Pungutan Derma 2012/Terjemahan/Ucapan terima kasih

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
Jump to navigation Jump to search
This page is a translated version of the page Fundraising/Translation/Thank you email 20131202 and the translation is 100% complete.
Other languages:
Afrikaans • ‎Bahasa Indonesia • ‎Bahasa Melayu • ‎Banjar • ‎Cymraeg • ‎Deutsch • ‎English • ‎Esperanto • ‎Gaeilge • ‎Lëtzebuergesch • ‎Nederlands • ‎Nordfriisk • ‎Tagalog • ‎Tiếng Việt • ‎Türkçe • ‎azərbaycanca • ‎bosanski • ‎català • ‎dansk • ‎eesti • ‎emiliàn e rumagnòl • ‎español • ‎euskara • ‎français • ‎galego • ‎hrvatski • ‎interlingua • ‎italiano • ‎latviešu • ‎magyar • ‎norsk bokmål • ‎norsk nynorsk • ‎occitan • ‎polski • ‎português • ‎português do Brasil • ‎română • ‎slovenčina • ‎slovenščina • ‎srpskohrvatski / српскохрватски • ‎suomi • ‎svenska • ‎Österreichisches Deutsch • ‎čeština • ‎Ελληνικά • ‎беларуская • ‎български • ‎македонски • ‎русский • ‎српски / srpski • ‎українська • ‎հայերեն • ‎ייִדיש • ‎עברית • ‎اردو • ‎العربية • ‎فارسی • ‎مصرى • ‎پښتو • ‎मराठी • ‎हिन्दी • ‎বাংলা • ‎தமிழ் • ‎తెలుగు • ‎ಕನ್ನಡ • ‎മലയാളം • ‎ไทย • ‎မြန်မာဘာသာ • ‎中文 • ‎中文(中国大陆) • ‎中文(台灣) • ‎中文(简体) • ‎中文(繁體) • ‎日本語 • ‎한국어

[ifFirstnameAndLastname] [given name], [elseifFirstnameAndLastname] Ke hadapan penderma, [endifFirstnameAndLastname]

TERIMA KASIH kerana menyokong Yayasan Wikimedia, sebuah badan bukan bermotif keuntungan yang mengelolakan Wikipedia dan projek-projek saudaranya.

[ifRecurringProblem] Dalam masa terbaru ini kami telah menyelesaikan satu isu teknikal kecil yang menyebabkan beberapa sumbangan bulanan berulang dijeda. Kami telah mulakan semula sumbangan berulang anda, dan ia akan diproses secara biasa pada depan. Kami tidak akan mengenakan caj atas sumbangan bulan yang tertinggal. Terima kasih atas kesabaran dan sokongan anda. Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila jangan segan untuk menghantar e-mel kepada donate@wikimedia.org. [endifRecurringProblem]

Derma anda bukan sahaja menanggung kos penggunaan Wikipedia, bahkan juga belanja pembaca-pembaca lain yang menggunakannya.

Seperti petani yang bersara di pinggir negeri New York yang kini menggunakan Wikipedia untuk mengkaji sains mendapan; pelajar di Kuala Lumpur yang mengkaji kimia organik; mekanik Inggeris yang setelah patah belakang dalam kemalangan, menggunakan Wikipedia untuk melatih diri sebagai pemaju web; pegawai awam di Finland yang menyediakan versi offline Wikipedia untuk sebuah sekolah kecil di Ghana; dan seorang bapa di Bandaraya Mexico yang membawa anak-anak kecilnya ke muzium setiap hujung minggu, dan menggunakan Wikipedia untuk membantu mereka memahami semua yang mereka lihat di sana.

Wikipedia bertujuan untuk mengumpul segala pengetahuan manusia dan berkongsinya dengan penduduk sedunia dalam bahasa mereka sendiri. Sememangnya ini merupakan suatu misi mencabar, tetapi dengan 30 juta rencana dalam 287 bahasa, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada anda kerana telah membawa kami ke arah tujuan ini.

