Bahasa pengguna
Kotak-kotak bahasa pengguna menyenaraikan bahasa seseorang penyunting Wikimedia itu selesa ketika menggunakannya untuk berkomunikasi dan kemahiran berbahasa mereka. Ini meningkatkan komunikasi merentasi pelbagai komuniti dan membantu mencari jurubahasa dan penterjemah.
Penggunaan
Maklumat bahasa pengguna | ||
---|---|---|
| ||
Pengguna mengikut bahasa |
Anda boleh menambah maklumat pengguna di laman pengguna anda dengan memasukkan kod seperti ini:
{{#babel:ru-N|en-5|fr-1}}
Ini akan menghasilkan kotak yang boleh dilihat di sebelah kanan. Anda boleh menambah seberapa banyak bahasa yang anda inginkan, dalam bentuk kod bahasa-tahap kemahiran.
- Nama bahasa melayu
- Sambungan mengenai kod bahasa ISO 639 (1–3) piawai. Anda dapat mendapati bahasa Anda dengan mencari di senarai kod ISO 639-1 atau pangkalan data kod ISO 639 1–3.
- Kemahiran
- Kemahiran menerangkan seberapa baik anda boleh berkomunikasi dalam sesuatu bahasa. Ia ditandakan dengan aksara tunggal pada lajur Kemahiran di jadual di bawah:
Kemahiran Maksud 0 Anda tidak memahami bahasa itu langsung. 1 Anda boleh memahami bahan bertulis atau soalan-soalan ringkas. 2 Anda boleh menyunting teks-teks ringkas atau turut serta dalam perbincangan ringkas. 3 Anda boleh menulis dalam bahasa ini dengan beberapa kesilapan kecil. 4 Anda boleh bertutur seperti penutur asli (walaupun ia bukan bahasa asli anda). 5 Anda memiliki kemahiran profesional; anda memahami nuansa-nuansa Bahasa dengan cukup baik untuk menterjemah dokumen-dokumen lanjut. N Anda adalah penutur bahasa tersebut dan mempunyai pemahaman yang menyeluruh tentangnya, termasuklah bahasa basahan dan simpulan bahasa.
en-5 | This user has professional knowledge of English. |
---|
Untuk mengalih keluar pengepala dan pengaki, gunakan plain=1
sebagai parameter pertama, contohnya {{#babel:plain=1|sv-N|zh-3|de-1}}
. Ini menjadikannya lebih mudah untuk digunakan bersama dengan kotak-kotak pengguna yang lain.
{{#babel:plain=1|ru-N|en-5|fr-1}}
Lihat juga
- mw:Extension:Babel (sambungan perisian dasar)
- Penanda kombinasi bahasa untuk penterjemah
- Bersejarah
- Sistem alternatif Meta (2008–2011)
- Undian untuk mendayakan sambungan (2008–2011)