Wikidata/Soalan-soalan tentang kerah tugas

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
Jump to navigation Jump to search
This page is a translated version of the page Wikidata/Deployment Questions and the translation is 97% complete.
Outdated translations are marked like this.
Other languages:
Bahasa Melayu • ‎Cymraeg • ‎Deutsch • ‎English • ‎Esperanto • ‎Frysk • ‎Lëtzebuergesch • ‎Nederlands • ‎Türkçe • ‎Zazaki • ‎bosanski • ‎català • ‎dansk • ‎dolnoserbski • ‎español • ‎français • ‎galego • ‎hornjoserbsce • ‎interlingua • ‎italiano • ‎kurdî • ‎lietuvių • ‎magyar • ‎norsk bokmål • ‎occitan • ‎polski • ‎português • ‎português do Brasil • ‎română • ‎suomi • ‎svenska • ‎čeština • ‎Ελληνικά • ‎беларуская (тарашкевіца)‎ • ‎български • ‎македонски • ‎русский • ‎українська • ‎ייִדיש • ‎עברית • ‎العربية • ‎فارسی • ‎मैथिली • ‎हिन्दी • ‎বাংলা • ‎ਪੰਜਾਬੀ • ‎മലയാളം • ‎ភាសាខ្មែរ • ‎中文 • ‎中文(中国大陆)‎ • ‎中文(简体)‎ • ‎日本語 • ‎ꯃꯤꯇꯩ ꯂꯣꯟ • ‎한국어

Halaman ini memberi jawapan kepada soalan lazim yang timbul dalam perbincangan tentang kerah tugas Wikidata pada Wikipedia.

Am

Mengapa halaman-halaman Wikidata mempunyai nama seperti Q123?

Wikidata ialah sebuah projek pelbagai bahasa. Kami tidak mahu memberi penanda dalam bahasa tertentu pada item-item dan dengan cara itu memberi keutamaan kepada bahasa tersebut. Justeru setiap item Wikidata diberi nombor. Nombor ini merupakan penanda unik. Walau bagaimanapun, setiap item memiliki label dalam semua bahasa yang mungkin, dan label-label ini merupakan tajuk laman-laman setara Wikipedia. Label digunakan dalam Wikidata bagi memudahkan gelintaran dan operasi-operasi yang lebih rumit.

Bagaimana akan saya tahu tentang laku musnah terhadap rencana saya di Wikidata?

Setiap perubahan di Wikidata yang berkaitan terhadap rencana yang anda pantau di Wikipedia atau projek saudaranya ditampilkan dalam senarai pantau anda. Sila pergi ke Wikidata sekiranya anda mendapati sesuatu yang tidak kena, dan betulkannya.

Fasa 1 (pautan bahasa)

Wikidata telah diguna pakai di projek saya. Bolehkah saya mula membuang pautan-pautan bahasa daripada rencana-rencana?

Terdapat sebuah anak panah pada bahagian bawah pautan antara bahasa di sebelah kiri tetingkap setiap rencana. Anak panah ini dapat dipetik dan akan membawa anda kepada Wikidata. Jika ini keadaannya, anda boleh buang pautan antara bahasa yang terdapat pada rencana itu. Jangan buang templat yang menanadakan rencana-rencana pilihan ataupun rencana bagus. Sama ada pembuangan ini sesuai atau tidak terpulang kepada komuniti Wikipedia anda.

Sila maklum bahawa sesetengah bot akan memuatkan semula pautan antara bahasa yang telah dibuang. Isu ini akan diselesaikan apabila bot dikemas kini. Sekiranya ini berlaku, anda mungkin mahu menghantar pesanan kepada pengendali bot agar beliau mengemas kini botnya.

Sekiranya pautan antara bahasa kekal dalam rencana, pautan-pautan ini akan membatalkan maklumat daripada Wikidata.

Bagaimana pula halnya dengan keadaan-keadaan pautan yang rumit? Bagaimana harus saya mengangani isu ini sekarang?

