Bulan Diplomasi Budaya Ukraine 2023

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
This page is a translated version of the page Ukraine's Cultural Diplomacy Month 2023 and the translation is 100% complete.

Ukraine's Cultural Diplomacy Month 2023

1 Mac – 31 Mac    

[Social media: #UCDMonth] • [Link here: ucdm.wikimedia.org.ua]    



Selamat datang ke cabaran menulis untuk menambah baik liputan budaya Ukraine di Wikipedia!
  • Apa: Ini ialah pertandingan menulis awam, yang bertujuan mencipta dan menambah baik rencana tentang budaya dan orang Ukraine dalam banyak edisi bahasa Wikipedia yang mungkin. Kami membuat susulan tentang kempen yang sangat berjaya pada tahun 2021 dan 2022. Senarai rencana yang diusulkan untuk ditumpukan telah diberikan oleh penganjur cabaran. Peserta yang paling aktif akan menerima hadiah.
  • Bila: Cabaran menulis diadakan dari 00:01, 1 Mac 2023 (UTC) hingga 23:59, 31 Mac 2023 (UTC).
  • Bagaimana: Pertandingan ini mudah strukturnya, dengan 4 langkah: Pilih rencana untuk dikerjakan → Dapat mata untuk kerja → Sasar mendapat sebanyak mata yang mungkin → Dapat hadiah atas sumbangan anda!
  • Siapa: Mana-mana Wikipediawan dengan akaun yang dicipta di mana-mana wiki boleh membantu bekerjasama menulis dan/atau menterjemah rencana berkaitan budaya Ukraine dalam mana-mana bahasa. Untuk menyertai, anda perlu daftar di bahagian Peserta.
  • Bagaimana: Pertandingan ini dianjurkan oleh Wikimedia Ukraine dengan kerjasama Institut Ukraine dan Kementerian Luar Negeri Ukraine. Wikipedia kehilangan rencana tentang semua jenis topik dan melalui pertandingan ini, kami berharap untuk menambah baik rencana tentang fenoma budaya yang penting untuk orang Ukraine. Menambah baik rencana Wikipedia dan liputan budaya Ukraine penting untuk memastikan pembaca kami mencari maklumat yang bermutu tinggi.