Bagi pihak Yayasan Wikimedia dan separuh bilion pembaca-pembaca Wikipedia yang lain di seluruh dunia: terima kasih. Berkat daripada sumbangan anda untuk membiayai kos pengelolaannya, membolehkan Wikipedia kekal bebas daripada pengiklanan dan berkecuali, dengan misi untuk membantu para pembacanya tanpa terpesong dari tujuan asalnya.

Mungkin anda telah merasakan bahawa buat kali pertama pada tahun ini, kami telah melakukan sedikit perubahan kepada kempen kutipan derma kami. Orang ramai akan hanya dapat melihat sepanduk kutipan derma untuk beberapa kali sahaja, dan bukannya selama berminggu-minggu. Hasrat kami adalah untuk mengelakkan sesiapa daripada terasa diganggu oleh rayuan berkali-kali. Namun begitu, ini juga bermakna bahawa semakin kurang pembaca akan sedar bahawa kami adalah sebuah badan bukan bermotif keuntungan, dan kami amat memerlukan bantuan mereka. Sekiranya anda sudi, kami amat menghargainya jika anda dapat berkongsi e-mel ini dengan rakan-rakan anda.

Sertailah kami dalam menyunting Wikipedia. Wikipedia merupakan hasil usaha puluhan ribu sukarelawan dari serata dunia. Jika anda terjumpa kesilapan kecil pada Wikipedia, sila betulkannya. Jika anda merasakan sesuatu wajar ditambahkan ke dalam Wikipedia, sila berbuat demikian. Sebahagian pembaca merasakan sumbangan sebegini amat memuaskan diri mereka, bahkan mungkin juga diri anda sendiri.

Sekali lagi, kami mengucapkan terima kasih. Kami amat menghargai kepercayaan anda terhadap kami, dan berjanji akan menggunakan wang sumbangan anda dengan cermat dan sebaiknya.

Yang ikhlas,

Sue Gardner
Pengarah Eksekutif,
Yayasan Wikimedia
[#donate donate.wikimedia.org]

Terdapat majikan yang akan menggandakan sumbanganan anda. Sila bertanya kepada majikan anda jika mereka mempunyai program penggandaan sumbangan sebegini. Anda boleh mengikut kami di [#twitter Twitter], [#identica identi.ca] atau [#google Google+], like kami di [#facebook Facebook] dan [#blog membaca blog kami]. Berikut merupakan [#annual Laporan Tahunan Wikimedia untuk tahun 2012-13] dan [#strategic Pelan Strategik 5 tahun Yayasan Wikimedia]. Anda juga boleh membeli barangan cenderahati di [#shop shop.wikimedia.org].

Untuk makluman anda: Derma anda pada [date] ialah [amount].

[ifRecurring] Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada sumbangan bulanan yang telah dilanggan. Yayasan Wikimedia akan mendebitkan sumbangan anda pada setiap bulan sehingga anda menyatakan hasrat untuk kami memberhentikannya. Jika anda berhasrat untuk memberhentikan pembayaran, sila lihat [#recurringCancel langkah mudah] yang telah kami sediakan. [endifRecurring]

Surat ini boleh menjadi rekod pendermaan anda. Tiada barangan atau perkhidmatan yang disediakan, secara penuh atau separa, untuk sumbangan ini. Yayasan Wikimedia, Inc. ialah satu perbadanan amal tanpa keuntungan dengan status pengecualian cukai 501(c)(3) di Amerika Syarikat. Alamat kami adalah di 149 New Montgomery, 3rd Floor, San Francisco, CA, 94105. U.S. nombor pengecualian cukai: 20-0049703

Pilihan untuk menyertai (opt out):

Kami inginkan anda sebagai penderma untuk terus dimaklumkan tentang aktiviti-aktiviti komuniti dan pengumpulan derma kami. Namun, jika anda tidak mahu menerima e-mel sebegitu daripada kami, sila klik di bawah dan kami akan keluarkan anda daripada senarai

[#unsubscribe Hentikan langganan]

Sila bantu kami untuk [#translate menterjemahkan] email ini.