Fundraising 2010/thank you/ms

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki

Notis[edit]

  • Ucapan terima kasih daripada
    Jimmy Wales, Pengasas Wikipedia

Prakata[edit]

  • "Bayangkan sebuah dunia tanpa batasan pengetahuan dan setiap manusia dapat memperolehnya."
  • — Jimmy Wales, Pengasas Wikipedia

Ucapan terima kasih daripada Jimmy Wales, Pengasas Wikipedia[edit]

Apakah yang dapat saya ucapkan; selain daripada ribuan terima kasih?

Kami telah berjaya menamatkan kutipan kewangan yang terbaik dalam rekod. Sebanyak $16 juta USD berjaya dijana dalam masa kurang daripada 8 minggu.

Menakjubkan, tetapi tidak mengairahkan.

Saya yakin dengan usaha bersama, kita mampu mencapai impian dunia tanpa batasan pengetahuan.

Kita telah menghasilkan koleksi pengetahuan terbesar yang pernah dicatat: 19 juta artikel ensiklopedik dalam 270 bahasa yang masih berkembang dan menjadi lebih baik setiap hari. Kita telah menyokong, menjana dan mengekalkan usaha ini.

Wikipedia tidak bergantung kepada pengiklanan tetapi anda. Wikipedia merupakan laman web kelima yang paling dikunjungi dengan rekod 340 juta pembaca bulan lalu- pangkalan data dan staff sokongan bergantung kepada sumbangan anda.

Sumbangan anda akan memastikan Wikipedia kekal bebas, percuma dan tanpa pengiklanan. Malah sumbangan anda akan memastikan jaringan pengetahuan tanpa batasan ke seluruh dunia.

Terima kasih atas segalanya untuk merealisasikan Wikipedia sebagai realiti. Saya amat kagum dengan komen yang dikemukakan dan berasa bangga untuk melihat sokongan anda terhadap Wikipedia.

Sekiranya anda masih belum memberi sumbangan untuk menyokong usaha Wikipedia, sumbanglah sekarang. Anda masih dapat menyumbang untuk menyokong usaha murni ini. Klik sini untuk maklumat lebih lanjut.

Ribuan terima kasih kepada semua.

Jimmy Wales

Pengasas Wikipedia