • ‎Deutsch • ‎English • ‎Esperanto • ‎Lëtzebuergesch • ‎Nederlands • ‎Nordfriisk • ‎Scots • ‎Setswana • ‎Tiếng Việt • ‎Türkçe • ‎Zazaki • ‎asturianu • ‎azərbaycanca • ‎català • ‎dansk • ‎español • ‎euskara • ‎français • ‎galego • ‎hornjoserbsce • ‎italiano • ‎magyar • ‎norsk bokmål • ‎occitan • ‎polski • ‎português • ‎português do Brasil • ‎română • ‎shqip • ‎slovenčina • ‎srpskohrvatski / српскохрватски • ‎suomi • ‎svenska • ‎čeština • ‎Ελληνικά • ‎български • ‎македонски • ‎русский • ‎српски / srpski • ‎українська • ‎հայերեն • ‎ייִדיש • ‎עברית • ‎العربية • ‎تۆرکجه • ‎سنڌي • ‎فارسی • ‎مصرى • ‎پښتو • ‎हिन्दी • ‎বাংলা • ‎ਪੰਜਾਬੀ • ‎தமிழ் • ‎తెలుగు • ‎മലയാളം • ‎ไทย • ‎ဖၠုံလိက် • ‎မြန်မာဘာသာ • ‎ქართული • ‎中文 • ‎日本語 • ‎粵語 • ‎한국어

Pasukan Pemantauan Wiki Kecil (SWMT) adalah sebuah kumpulan Wikipediawan yang menggunakan IRC dan alatan lain, memantau wiki-wiki kecil untuk mengesan kegiatan laku musnah, spam atau trolling. Terdapat beberapa bot yang melaporkan suntingan mencurigakan di wiki-wiki yang dipantau oleh pihak SWMT. Untuk membantu, sertailah #cvn-swconnect di IRC. Anda juga boleh menyunting senarai pengguna di bawah untuk mendaftar penyertaan anda.

Takrifan "kecil"

Perkataan "kecil" di "Pasukan Pemantauan Wiki Kecil" boleh ditafsirkan secara meluas. Walaupun bot-bot di IRC memantau kebanyakan wiki yang kurang daripada 10,000 rencana, itu bukanlah bermaksud bahawa ia adalah "kecil" seperti "kurang penting"; sebaliknya, kami lebih suka memantau sebanyak mungkin wiki supaya kami boleh menyelaras langkah-langkah yang paling berkesan untuk menghentikan kegiatan spam dan laku musnah yang merosakkan banyak wiki, atau mensasarkan wiki-wiki yang lebih kecil kerana mereka fikir mereka boleh mengelak daripada dikesan.

Oleh itu, harap tidak tersinggung jika salah seorang daripada ahli kami mengundurkan laku musnah di wiki anda dan memperkenalkan diri sebagai ahli SWMT. Kami berada di situ kerana kami ambil berat terhadap wiki anda, bukannya kerana kami fikir ia adalah projek yang terbengkalai.

Bagaimana hendak memantau wiki kecil

  1. Memantau perubahan terkini di wiki-wiki kecil melalui IRC. Lihat Pasukan Pemantauan Wiki Kecil/IRC untuk maklumat lanjut.
  2. Melaporkan halaman-halaman yang memerlukan penghapusan di Permintaan pengelola/Lain-lain.
  3. Mengundurkan kegiatan laku musnah.
  4. Melaporkan laku musnah di lapor laku musnah.
  5. Melaporkan spam pautan di senarai hitam spam.
  6. Senarai halaman di wiki-wiki kecil yang telah ditandakan untuk penghapusan segera boleh dijumpai di sini.
  7. Senarai wiki kecil boleh ditemui di sini.

Keizinan sejagat

Mana-mana pengguna yang mempunyai kedudukan dan sumbangan yang baik boleh menjadi ahli SWMT. Walau bagaimanapun, terdapat keizinan sejagat yang mungkin dapat membantu. Ini termasuklah penyelia sejagat dan pengembali semakan sejagat. Sila ambil perhatian bahawa calon-calon untuk keizinan ini hendaklah mempunyai pengalaman yang ketara di SWMT.

Kotak pengguna

Anda boleh menambah kotak pengguna yang berikut di laman pengguna anda dengan menekan {{User SWMT}}:

Broom icon.svgThis user is a member of the Small Wiki Monitoring Team.


Ahli

Ahli-ahli bebas untuk memperkenalkan diri mereka sendiri sebagai ahli Pasukan Pemantauan Wiki Kecil. Anda dapat melakukannya dengan menyunting senarai ahli.

Active members

These users are experienced:

New members

These users have recently joined:

Lihat juga