Pautan bahasa dalam teks wiki masih boleh dilakukan seperti dahulu. Justeru anda boleh sunting seperti biasa.

Saya telah membuat laman baharu. Haruskah saya menambah pautan bahasa?

Satu pilihan ialah bagi anda menambah pautan. Berkemungkinan besar terdapat bot yang akan menambah pautan ke Wikidata. Penyelesaian yang lebih baik: anda boleh pergi ke Wikidata, cari entri setara (contohnya, dengan mengguna pilihan "item mengikut tajuk" (item by title) dan mencari rencana tersebut yang ditulis dalam bahasa lain), dan menambah rencana anda secara insani.

Bagaimana mahu sorokkan pautan Wikidata pada laman tertentu?

Cara menyorokkan pautan yang datang dari Wikidata ialah dengan meletakkan kata sakti{{noexternallinks}}. Sekiranya digunakan secara bersendirian, ia akan membuang semua pautan pada laman tersebut. Kata sakti ini juga boleh digunakan bagi membuang pautan bahasa tertentu, jika ia digunakan dengan parameter. Contoh, {{noexternallinks:fr|id}} akan membuang pautan-pautan bahasa Perancis dan Indonesia.

Fasa 2 (kotak maklumat)

Bilakah ianya akan digunakan di projek saya?

Ia telah digunakan di Wikipedia berikut: iy, he, hu, ru, tr, uk, uz, hr, bs, sr, sh. Kami merancang untuk menggunakan ia di Wikipedia bahasa Inggeris pada 8 April dan semua Wikipedia lain pada 10 April. Jadual ini mungkin berubah jika ada sebarang masalah timbul.

Adakah penggunaan Wikidata bermaksud Wikipedia/Wikivoyage... dalam bahasa saya akan dipenuhi oleh rencana tunas berkaitan setiap kampung di dalam dunia?

Tidak. Wikidata menyediakan kemudahan bagi membuat halaman-halaman ringkas yang mengandungi kandungan berulang, seperti bilangan penduduk, keluasan kawasan dan kemampatan kampung, akan tetapi terpulanglah kepada komuniti Wikipedia bahasa anda bagaimana mahu mengguna kemudahan ini. Laman-laman tentang kampung masih boleh ditambah – Wikidata tidak merancang untuk melakukannya secara automatik.

Apa akan berlaku kepada kotak maklumat yang sudah wujud?

Kotak maklumat akan berfungsi seperti biasa. Untuk mengguna Wikidata, seseorang perlu mengubah suai templat.

Bagaimana caranya kami mencapai kata sepakat tentang tajuk-tajuk kontroversi yang merentasi projek-projek berlainan?

Itu tidak perlu. Wikidata mampu memuatkan pelbagai jenis dakwaan dan rujukan yang mendokong dakwaan-dakwaan tersebut. Setiap komuniti dapat menentukan yang mana mereka ingin kekalkan dalam Wikipedia atau projek saudaranya. Paling tidak pun, anda boleh mengekalkan nilai-nilai tertentu seperti yang berlaku sekarang ini.

Bagaimana caranya kami dapat memasukkan data daripada Wikidata ke dalam kotak maklumat?

Ada dua cara. Bagi perkara yang mudah, anda boleh guna sintaks yang diperikan di sini. Bagi perkara yang lebih rumit, Lua akan disediakan.

Fasa 3 (senarai)

Adakah penggunaan Wikidata bermaksud yang kami perlu membuat rencana-rencana senarai? Kami tidak melakukannya dalam Wikipedia bahasa kami.

Tidak. Wikipedia hanya memberi kebolehan untuk membuat rencana-rencana senarai dengan mudah dan secara automatik. Anda sebenarnya tidak perlu menggunanya. Anda boleh guna ciri-ciri lain, seperti penstoran pautan antara bahasa pusat, tanpa mengguna pilihan membuat senarai secara automatik.