Tatakelakuan Sejagat
Tatakelakuan Sejagat bertujuan untuk menyediakan satu standar minima tingkah laku yang dapat diterima untuk seluruh gerakan Wikimedia dan projek-projeknya.
UCoC adalah dasar kunci yang dihasilkan dari dari proses perbincangan dan perumusan strategi Wikimedia 2030. Proses ini menghasilkan 10 cadangan untuk memandu gerakan Wikimedia dalam mencapai visi 2030-nya. Salah satu rekomendasi tersebut ialah untuk Provide for Safety and Inclusion, diwujudkan melalui satu tatakelakuan yang bersifat universal. UCoC dirumuskan melalui proses perundingan dengan komunititi Wikimedia dengan menghormati dan memerhatikan dasar tempatan yang telah ada dan sedang berlaku, serta mekanisme penyelesaian pertikaian dan penguatkuasaan yang sudah berjalan. Perbincangan komuniti sebelumnya mengenai UCoC dapat dibaca di laman ini.
Perundingan UCoC diadakan dalam dua tahap. Fasa 1 berlangsung dari Jun sehingga Disember 2020 dan melibatkan kajian serta perbincangan dengan komuniti tempatan mengenai apa yang sepatutnya terdapat di dalam teks UCoC. Proses ini menghasilkan teks UCoC yang disahkan oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wikimedia pada 2 Februari 2021. Fasa 2 melibatkan komuniti tempatan untuk merumuskan cara menguatkuasakan UCoC dan dimulai pada bulan Februari 2021.
Gambaran keseluruhan
Tatakelakuan Sejagat Sejarah versi |
---|
Perbincangan |
2 Februari 2021 |
Naskhah yang disetujui oleh Lembaga Pemegang Amanah Log perubahan |
13 Oktober 2020 |
Naskhah yang diserahkan kepada Lembaga Pemegang Amanah Log perubahan |
7 September 2020 |
Rancangan awal |
Antara 2018 sehingga 2020, ahli gerakan Wikimedia berusaha untuk mencari cara terbaik untuk memandu Wikimedia dalam meniti masa depannya. 10 cadangan komuniti yang diterbitkan pada bulan Mei 2020 lahir dari kumpulan kerja, perbincangan dalam rangkaian, dan mesyuarat di seluruh dunia. Salah satu dari cadangan tersebut ialah Provide for Safety and Inclusion:
Kita perlu menciptakan sebuah piawai yang berkuatkuasa secara menyeluruh dalam gerakan Wikimedia dalam rangka menciptakan sebuah komuniti yang inklusif, mesra, aman, dan bebas dari gangguan tingkah laku. Hal ini akan membolehkan kita untuk menarik minat, mengekalkan mereka yang telah ada, dan memperluas jangkauan sukarelawan kita sehingga berkembang menjadi semakin pelbagai sebagai sebuah gerakan.
Bahagian penting dari cadangan ini ialah perumusan Tatakelakuan Sejagat (UCoC). Dasar ini bertujuan untuk menciptakan sebuah standar minima mengenai kelakuan yang dapat diterima di segenap penjuru gerakan Wikimedia, tanpa menoleransi gangguan tingkah laku. Komuniti Wikimedia bekerja dalam konteks yang amat pelbagai, dan tiadanya satu kod etik yang dapat meliputi seluruh isu dan situasi, sehingga setiap projek dan komuniti tempatan diharapkan untuk menjadikan UCoC sebagai batu pijakan untuk mengembangkan dasar tempatan yang lebih komprehensif.
Sesuai kenyataan Lembaga Pemegang Amanah, projek UCoC terdiri atas dua fasa. Fasa 1 terdiri atas penyelidikan, dialog dengan komuniti dan pemegang kepentingan, dan juga pembentukan jawatankuasa perumus dari sukarelawan dan kakitangan WMF yang bertugas merumuskan rancangan UCoC. Rancangan tersebut dikirimkan ke Lembaga Pemegang Amanah pada 13 Oktober 2020 dan disahkan pada 2 Februari 2021.
