Fundraising 2010/Jimmy appeal 2/ms

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki

  • Sila baca:
  • Rayuan penting daripada
  • Jimmy Wales, Pengasas Wikipedia
  • Saya merupakan seorang sukarelawan.

    Saya tidak menerima sesen untuk penglibatan saya dalam Wikipedia, begitu juga dengan ribuan penulis dan editor. Semasa saya mengasaskan Wikipedia, saya mungkin mampu menjadikannya sesuatu untuk memperoleh keuntungan dengan pengiklanan; akan tetapi, saya bercadang untuk menjadikannya sesutu yang berlainan.

    Bisness sememangnya baik. Pengiklanan bukanlah buruk seperti yang disangkakan. Namun begitu, kesemuanya tidak tertakluk di sini. Bukalah dalam Wikipedia.

    Wikipedia merupakan sesuatu yang unik dan berlainan. Wikipedia adalah seperti sebuah perpustakaan atau perkarangan umum; sebuah platform minda. Wikipedia merupakan platform yang membolehkan kita berfikir, belajar dan berkongsi pengetahuan dengan semua. Ini merupakan projek yang sememangnya unik, pertama dalan sejarah. Wikipedia merupakan projek kemanusiaan untuk membina khazanah ilmu dan berkongsinya dengan setiap orang di dunia ini.

    Setiap orang di dunia ini.

    Seandainya kesemua 400 juta pengguna Wikipedia menyumbang $1 setiap orang, kami akan memperoleh 20 kali ganda jumlah wang yang diperlukan untuk memastikan kelangsungan Wikipedia. Kami merupakan sebuah organisasi yang kecil dan saya telah berusaha untuk memastikan matlamat kami tercapai.

    Tanpa pengiklanan, kami memerlukan sokongan anda. Anda merupakan kunci untuk memastikan impian ini tercapai. Anda telah membantu kami membangunkan Wikipedia. Anda telah menyokong kami untuk meneruskan usaha ini.

    Tahun ini, sila berikan sumbangan ikhlas anda sebanyak $20, $35, $50 atau mengikut kemampuan anda untuk melindungi khazanah ilmu, Wikipedia selamanya.

    Terima kasih,

    Jimmy Wales
    Pengasas Wikipedia