Perkembangan semasa
Fasa 2 projek UCoC bermula pada 2 Februari 2021, selepas pengesahan teks UCoC oleh Lembaga Pemegang Amanah. Pada fasa ini, perundingan dengan komuniti tempatan difokuskan pada bagaimana cara menguatkuasakan UCoC dengan menentukan tanggungjawab dan merincikan laluan penguatkuasaan.
Participate
Please see this page for a complete list of current and past UCoC consultations.
Current consultations
Over the next few months, there will be multiple consultations with volunteers on both shaping the community considerations that go into the enforcement proposal draft, and on the draft before it is finalized. Please follow our timeline for a more complete picture of the overall process.
Tempoh masa sekarang dikhaskan pada perundingan komuniti bahasa tempatan. Perbincangan diadakan pada komuniti yang dilibatkan sebagai sasaran perbincangan, dan akan berlangsung selama 8 minggu bermula bulan Januari 2021 pada:
Komuniti berbahasa Arab Komuniti Wikimedia Commons Komuniti berbahasa Indonesia Komuniti berbahasa Itali Komuniti berbahasa Korea Komuniti berbahasa Melayu Komuniti berbahasa Nepal Komuniti berbahasa Poland Komuniti Wikidata Komuniti berbahasa Yoruba
Seiring bertumbuhnya komuniti Wikimedia, amatlah penting bagi kita untuk berganding tangan dalam proses ini. Pandangan Anda amat diperlukan untuk membentuk dan merumuskan cara-cara menguatkuasakan UCoC yang dapat memenuhi keperluan yang pelbagai dalam gerakan kita. Ahli komuniti dianjurkan sekali untuk berbagi pengalaman, idea, dan pembelajaran mengenai dasar tingkah laku di Meta, pada laman perundingan, atau melalui emel.
Timeline
Agenda/titik capaian | Tarikh | Status | |
---|---|---|---|
Mengetahui soalan kunci penguatkuasaan | Lembaga Pemegang Amanaha WMF mengesahkan UCoC | 2 Februari 2021 | Selesai |
Perundingan dengan komuniti tempatan | Januari-TBD | Sedang berlangsung | |
Perundingan dengan pertubuhan rakan Wikimedia | akhir Februari-Mac 2021 | Akan datang | |
Perundingan dengan pengguna yang memegang amanah tertentu | Mac 2021 | Akan datang | |
Perundingan di Meta-Wiki | Mac 2021 | Akan datang | |
Laporan sasaran gangguan kelakuan | April 2021 | Akan datang | |
Penggubalan dan pengesahan rancangan penguatkuasaan | Jawatankuasa penggubalan
|
April-pertengahan Mei 2021 | Akan datang |
Perundingan rancangan penguatkuasaan di Meta-Wiki | Pertengahan Mei 2021 | Akan datang | |
Jawatankuasa penggubalan: penyelesaian rancangan dasar penguatkuasaan | Jun 2021 | Akan datang | |
Rancangan penguatkuasaan UCoC dikemukakan pada Lembaga Pemegang Amanah WMF | Julai 2021 | Akan datang |
Agenda/titik capaian | Tarikh | Status | |
---|---|---|---|
Penyelidikan dan penjangkauan awal | Penerbitan ringkasan perundingan dalam bahasa tempatan | 15 Jun 2020 | Selesai |
Jangkauan pertubuhan rakan: survei dan wawancara | Jun-Julai 2020 | Selesai | |
Jangkauan ke komuniti selesai dan maklum balas dikumpulkan | Julai 2020 | Selesai | |
Survei kakitangan WMF selesai dan dikumpulkan | Julai 2020 | Selesai | |
Penggubalan | Panggilan untuk penyertaan: jawatankuasa penggubalan | Jun 2020 | Selesai |
Pemilihan ahli jawatankuasa penggubalan | 17 Julai 2020 | Selesai | |
Jawatankuasa penggubal: proses penggubalan | Ogos-September 2020 | Selesai | |
Tempoh komen komuniti untuk rancangan UCoC | September-Oktober 2020 | Selesai | |
Penyemakan rancangan UCoC atas komen komuniti | 6-12 Oktober 2020 | Selesai | |
Rancangan UCoC dikemukakan pada Lembaga Pemegang Amanah untuk ditinjau, dengan melampirkan komen komuniti | 13 Oktober 2020 | Selesai |
Important links
|